Memahami politik kaum Cina
PILIHAN raya Dewan Undangan Negeri Tenang telah pun berakhir. Prestasi Barisan Nasional (BN) lebih baik berbanding tahun 2008, terutama peningkatan undi Melayu. MCA mengatakan undi Cina kepada BN meningkat. Sebaliknya DAP pula mendakwa sebaliknya. Pengaruh MCA dikatakan semakin merosot kalangan masyarakat Cina. Siapakah yang berkata benar? Buatlah post-mortem dan kajian, daripada bercakap kosong bagi menunjukkan seolah-olah kita bagus atau boleh buat kerja.Apa pun, pada saya sama ada undi Cina terhadap BN meningkat atau merosot tidaklah penting sangat, kerana amalan demokrasi membenarkannya. Rakyat bebas memilih parti yang disukainya. Cuma yang amat menyedihkan adalah cara berpolitik dengan memberi tekanan atau mengugut kerajaan.Ketika kempen pilihan raya tersebut berlangsung, Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Johor, Hua Zong, yang turut disokong oleh MCA, memberi kata dua kepada kerajaan supaya membuka semula Sekolah Menengah Persendirian Cina di Segamat. Jika tidak, orang Cina akan beralih arah atau tidak mengundi BN. Ugutan ini seolah-olah menampakkan selama ini mereka mengundi BN. Apakah benar?Saya berani mengatakan bahawa majoriti Cina tidak mengundi BN. Tidak perlu buat kajian, lihat jumlah undi yang diperolehi oleh BN di kawasan bandar selama ini. Kenapa DAP terus dan begitu mendominasi?Taktik mengatakan bahawa orang Cina tidak akan mengundi BN adalah taktik basi. Ini bukanlah kali pertama persatuan ini mengamalkan taktik licik sedemikian. Mereka akan mencari seribu alasan, menggunakan segala ruang dan peluang untuk menambah sesuatu yang telah pun mereka dapat. Malangnya, kajian tidak dibuat, kita terus tunduk kepada tuntutan dan desakan.RukunSebelum saya menulis lebih lanjut, eloklah sama-sama kita memahami tiga rukun atau sangga utama yang menjadi pegangan masyarakat Cina atau perjuangan hidup matinya. Sama ada wajar atau tidak, kita fikirkan bersama. Apa yang penting, bagaimanakah kita boleh memanipulasikan rukun-rukun ini untuk sama-sama menjayakan gagasan 1Malaysia.Rukun pertama adalah mempertahankan pendidikan Cina. Melibatkan 1,300 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina di seluruh negara. Sudah tentu jumlah sekolah ini akan bertambah dari tahun ke tahun. Menurut badan penyelidikan MCA (INSAP), perjuangan pendidikan Cina oleh orang Cina sama seperti perjuangan menegakkan Islam oleh orang Melayu.Rukun kedua, mempertahankan penerbitan akhbar Cina yang melibatkan enam akhbar harian di Semenanjung dan lapan di Sabah Sarawak. Akhbar bahasa Cina adalah akhbar yang paling banyak dalam pasaran berbanding akhbar bahasa lain, termasuk akhbar berbahasa Melayu. Kenapa bahasa Melayu kurang dibaca oleh bukan Melayu, jawablah sendiri, tepuklah dada?Manakala, rukun ketiga mempertahankan persatuan-persatuan Cina (Huatuan). Melibatkan lebih 8,000 buah persatuan seperti persatuan rumah ibadat, puak (clan) dan bahasa, persatuan politik dan pendidikan, persatuan perniagaan dan perdagangan. Dalam banyak-banyak persatuan ini yang paling berpengaruh bukannya parti-parti politik mereka, tetapi adalah persatuan bahasa dan pendidikan, seperti Hua Zong, Dong Zong dan Dong Jiao Zong.Ketiga-tiga rukun ini majoritinya mempengaruhi orang Cina di Malaysia dan tidak boleh disentuh. Mereka bersatu dan berpadu jika hak mereka tergugat. Sesiapa yang mengkaji proses sosialisasi politik, agen-agen ini amat berpengaruh dalam membentuk persepsi dan pendirian seseorang. Hasil sosialisasi inilah yang telah melahirkan bentuk masyarakat Malaysia yang ada pada hari ini.Bukan MelayuBagi bukan Melayu atau minoriti yang lain, saya percaya, mereka juga berpegang kepada rukun tersebut, tetapi tidaklah sekuat pegangan orang Cina. Misalnya, bagi orang India, agama amat penting pada mereka. Justeru, sensitiviti perlu dijaga.Begitu juga orang Melayu. Perkara berkaitan dengan Islam, seperti iman dan Islam seseorang, kalimah Allah, Rasulullah, babi, dan sebagainya adalah amat sensitif. Kenyataan Lee Kuan Yew yang mahukan umat Islam supaya tidak berpegang kuat kepada Islam dikira amat sensitif. Kontroversi semakin menjadi bertambah hangat apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyokong kenyataan tersebut. Pendapat Kuan Yew dikatakan lebih baik daripada perjuangan UMNO yang bersifat nasionalis. Dalam kata lain, pendapat Kuan Yew itu tentang Islam itu betul, perjuangan Melayu dan Islam UMNO itu salah.Pandangan sebegini perlu dibuat dengan berhati-hati. Seteruk mana pun orang Melayu, mereka amat pantang jika ada seseorang yang mempertikaikan keIslamannya. Kerana bagi orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS, agama adalah nombor satu dan tidak boleh diperlekehkan.Orang Melayu amat sensitif dengan agama, sama seperti sensitiviti orang Cina terhadap bahasa. Dengan sebab itu, sehingga ke hari ini, pemerkasaan terhadap Islam lebih menonjolkan berbanding pemerkasaan bahasa Melayu itu sendiri, walaupun kedua-dua perkara ini jelas termaktub dalam perlembagaan. Pendek kata, agama Islam lebih banyak di arus perdanakan, berbanding kedudukan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa kebangsaan.Malang sungguh kedudukan bahasa kebangsaan ini. Tidak banyak usaha dibuat untuk mendaulatkannya, kerana bagi kita ia tidak penting. Lebih menyedihkan lagi apabila membaca iklan temuduga jawatan. Antara syaratnya mesti fasih berbahasa Mandarin dan Inggeris.Maka tidak hairanlah jika bancian penduduk baru-baru ini, membuktikan bahawa penguasaan bahasa Melayu di kalangan orang Cina masih lemah, sehingga terpaksa menggunakan khidmat penterjemah. Semua ini ada kaitan dengan tiga rukun tersebut.Berbalik kepada tuntutan dan desakan mendirikan sekolah menengah vernakular, pada saya cukuplah dengan sekolah rendah vernakular yang sedia ada dan bertambah dari tahun ke tahun.Enam tahun dipisahkan sejak kecil adalah suatu jangka masa yang lama untuk mereka mensosialisasikan diri dengan persekitaran selanjutnya. Jika mereka terus berada di sekolah menengah vernakular, apakah sosialisasi begini sihat untuk membina bangsa Malaysia dan menjayakan gagasan 1Malaysia?Komitmen Perlu diingat, komitmen kerajaan terhadap sekolah vernakular amat tinggi dan belum pernah dilakukan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri secara telus mengatakan pendidikan vernakular adalah sebahagian daripada pendidikan nasional.Bermakna, kewujudan sekolah vernakular telah pun diiktiraf. Ia merupakan satu kredit kepada bangsa Malaysia kerana dapat menguasai bahasa Mandarin. Apatah lagi pasaran akan datang akan didominasi oleh pasaran negeri China.Dilihat dari sudut positif, memang benar ia suatu kelebihan. Namun, pada masa sama, kita perlu tangani pula kesan negatifnya apabila bahasa kebangsaan tidak dikuasai. Malangnya, setiap kali kerajaan bercadang untuk memperkasakan bahasa Melayu di sekolah vernakular, idea ini terus ditentang habis-habisan oleh persatuan tersebut.Benar, kita akan berkata selama ini pun, sejak kewujudan sekolah vernakular, kita masih tidak berkonflik. Masih berlaku kesepaduan sosial atau social cohesion. Kita hanya bertikam lidah. Masih lagi tidak berlaku parang-memarang atau parang wagging. Dengan maksud, keadaan masih lagi baik.Persoalan saya, kenapa kita tidak cari jalan untuk mencapai yang terbaik? Bukan maksud saya dengan menghapuskan sekolah vernakular. Tetapi perancangan mesti dibuat, bagaimana sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular dapat berinteraksi?Saya hanya akan bersetuju dengan pembinaan sekolah menengah vernakular jika benar-benar bahasa Melayu dapat diperkasakan dalam 60 buah sekolah menengah vernakular yang sedia ada. Buatlah kajian akan kesannya terhadap pembinaan negara bangsa. Untuk sementara ini, janganlah terlalu mengugut dan mendesak kerajaan.Tindakan sebegini akan menyebabkan kaum lain menyimpan rasa dan dendam. Dendam inilah yang akan menjadi bara api perkauman, yang tidak pernah padam. Inilah yang bahaya.Kebebasan beragama dan menghormati kepelbagaian juga hendaklah berpandu kepada undang-undang. Kita sepatutnya bersyukurlah kerana di kebanyakan negara seperti Jerman, Perancis, Indonesia, Thailand dan sebagainya, mereka mengamalkan konsep keseragaman atau unity is uniformity untuk mencapai perpaduan. Dalam kata lain, 1 Bangsa, 1 Bahasa dan 1 Negara.Sudah pasti kita tidak dapat melakukannya kerana kita mengamalkan kepelbagaian atau unity in diversity bagi mencapai perpaduan. Bagi kita kepelbagaian merupakan satu kekuatan. Namun, terlalu banyak berbeza pun menimbulkan masalah juga.
Monday January 31, 2011 the star online
Education key to mutual respect
Memahami politik kaum Cina
PILIHAN raya Dewan Undangan Negeri Tenang telah pun berakhir. Prestasi Barisan Nasional (BN) lebih baik berbanding tahun 2008, terutama peningkatan undi Melayu. MCA mengatakan undi Cina kepada BN meningkat. Sebaliknya DAP pula mendakwa sebaliknya. Pengaruh MCA dikatakan semakin merosot kalangan masyarakat Cina. Siapakah yang berkata benar? Buatlah post-mortem dan kajian, daripada bercakap kosong bagi menunjukkan seolah-olah kita bagus atau boleh buat kerja.
Apa pun, pada saya sama ada undi Cina terhadap BN meningkat atau merosot tidaklah penting sangat, kerana amalan demokrasi membenarkannya. Rakyat bebas memilih parti yang disukainya. Cuma yang amat menyedihkan adalah cara berpolitik dengan memberi tekanan atau mengugut kerajaan.
Ketika kempen pilihan raya tersebut berlangsung, Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Johor, Hua Zong, yang turut disokong oleh MCA, memberi kata dua kepada kerajaan supaya membuka semula Sekolah Menengah Persendirian Cina di Segamat. Jika tidak, orang Cina akan beralih arah atau tidak mengundi BN. Ugutan ini seolah-olah menampakkan selama ini mereka mengundi BN. Apakah benar?
Saya berani mengatakan bahawa majoriti Cina tidak mengundi BN. Tidak perlu buat kajian, lihat jumlah undi yang diperolehi oleh BN di kawasan bandar selama ini. Kenapa DAP terus dan begitu mendominasi?
Taktik mengatakan bahawa orang Cina tidak akan mengundi BN adalah taktik basi. Ini bukanlah kali pertama persatuan ini mengamalkan taktik licik sedemikian. Mereka akan mencari seribu alasan, menggunakan segala ruang dan peluang untuk menambah sesuatu yang telah pun mereka dapat. Malangnya, kajian tidak dibuat, kita terus tunduk kepada tuntutan dan desakan.
Rukun
Sebelum saya menulis lebih lanjut, eloklah sama-sama kita memahami tiga rukun atau sangga utama yang menjadi pegangan masyarakat Cina atau perjuangan hidup matinya. Sama ada wajar atau tidak, kita fikirkan bersama. Apa yang penting, bagaimanakah kita boleh memanipulasikan rukun-rukun ini untuk sama-sama menjayakan gagasan 1Malaysia.
Rukun pertama adalah mempertahankan pendidikan Cina. Melibatkan 1,300 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina di seluruh negara. Sudah tentu jumlah sekolah ini akan bertambah dari tahun ke tahun. Menurut badan penyelidikan MCA (INSAP), perjuangan pendidikan Cina oleh orang Cina sama seperti perjuangan menegakkan Islam oleh orang Melayu.
Rukun kedua, mempertahankan penerbitan akhbar Cina yang melibatkan enam akhbar harian di Semenanjung dan lapan di Sabah Sarawak. Akhbar bahasa Cina adalah akhbar yang paling banyak dalam pasaran berbanding akhbar bahasa lain, termasuk akhbar berbahasa Melayu. Kenapa bahasa Melayu kurang dibaca oleh bukan Melayu, jawablah sendiri, tepuklah dada?
Manakala, rukun ketiga mempertahankan persatuan-persatuan Cina (Huatuan). Melibatkan lebih 8,000 buah persatuan seperti persatuan rumah ibadat, puak (clan) dan bahasa, persatuan politik dan pendidikan, persatuan perniagaan dan perdagangan. Dalam banyak-banyak persatuan ini yang paling berpengaruh bukannya parti-parti politik mereka, tetapi adalah persatuan bahasa dan pendidikan, seperti Hua Zong, Dong Zong dan Dong Jiao Zong.
Ketiga-tiga rukun ini majoritinya mempengaruhi orang Cina di Malaysia dan tidak boleh disentuh. Mereka bersatu dan berpadu jika hak mereka tergugat. Sesiapa yang mengkaji proses sosialisasi politik, agen-agen ini amat berpengaruh dalam membentuk persepsi dan pendirian seseorang. Hasil sosialisasi inilah yang telah melahirkan bentuk masyarakat Malaysia yang ada pada hari ini.
Bukan Melayu
Bagi bukan Melayu atau minoriti yang lain, saya percaya, mereka juga berpegang kepada rukun tersebut, tetapi tidaklah sekuat pegangan orang Cina. Misalnya, bagi orang India, agama amat penting pada mereka. Justeru, sensitiviti perlu dijaga.
Begitu juga orang Melayu. Perkara berkaitan dengan Islam, seperti iman dan Islam seseorang, kalimah Allah, Rasulullah, babi, dan sebagainya adalah amat sensitif. Kenyataan Lee Kuan Yew yang mahukan umat Islam supaya tidak berpegang kuat kepada Islam dikira amat sensitif. Kontroversi semakin menjadi bertambah hangat apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyokong kenyataan tersebut. Pendapat Kuan Yew dikatakan lebih baik daripada perjuangan UMNO yang bersifat nasionalis. Dalam kata lain, pendapat Kuan Yew itu tentang Islam itu betul, perjuangan Melayu dan Islam UMNO itu salah.
Pandangan sebegini perlu dibuat dengan berhati-hati. Seteruk mana pun orang Melayu, mereka amat pantang jika ada seseorang yang mempertikaikan keIslamannya. Kerana bagi orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS, agama adalah nombor satu dan tidak boleh diperlekehkan.
Orang Melayu amat sensitif dengan agama, sama seperti sensitiviti orang Cina terhadap bahasa. Dengan sebab itu, sehingga ke hari ini, pemerkasaan terhadap Islam lebih menonjolkan berbanding pemerkasaan bahasa Melayu itu sendiri, walaupun kedua-dua perkara ini jelas termaktub dalam perlembagaan. Pendek kata, agama Islam lebih banyak di arus perdanakan, berbanding kedudukan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa kebangsaan.
Malang sungguh kedudukan bahasa kebangsaan ini. Tidak banyak usaha dibuat untuk mendaulatkannya, kerana bagi kita ia tidak penting. Lebih menyedihkan lagi apabila membaca iklan temuduga jawatan. Antara syaratnya mesti fasih berbahasa Mandarin dan Inggeris.
Maka tidak hairanlah jika bancian penduduk baru-baru ini, membuktikan bahawa penguasaan bahasa Melayu di kalangan orang Cina masih lemah, sehingga terpaksa menggunakan khidmat penterjemah. Semua ini ada kaitan dengan tiga rukun tersebut.
Berbalik kepada tuntutan dan desakan mendirikan sekolah menengah vernakular, pada saya cukuplah dengan sekolah rendah vernakular yang sedia ada dan bertambah dari tahun ke tahun.
Enam tahun dipisahkan sejak kecil adalah suatu jangka masa yang lama untuk mereka mensosialisasikan diri dengan persekitaran selanjutnya. Jika mereka terus berada di sekolah menengah vernakular, apakah sosialisasi begini sihat untuk membina bangsa Malaysia dan menjayakan gagasan 1Malaysia?
Perlu diingat, komitmen kerajaan terhadap sekolah vernakular amat tinggi dan belum pernah dilakukan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri secara telus mengatakan pendidikan vernakular adalah sebahagian daripada pendidikan nasional.
Bermakna, kewujudan sekolah vernakular telah pun diiktiraf. Ia merupakan satu kredit kepada bangsa Malaysia kerana dapat menguasai bahasa Mandarin. Apatah lagi pasaran akan datang akan didominasi oleh pasaran negeri China.
Dilihat dari sudut positif, memang benar ia suatu kelebihan. Namun, pada masa sama, kita perlu tangani pula kesan negatifnya apabila bahasa kebangsaan tidak dikuasai. Malangnya, setiap kali kerajaan bercadang untuk memperkasakan bahasa Melayu di sekolah vernakular, idea ini terus ditentang habis-habisan oleh persatuan tersebut.
Benar, kita akan berkata selama ini pun, sejak kewujudan sekolah vernakular, kita masih tidak berkonflik. Masih berlaku kesepaduan sosial atau social cohesion. Kita hanya bertikam lidah. Masih lagi tidak berlaku parang-memarang atau parang wagging. Dengan maksud, keadaan masih lagi baik.
Persoalan saya, kenapa kita tidak cari jalan untuk mencapai yang terbaik? Bukan maksud saya dengan menghapuskan sekolah vernakular. Tetapi perancangan mesti dibuat, bagaimana sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular dapat berinteraksi?
Saya hanya akan bersetuju dengan pembinaan sekolah menengah vernakular jika benar-benar bahasa Melayu dapat diperkasakan dalam 60 buah sekolah menengah vernakular yang sedia ada. Buatlah kajian akan kesannya terhadap pembinaan negara bangsa. Untuk sementara ini, janganlah terlalu mengugut dan mendesak kerajaan.
Tindakan sebegini akan menyebabkan kaum lain menyimpan rasa dan dendam. Dendam inilah yang akan menjadi bara api perkauman, yang tidak pernah padam. Inilah yang bahaya.
Kebebasan beragama dan menghormati kepelbagaian juga hendaklah berpandu kepada undang-undang. Kita sepatutnya bersyukurlah kerana di kebanyakan negara seperti Jerman, Perancis, Indonesia, Thailand dan sebagainya, mereka mengamalkan konsep keseragaman atau unity is uniformity untuk mencapai perpaduan. Dalam kata lain, 1 Bangsa, 1 Bahasa dan 1 Negara.
Sudah pasti kita tidak dapat melakukannya kerana kita mengamalkan kepelbagaian atau unity in diversity bagi mencapai perpaduan. Bagi kita kepelbagaian merupakan satu kekuatan. Namun, terlalu banyak berbeza pun menimbulkan masalah juga.
WE have seen in recent times how a mere expression or deed, intended or otherwise, has caused much consternation and offended individuals and sections of our society.
Someone once said: “It takes just a word or deed to hurt and separate, even if we think we are right; it takes much to forgive even if we might not forget; but it takes all of life’s enlightenment to reconcile and respect the other.”It implies that simply a word or action of ours, however justified we might consider it to be, can offend and cause division between people.With a great deal of effort we could be excused but it might not be erased from the memory of those hurt by it.It is education that brings about unity and mutual esteem for one another.Building unity, like character for instance, cannot be legislated or developed in isolation. All involved in governing, leading, guiding or influencing people should most importantly understand this. It infers that our various interactions, forced or willing, shallow or substantive, occasional or constant, with people as a whole as well as with our families, friends, neighbours, colleagues, students and even our adversaries are all contributory factors in achieving accord and harmony among people who have divergent views or are different in any way.Therefore, viewing our day-to-day relations and experiences in this way offers an alternative frame-of-reference through which we express ourselves in speech, in our writings and generally in the way we work together with others.Such an attitude and approach reduces and eliminates possible areas of conflict, tension and exasperation that so easily occur when we lack that sensitivity and understanding which is vital if we are to realise greater cohesion and unity within our multi-ethnic, multi-cultural and multi-religious society.Our educational efforts must, therefore, be those that lead our nation and its people not just to the accumulation of inert knowledge but rather to wisdom and enlightenment.Only then can our words and deeds be those that help not hinder our ability to live as one and pursue our life’s endeavours and responsibilities with mutual respect and unity.Let us see each other as part of our journey of developing together towards the goal of a truly united, peaceful and blessed 1Malaysia.RUEBEN DUDLEY, Petaling Jaya, Selangor.
Pengguna berhemah elak nahas
Someone once said: “It takes just a word or deed to hurt and separate, even if we think we are right; it takes much to forgive even if we might not forget; but it takes all of life’s enlightenment to reconcile and respect the other.”
It implies that simply a word or action of ours, however justified we might consider it to be, can offend and cause division between people.
With a great deal of effort we could be excused but it might not be erased from the memory of those hurt by it.
It is education that brings about unity and mutual esteem for one another.
Building unity, like character for instance, cannot be legislated or developed in isolation. All involved in governing, leading, guiding or influencing people should most importantly understand this. It infers that our various interactions, forced or willing, shallow or substantive, occasional or constant, with people as a whole as well as with our families, friends, neighbours, colleagues, students and even our adversaries are all contributory factors in achieving accord and harmony among people who have divergent views or are different in any way.
Therefore, viewing our day-to-day relations and experiences in this way offers an alternative frame-of-reference through which we express ourselves in speech, in our writings and generally in the way we work together with others.
Such an attitude and approach reduces and eliminates possible areas of conflict, tension and exasperation that so easily occur when we lack that sensitivity and understanding which is vital if we are to realise greater cohesion and unity within our multi-ethnic, multi-cultural and multi-religious society.
Our educational efforts must, therefore, be those that lead our nation and its people not just to the accumulation of inert knowledge but rather to wisdom and enlightenment.
Only then can our words and deeds be those that help not hinder our ability to live as one and pursue our life’s endeavours and responsibilities with mutual respect and unity.
Let us see each other as part of our journey of developing together towards the goal of a truly united, peaceful and blessed 1Malaysia.
RUEBEN DUDLEY,
Petaling Jaya, Selangor.
Pengguna berhemah elak nahas
2011/01/30
ANGKA 6,872 kematian akibat kemalangan jalan raya tahun lalu, bukan sedikit. Ini bermakna purata kematian setiap hari ialah 18.8 orang. Angka itu meningkat daripada catatan tahun lalu, iaitu sebanyak 6,745 kematian.Isu kemalangan jalan raya selalunya hangat diperkatakan setiap kali menjelang ketibaan sambutan sesuatu perayaan oleh masyarakat di negara ini.Setiap kali musim perayaan juga, polis akan melancarkan Ops Sikap dengan harapan dapat mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya. Pelbagai agensi lain turut terbabit dan memainkan peranan untuk membantu operasi ini.
Ops Sikap sudah diadakan sejak sembilan tahun lalu dan sempena Tahun Baru Cina kali ini, ia diadakan bagi kali ke-23. Saban tahun kita menyaksikan ramai yang bersengkang mata untuk memastikan kelancaran perjalanan warga kota ke destinasi masing-masing dan selepas itu, petugas Ops Sikap mengawal mereka untuk pulang ke tempat kerja.
Pendekatan demi pendekatan dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Tahun ini, polis memperkenalkan penguatkuasaan kreatif untuk memastikan hasrat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya tercapai.
Apa yang penting, kempen keselamatan jalan raya pada setiap musim perayaan mestilah fokus kepada perubahan sikap pengguna jalan raya itu sendiri.
Kaedah menyaman adalah satu bentuk didikan jangka panjang kepada pengguna jalan raya supaya mereka tidak mengulangi kesilapan sama, di samping menjadi peringatan kepada pengguna lain bahawa wujudnya penguatkuasaan yang tegas di jalan raya.
Apapun, kemalangan dan kematian boleh dihindari jika semua pengguna jalan raya tidak mengamalkan sikap negatif ketika di jalan raya. Jika mereka melanggar segala macam peraturan di jalan raya, mudahlah berlaku kemalangan.
M JASNI MAJED,
Bukit Kapar, Selangor.
Pendekatan demi pendekatan dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Tahun ini, polis memperkenalkan penguatkuasaan kreatif untuk memastikan hasrat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya tercapai.
Apa yang penting, kempen keselamatan jalan raya pada setiap musim perayaan mestilah fokus kepada perubahan sikap pengguna jalan raya itu sendiri.
Kaedah menyaman adalah satu bentuk didikan jangka panjang kepada pengguna jalan raya supaya mereka tidak mengulangi kesilapan sama, di samping menjadi peringatan kepada pengguna lain bahawa wujudnya penguatkuasaan yang tegas di jalan raya.
Apapun, kemalangan dan kematian boleh dihindari jika semua pengguna jalan raya tidak mengamalkan sikap negatif ketika di jalan raya. Jika mereka melanggar segala macam peraturan di jalan raya, mudahlah berlaku kemalangan.
M JASNI MAJED,
Bukit Kapar, Selangor.
Berita Minggu 31/1/2011
Tegakkan keadilan sosial
Oleh YUSRI SAHAT
PEKAN 22 Jan. - Semua pihak terutama agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bersama kerajaan dalam menegakkan keadilan sosial bagi memastikan golongan tidak berkemampuan terus mendapat pembelaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana kerajaan tidak mampu untuk membantu semua golongan kurang berkemampuan yang bilangannya terlalu ramai.
"Bantuan yang disalurkan tidak mencukupi jika hanya kerajaan yang menyalurkannya. Oleh itu sokongan daripada pihak swasta, NGO dan yayasan-yayasan tertentu amat diperlukan dalam usaha menegakkan keadilan sosial di negara ini," katanya.
Beliau berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada 300 pelajar daripada keluarga miskin dalam Parlimen Pekan di Bangunan UMNO di sini hari ini.
Sumbangan wang tunai sebanyak RM200 seorang, pakaian sekolah dan basikal itu disumbangkan oleh Persatuan Warga Cinta Negara (Pencinta) dan Amanah Raya Berhad. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Najib memberi jaminan kerajaan akan terus membantu golongan kurang bernasib baik terutama dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.
Tegasnya, tanpa bantuan tersebut sistem keadilan sosial di negara ini akan tempang apabila golongan yang layak tidak diberikan pembelaan sewajarnya.
"Bantuan kepada golongan tersebut sejajar dengan Model Baru Ekonomi (MBE) dengan sasaran kepada miskin tegar dan mereka yang berada dalam senarai e-Kasih," katanya.
Menurut beliau, rakyat seharusnya bersyukur kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin terhadap nasib golongan yang memerlukan bantuan.
"Jika kita lihat menerusi dasar-dasar yang diamalkan, nasib masyarakat miskin terbela hanya dalam tempoh satu generasi menerusi penekanan kepada bidang pendidikan sekali gus menyebabkan berlaku mobiliti sosial.
"Jika dahulu ibu bapa tergolong dalam kumpulan miskin tetapi anak-anak mereka ada yang menjadi golongan profesional dan usahawan yang sekali gus mengubah nasib keluarga mereka," jelasnya.
Berbanding di negara lain termasuk berstatus negara maju katanya, ada keluarga miskin terus miskin kerana ketempangan sistem sosial yang diamalkan.
Lebih buruk tambahnya, anak- anak mereka terlibat dalam gejala sosial seperti penagihan dan pengedaran dadah selain terlibat aktiviti jenayah.
Berucap pada majlis pengagihan limau mandarin di Dewan Majlis Daerah Pekan (MDP) selepas itu, Najib bangga dengan semangat 1Malaysia yang diamalkan oleh rakyat berbilang kaum.
Tegasnya, kekuatan itu akan menjadi benteng untuk mempertahankan sebarang anasir yang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.
"Kita lihat dalam bidang sukan misalnya, semangat untuk mengharumkan nama negara mengatasi batas-batas perkauman," tambahnya.
Utusan Malaysia 23/1/2011
No comments:
Post a Comment