5.Loji arang batu: Fikirkan jalan terbaik
Utusan online 12/2/2011
BARU-baru ini ada cadangan kerajaan mahu membangunkan satu loji janakuasa arang batu di Lahad Datu Sabah bertujuan untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Negeri di Bawah Bayu itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pembinaan loji berkenaan adalah bagi membolehkan Sabah mencapai taraf negeri maju di mana bekalan elektrik negeri itu perlulah berterusan dan juga stabil.
Tambah PM, dengan adanya loji itu nanti, ia bakal membekalkan kuasa elektrik secara berterusan dan juga pada harga yang murah berbanding penggunaan tenaga alternatif yang lebih mahal.
"Untuk Sabah menjadi negeri maju, mereka perlu mempunyai bekalan elektrik berterusan tanpa gangguan pada harga yang berpatutan. Pastinya ada alternatif lain tetapi kos bagi alternatif itu lebih tinggi berbanding sistem konvensional.
"Rakyat Sabah tidak bersedia untuk membayar pada kadar lebih tinggi... bagaimana kita nak bangunkan tenaga alternatif? Dan, untuk jangka masa pendek, tidak terdapat banyak alternatif," kata Perdana Menteri ketika menghadiri jamuan tengah hari dengan pemimpin masyarakat Cina Sabah, di Kota Kinabalu Julai tahun lalu.
Cadangan itu mendapat reaksi beberapa pihak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) yang bersangkut paut dengan alam sekitar.
Menurut mereka sebarang cadangan bagi pembinaan loji janakuasa arang batu di Sabah tidak harus dilabelkan sebagai 'bersih' kerana tiada loji sedemikian wujud di dunia pada ketika ini.
Gabungan lima NGO yang menamakan diri mereka 'Sabah Unite to Re-Power the Future' atau 'Green SURF' berkata, terma 'arang batu bersih' sepatutnya hanya merujuk kepada idea untuk membina loji janakuasa arang batu yang berupaya memerangkap asap karbon dan kemudian menyimpan karbon itu di bawah tanah.
"Ini merupakan impian di masa depan, bukan realiti pada masa kini. Tiada loji seumpama ini wujud di mana-mana tempat di dunia sekarang. Cadangan loji janakuasa arang batu di Sabah, sama seperti loji janakuasa arang batu lain di dunia, tidak akan mampu memerangkap dan menyimpan karbon.
"Laporan menunjukkan kemudahan seperti itu hanya akan wujud pada 2030," lapor Bernamayang memetik kata Green SURF dalam satu kenyataan.
Dan bagi Bidai, perkara itu ada asasnya ketika ini, namun Bidai tidaklah pula mahu menghalang aspek pembangunan yang memberi kebaikan kepada semua.
Namun, semua itu perlulah dilakukan dengan teliti. Laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) bagi Bidai tidak mencukupi kerana sebarang laporan boleh diubah jika mendapat 'desakan'.
Perdana Menteri ketika di Kota Kinabalu Julai lalu turut berjanji akan mengambil kira pandangan dan kebimbangan penduduk termasuk NGO berhubung cadangan pembinaan loji janakuasa arang batu di Lahad Datu itu.
Dan Bidai amat berharap untuk diwujudkan satu jawatankuasa khas mengenai perkara ini.
Bukan apa, apa yang dikatakan oleh Green SURF itu ada kebenarannya.
Kalau diselidiki, mana-mana loji arang batu di dunia ini sama ada yang lama atau moden, merupakan pengeluar terbesar karbon dioksida (CO2) yang dipercayai menyebabkan perubahan iklim.
Jadi, tidak dapat tidak, loji yang akan dibangunkan di Lahad Datu itu turut menjadi antara penyebab peningkatan CO2 pada masa depan.
Dan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara hijau.
Memang tenaga alternatif agak mahal dan tinggi kosnya namun bagi Bidai, jika kita tidak mulakan, bila lagi.
Sampai bila pun kalau kita tidak mulakan kosnya akan tinggi.
Sebagai contoh penggunaan kincir angin dan tenaga solar. Memang mahal, namun dalam tempoh yang panjang, ia amat berbaloi.
Ada juga yang mengatakan pembinaan loji janakuasa arang batu di Lahad Datu itu juga akan memusnahkan alam marin terutama di Semenanjung Dent.
Kawasan itu dikenalpasti menjadi habitat baharu terumbu karang dan pelbagai jenis rumpai laut.
Jadi, pembinaan loji janakuasa arang batu itu perlulah dilakukan dengan berhati-hati dan wujudkanlah satu jawatankuasa yang dianggotai oleh kerajaan, swasta, NGO dan penduduk setempat yang mempunyai kepentingan.
Cuba dapatkan satu keputusan terbaik di mana kepentingan rakyat dapat diutamakan dan alam sekitar tidak terjejas.
Jika ini terjadi, semua akan berasa selesa.
Fikirkanlah...
4.Teknologi hijau lindungi alam sekitar
CUACA yang tidak menentu, hujan, ribut, taufan, kemarau dan gempa bumi sering dikaitkan dengan pemanasan global.
Malah tidak keterlaluan apabila bumi dikatakan mempunyai masa 12 tahun saja sebelum ais di Kutub Utara dan Selatan mencair seluruhnya.
Jika pembebasan gas karbon dioksida (CO2) tidak dapat dikawal sehingga boleh mencapai 450 bahagian per sejuta (bpj), bumi bakal dilanda malapetaka yang dahsyat.
Buat masa ini, pembebasan CO2 adalah sekitar 392 bpj manakala bumi hanya boleh menampung hanya 350 bpj yang boleh dikatakan tahap selamat.
"Kebanyakan saintis termasuk saintis NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan), James Hansen bersetuju angka 350 bpj CO2 merupakan paras selamat bagi bumi serta kehidupannya," kata pakar Teknologi Hijau dari Universiti Mahidol, Thailand, Profesor Dr. Chirapol Sintunawa.
Kesan pemanasan global dapat dilihat apabila suhu dunia meningkat dua darjah Celcius pada 450 bpj yang menyebabkan ais di Kutub semakin mencair.
"Kita perlu bertindak sekarang bagi mengurangkan pembebasan CO2 dan melindungi alam sekitar.
"Sebagai ahli masyarakat, kita perlu mula mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang boleh menyumbang ke arah gas rumah hijau," katanya yang juga seorang pakar konservasi alam sekitar dan tenaga.
Sehingga kini beliau telah berjaya memberikan kesedaran mengenai alam sekitar kepada masyarakat negara berkenaan.
Kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) menunjukkan kandungan gas CO2 pada 392.04 bpj pada Jun tahun ini berbanding 389.43 bpj pada 2009 dan 387.88 pada 2008.
Justeru apa yang perlu kita lakukan?
Dr. Chirapol menegaskan segalanya perlu bermula dengan perkara remeh-temeh di peringkat kanak-kanak dan pelajar sebelum ke lebih tinggi.
Tidak keterlaluan jika dikatakan beliau berjaya menyatukan 14 juta rakyat Thailand memadamkan lampu yang tidak digunakan di rumah secara serentak.
"Walaupun hanya lima minit, ini menunjukkan penggunaan elektrik turun sebanyak 700 megawatt (MW) bersamaan dengan kuasa yang dihasilkan oleh satu daripada 14 janakuasa elektrik seluruh Thailand," katanya.
Apa yang kita lakukan untuk menyelamatkan bumi? soal Dr. Chirapol.
"Saya mulakan di universiti tempat saya mengajar.
"Di universiti tempat saya mengajar merupakan kampus basikal di mana basikal disediakan bagi kegunaan pelajar serta kakitangan.
"Basikal bukan saja tidak membebaskan CO2 malah menyihatkan badan dan menjimatkan wang kerana kita tidak perlu mengeluarkan wang membeli petrol," katanya.
Malah beliau juga berjaya 'mengubah' industri perhotelan dengan kerjasama Greenleaf Foundation ke arah mesra alam dengan pengenalan sistem rating yang dinamakan Green Leaf Standard.
Mengambil contoh hotel yang menggunakan cadar putih, beliau berkata apa kata warna berkenaan diubah kepada warna yang lebih ceria.
"Warna putih memerlukan air, sabun dan peluntur untuk mencuci dan kenapa kita tidak menggunakan warna yang lain," katanya.
Hotel di Thailand juga menggunakan air kitar semula dan air hujan bagi hampir semua keperluan kecuali untuk minuman dan mandi.
Dr. Chirapol berkata, segalanya perlu bermula daripada diri sendiri yang mahu menyelamatkan dunia bagi generasi akan datang.
5.Loji arang batu: Fikirkan jalan terbaik
BARU-baru ini ada cadangan kerajaan mahu membangunkan satu loji janakuasa arang batu di Lahad Datu Sabah bertujuan untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Negeri di Bawah Bayu itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pembinaan loji berkenaan adalah bagi membolehkan Sabah mencapai taraf negeri maju di mana bekalan elektrik negeri itu perlulah berterusan dan juga stabil.
Tambah PM, dengan adanya loji itu nanti, ia bakal membekalkan kuasa elektrik secara berterusan dan juga pada harga yang murah berbanding penggunaan tenaga alternatif yang lebih mahal.
"Untuk Sabah menjadi negeri maju, mereka perlu mempunyai bekalan elektrik berterusan tanpa gangguan pada harga yang berpatutan. Pastinya ada alternatif lain tetapi kos bagi alternatif itu lebih tinggi berbanding sistem konvensional.
"Rakyat Sabah tidak bersedia untuk membayar pada kadar lebih tinggi... bagaimana kita nak bangunkan tenaga alternatif? Dan, untuk jangka masa pendek, tidak terdapat banyak alternatif," kata Perdana Menteri ketika menghadiri jamuan tengah hari dengan pemimpin masyarakat Cina Sabah, di Kota Kinabalu Julai tahun lalu.
Cadangan itu mendapat reaksi beberapa pihak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) yang bersangkut paut dengan alam sekitar.
Menurut mereka sebarang cadangan bagi pembinaan loji janakuasa arang batu di Sabah tidak harus dilabelkan sebagai 'bersih' kerana tiada loji sedemikian wujud di dunia pada ketika ini.
Gabungan lima NGO yang menamakan diri mereka 'Sabah Unite to Re-Power the Future' atau 'Green SURF' berkata, terma 'arang batu bersih' sepatutnya hanya merujuk kepada idea untuk membina loji janakuasa arang batu yang berupaya memerangkap asap karbon dan kemudian menyimpan karbon itu di bawah tanah.
"Ini merupakan impian di masa depan, bukan realiti pada masa kini. Tiada loji seumpama ini wujud di mana-mana tempat di dunia sekarang. Cadangan loji janakuasa arang batu di Sabah, sama seperti loji janakuasa arang batu lain di dunia, tidak akan mampu memerangkap dan menyimpan karbon.
"Laporan menunjukkan kemudahan seperti itu hanya akan wujud pada 2030," lapor Bernamayang memetik kata Green SURF dalam satu kenyataan.
Dan bagi Bidai, perkara itu ada asasnya ketika ini, namun Bidai tidaklah pula mahu menghalang aspek pembangunan yang memberi kebaikan kepada semua.
Namun, semua itu perlulah dilakukan dengan teliti. Laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) bagi Bidai tidak mencukupi kerana sebarang laporan boleh diubah jika mendapat 'desakan'.
Perdana Menteri ketika di Kota Kinabalu Julai lalu turut berjanji akan mengambil kira pandangan dan kebimbangan penduduk termasuk NGO berhubung cadangan pembinaan loji janakuasa arang batu di Lahad Datu itu.
Dan Bidai amat berharap untuk diwujudkan satu jawatankuasa khas mengenai perkara ini.
Bukan apa, apa yang dikatakan oleh Green SURF itu ada kebenarannya.
Kalau diselidiki, mana-mana loji arang batu di dunia ini sama ada yang lama atau moden, merupakan pengeluar terbesar karbon dioksida (CO2) yang dipercayai menyebabkan perubahan iklim.
Jadi, tidak dapat tidak, loji yang akan dibangunkan di Lahad Datu itu turut menjadi antara penyebab peningkatan CO2 pada masa depan.
Dan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara hijau.
Memang tenaga alternatif agak mahal dan tinggi kosnya namun bagi Bidai, jika kita tidak mulakan, bila lagi.
Sampai bila pun kalau kita tidak mulakan kosnya akan tinggi.
Sebagai contoh penggunaan kincir angin dan tenaga solar. Memang mahal, namun dalam tempoh yang panjang, ia amat berbaloi.
Ada juga yang mengatakan pembinaan loji janakuasa arang batu di Lahad Datu itu juga akan memusnahkan alam marin terutama di Semenanjung Dent.
Kawasan itu dikenalpasti menjadi habitat baharu terumbu karang dan pelbagai jenis rumpai laut.
Jadi, pembinaan loji janakuasa arang batu itu perlulah dilakukan dengan berhati-hati dan wujudkanlah satu jawatankuasa yang dianggotai oleh kerajaan, swasta, NGO dan penduduk setempat yang mempunyai kepentingan.
Cuba dapatkan satu keputusan terbaik di mana kepentingan rakyat dapat diutamakan dan alam sekitar tidak terjejas.
Jika ini terjadi, semua akan berasa selesa.
Fikirkanlah...
3. Mendepani krisis inovasi
Utusan Malaysia 31/1/2011
Malaysia pernah berhadapan dengan krisis ekonomi. Ada juga yang menyatakan kita pernah mengalami beberapa krisis politik. Namun hari ini, Malaysia berhadapan dengan satu krisis yang mungkin tidak disedari pun oleh rakyatnya sendiri - krisis inovasi.
Mungkin ada pihak yang tidak percaya dan tidak kurang yang menganggap ringan perkara ini.
Namun kerajaan memandang perkara ini sebagai suatu yang serius dan perlu ditangani segera.
Malahan Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 telah diluluskan dalam tempoh hanya 10 hari selepas ia dibentangkan buat bacaan kali pertama pada 13 Disember tahun lepas.
Dengan lulusnya rang undang-undang berkenaan ia telah membuka laluan kepada penubuhan Agensi Inovasi Malaysia (AIM), sebuah badan berkanun yang bertujuan mengendalikan krisis inovasi di samping melaksanakan mandat khusus.
Apa sebenarnya krisis inovasi?
Ia adalah apabila terdapat kekayaan di negara ini tetapi kekayaan itu tidak dibawa ketengah dan ini berpotensi menyebabkan kemunduran ekonomi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas (UNIK), Datuk Dr Kamal Jit Singh dalam satu temu bual baru-baru ini.
"Terdapat keperluan untuk mengorientasi semula inovasi ke arah penciptaan kekayaan dan keadaan sosial yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata, laporan Model Baru Ekonomi (MBE) mengutarakan bahawa usaha Malaysia ke arah inovasi masih tidak mencukupi.
"Di awal laporan, iaitu di muka surat 5 menyatakan bahawa terdapat satu kekurangan yang serius dalam sistem kita, iaitu usaha inovasi kita sejak lima tahun lepas bermula 2002 sebenarnya menunjukkan penurunan.
"Dalam keadaan negara lain di dunia berlumba-lumba merekodkan peningkatan, pencapaian mendatar pun sudah dikira teruk, apatah lagi jika mengalami penurunan. Ini seperti kelemahan berganda," katanya.
Beliau mendedahkan bahawa Bank Dunia telah meramalkan bahawa sekiranya corak itu berterusan, ekonomi Malaysia berkemungkinan mengalami kemunduran.
Ini boleh berlaku kerana ekonomi perlu melalui transformasi yang bersepadu untuk maju dan inovasi adalah sebahagian daripada proses berkenaan, katanya.
"Tanpa inovasi, kita mungkin tidak mampu untuk merealisasikan Wawasan 2020.''
ASAS INOVASI
Sebuah negara perlu berdaya saing secara global sekiranya ingin menjadi maju. Dan alat pemacu untuk membawa Malaysia ke dunia yang berdaya saing ialah inovasi, kata Kamal Jit.
Bagaimanapun, bagi Malaysia tumpuan hendaklah bermula dari bawah agar dapat diwujudkan satu tapak yang kukuh.
Kata beliau, tapak yang dimaksudkan merupakan kelulusan Akta AIM 2010, iaitu dengan statusnya sebagai badan berkanun, agensi berkenaan mempunyai "lebih taring untuk menjalankan tugas".
Bagaimanapun, akta mempunyai jangka hayat yang tetap dan di Malaysia sesebuah Akta di Parlimen akan wujud selama 10 tahun sebelum ia dipinda atau dimansuhkan.
Sekiranya AIM berhasrat untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara inovasi dalam sedekad ini, ia perlu memulakannya dari sekarang.
Adakah tempoh itu cukup bagi AIM untuk merealisasikan hasrat itu?
Kamal Jit menjawab: "Sememangnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara inovasi dalam hanya 10 tahun merupakan tugas yang berat.
Namun kadang-kadang lebih banyak kerja yang dapat dijanakan dalam tempoh masa yang terhad.
Sekiranya kita mempunyai masa yang banyak kita mungkin akan leka mengenainya."
Beliau berkata, akta itu digubal dengan menggunakan akta terbaik seumpamanya dari seluruh dunia sebagai kayu pengukur.
Ini dilakukan dengan melihat kepada amalan terbaik yang dilaksanakan oleh negara lain dan mengambil apa yang sesuai untuk diamalkan di Malaysia. Bagaimanapun, Kamal Jit berkata tiada "peniruan" dilakukan, kerana setiap negara perlu menghasilkan satu sistem yang sesuai untuk mereka.
Agensi berkenaan mempunyai satu majlis tadbir urus yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan akan beroperasi dalam rangka Dasar Inovasi Negara yang akan dilancarkan bulan depan.
EMPAT TERAS
Akta AIM 2010 adalah tapak untuk membina sebuah negara yang bergerak ke arah persaingan sejagat. Seperti juga sebuah rumah, yang duduk di atas tapak ialah tiang-tiangnya.
Kamal Jit berkata untuk mencapai Sistem Inovasi Negara, AIM akan menumpukan kepada empat teras yang akan membantu Malaysia bergerak ke arah persaingan sejagat.
Empat teras itu ialah:
l Sistem pelajaran - ia hendaklah dirangka bagi memastikan ia mengandungi ciri dan komponen yang tepat untuk menghasilkan pelajar yang berdaya saing tinggi di peringkat global.
- Institusi pengajian tinggi - hendaklah menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh diubah suai untuk mendorong ke arah pertumbuhan ekonomi.
- Kerajaan - di Malaysia, sama seperti negara sedang membangun yang lain, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan itu sendiri untuk memacu hala tujunya. Untuk memastikan ia berlaku dengan berkesan, kerajaan hendaklah melaksanakan inovasi iaitu kunci ke arah persaingan sejagat.
- Industri - Terdapat kira-kira 600,000 Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia. IKS adalah jentera kepada pertumbuhan, seperti yang dipamerkan oleh negara seperti Taiwan, Jepun dan Korea di mana IKS yang memacu negara berkenaan menduduki tangga tertinggi dalam ekonomi.
"Ini adalah empat bidang yang akan diberi tumpuan AIM. Sekiranya dilaksanakan dengan tepat, ia akan membentuk Sistem Inovasi Negara," kata Kamal Jit.
Beliau berkata, Sistem Inovasi Negara bukanlah sesuatu yang fizikal sebaliknya hasil daripada perkembangan budaya sesuatu masyarakat.
"Ia merupakan sebuah budaya inovasi yang akan membuahkan hasil bagi jangka masa panjang."
Kamal Jit berkata, negara barat dengan budaya inovasi adalah hasil daripada kerjasama antara empat teras berkenaan.
Bagaimanapun, ia tidak berlaku di Malaysia kerana di negara ini teras berkenaan berdiri secara bersendirian atau tidak bekerjasama antara satu sama lain.
Beliau berkata AIM diwujudkan bagi memastikan kesemua empat teras berkenaan bekerjasama antara satu sama lain.
"Jika kita dapat laksanakan ini, kita akan mewujudkan peluang-peluang baru yang akan menarik mereka yang berbakat balik ke Malaysia.
Kita telahpun mempunyai Talent Corp, yang merupakan langkah bijak ke hadapan. Kewujudan AIM akan menyokong usaha itu di samping memperkembangkannya.
Di samping itu, kata Kamal Jit, ia juga akan memastikan terdapat bakat-bakat boleh ubah suai di Malaysia untuk menarik lebih banyak Pelaburan Terus Asing (FDI).
"Aduan yang biasa diterima oleh FDI, Malaysia tidak mempunyai bakat yang mencukupi, oleh itu mereka lebih suka melabur di negara lain.
"Hakikatnya ialah bukannya kita tidak mempunyai bakat yang mencukupi. Kita mempunyai ramai graduan universiti jadi kita memang mempunyai bakat. Ia hanyalah kerana bakat itu tidak dapat diubah suai."
Beliau berkata, adalah satu lumrah di Malaysia apabila graduan dalam satu-satu bidang tidak mampu melakukan kerja dalam bidang lain, sedangkan sepatutnya seorang graduan mudah untuk dilentur.
Kamal Jit berkata, dalam sebuah budaya inovasi, seorang graduan boleh ditransformasi sepenuhnya dalam tempoh tiga hingga enam bulan dan kemudian dilentur semula untuk menjadi mahir dalam bidang yang lain pula.
Beliau yang memberi contoh Sweden, yang terkenal dengan kemahiran dalam pembuatan kapal sejak Zaman Viking.
Apabila mereka mendapati mereka tidak mampu lagi bersaing dengan Jerman dan Korea Selatan dalam perdagangan itu, mereka mencari kemahiran yang lain.
Hasilnya, dalam tempoh enam bulan sahaja sebuah kampung di Sweden yang mahir dalam pembuatan kapal menjadi mahir pula dalam seni penghasilan jam.
"Bayangkan sebuah masyarakat yang mempunyai puluhan tahun kemahiran dalam pembinaan kapal tiba-tiba menjadi mahir dalam menghasilkan jam. Mereka dapat berbuat demikian kerana kemahiran asasnya sudah ada.
"Begitu juga dengan para graduan. Mereka mempunyai kemahiran asas, maka mereka juga sepatutnya boleh mengubah suai kemahiran yang dimiliki," katanya. — Bernama
Insinerator jalan penyelesaian lupus sampah
APABILA menyebut tentang sampah, ia boleh ditemui di mana-mana pelosok di negara ini. Ia boleh ditemui di tepi-tepi jalan, berlonggok di belakang rumah, tersangkut di dalam sungai, terhampar di tepian pantai, malah di ceruk bukit-bukau dan gunung ganang sekalipun, sampah boleh ditemui.
Ia bukan saja satu pemandangan yang menyakitkan mata, malah menyakitkan hati dan deria bau pula tidak terhidu dek busuknya sampah yang mula dimakan ulat.
Itulah gambaran sebenar keadaan sampah di negara kita sehinggakan laporan muka depan akhbar ini semalam menyebut mengenai timbunan sampah yang dikumpul dalam masa lima hari boleh menutupi seluruh negeri Perlis!
Begitu sekali banyaknya sampah yang dibuang oleh penduduk negara ini. Kita tahu sampah-sarap yang berlonggok itu bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah mengeluarkan bau busuk serta mengundang pelbagai penyakit bawaan anjing atau kucing liar, tikus, lipas dan lalat.
Ada beberapa penyakit yang boleh membawa maut seperti kencing tikus yang begitu berbahaya jika lambat dirawat.
Lebih memburukkan keadaan kerana sampah yang dikumpul itu semakin bertambah dari sehari ke sehari, ekoran pertambahan isi rumah termasuk kehadiran pendatang asing yang kini dianggarkan berjumlah tiga juta orang. Ringkasnya, semakin bertambah penduduk maka semakin banyaklah sampah yang terpaksa dikutip, diangkut, dikumpul dan dilupuskan.
Hari ini kita menyaksikan kira-kira 30,000 tan sampah dibuang oleh isi rumah sehari atau 10,950,000 tan sampah dalam setahun. Itu statistik sekarang melibatkan kira-kira 28 juta penduduk negara. Bayangkan, timbunan sampah yang lebih tinggi pada masa akan datang dengan penduduk yang bertambah berkali-kali ganda.
Tentu banyak pihak bingung memikirkan tentang bagaimana atau apa yang perlu dan sesuai dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Sebelum ini, banyak usaha telah dilakukan termasuk kempen kitar semula, kempen cintai sungai kita, pembinaan insinerator di beberapa lokasi di seluruh negara bagi melupuskan sampah secara moden dan lain-lain. Namun, boleh dikatakan kesemua kempen dan usaha itu gagal dilaksanakan. Hanya insinerator mini dibenarkan dan ia tentulah tidak cukup.
Mahu membina insinerator bersaiz besar seperti di Kampung Broga, Semenyih, Selangor beberapa tahun lalu, masyarakat pula membantahnya. Campur tangan politik memburukkan keadaan dan akhirnya projek itu terpaksa dibatalkan dengan alasan kos terlalu tinggi.
Bukan masanya sekarang untuk mengulas kenapa banyak usaha dan kempen yang dijalankan untuk memelihara alam sekitar daripada pencemaran sampah gagal.
Yang lepas biarkan berlalu. Sebaliknya, kita perlu melihat jauh ke hadapan bagaimana menghadapi lautan sampah yang semakin menyesakkan itu. Sebagai permulaan awal, kanak-kanak perlu diberi pengetahuan tentang sampah.
Pendidikan berterusan mengenai pengurusan sampah yang betul dalam kalangan kanak-kanak akan membentuk jiwa yang menyayangi alam sekitar lebih daripada kepentingan lain.
Ada orang sanggup mengadakan pelbagai demonstrasi di merata dunia untuk menyelamatkan alam sekitar. Banyak aktivis alam sekitar berjuang demi memastikan kelestarian kehidupan di muka bumi ini. Ia usaha individu dan kumpulan tertentu. Justeru, mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menyelamatkan bumi daripada timbunan sampah, tentulah tidak memadai.
Ia usaha setiap penduduk dan bagi pihak kerajaan pula, jangan mudah tunduk kepada tekanan politik untuk menjayakan projek besar demi penduduk.
Hakikatnya, teknologi insinerator selamat digunakan di banyak negara termasuk Singapura di mana penghasilan gas dioksin yang menggusarkan sesetengah pihak adalah di bawah paras bahaya.
Justeru, pembinaan insinerator untuk pelupusan sampah mungkin menjadi jalan penyelesaian.
Sungguhpun begitu, insinerator yang dibina itu mestilah jauh dari penempatan penduduk dan itu bermakna kita perlu mencari kawasan yang tidak didiami oleh sesiapa bagi membinanya.

Utusan Malaysia 24/1/2011
2.Minda Pengarang: SKMM perlu pantau penulis blog elak muncul ‘penulis upahan’
Berita Harian
2011/01/24
KEMUNCULAN media baru, khususnya blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter kini menjadi alternatif masyarakat dalam mendapatkan maklumat, selain media konvensional seperti akhbar dan saluran televisyen. Kecanggihan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), khususnya internet memudahkan orang ramai mencapai maklumat secara lebih pantas dan mudah. Apatah lagi penembusan jalur lebar negara kita kini mencecah lebih 50 peratus. Kita tidak dapat menolak media baru mempunyai tarikan tersendiri mempengaruhi orang ramai. Justeru, jika seseorang itu mampu mengeksploitasi blog ini dengan menjadikannya medan perniagaan seperti menawarkan perkhidmatan, jualan dan pengiklanan secara kreatif, sudah pasti ia satu bentuk perniagaan baru yang menguntungkan. Akhbar ini kelmarin mendedahkan penulis blog mampu meraih keuntungan lumayan mencecah jutaan ringgit setahun. Pengendali blog yang konsisten, termasuk menggunakan kisah peribadi sebagai tarikan utama, mampu memperoleh pendapatan purata RM500,000 hingga RM700,000 dalam tempoh tujuh bulan atau purata hingga RM70,000 sebulan. Tawaran perniagaan di blog menyusul selepas kisah politik, peribadi dan komuniti, malah ia amat berkesan dalam menyampaikan mesej dalam dunia moden serta pantas dalam pencarian maklumat. Kita percaya jika penulis blog ini memanfaatkan kemahiran, daya kreativiti, potensi dan populariti mereka, ia mampu menjana pendapatan yang tinggi. Selain artis yang dapat menjana pendapatan tinggi dengan populariti mereka ketika ini, kini penulis blog juga boleh melakukan perkara sama melalui media alternatif ini.
Yang pasti kemunculan blog ini berupaya mempengaruhi pandangan dan pendapat orang ramai dalam memperkatakan mengenai sesuatu isu. Ia jelas kelihatan, terutama ketika negara berhadapan dengan sesuatu pilihan raya umum atau kecil. Mahu atau tidak, kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang akan menggunakan sepenuhnya blog ini untuk menjelaskan sesuatu perkara atau menangkis tohmahan lawan. Namun, pada masa sama kita bimbang ada laman blog yang disalahgunakan untuk tujuan memfitnah, membuat tohmahan dan menyebarkan pemikiran, malah ideologi yang bertentangan dengan kerukunan hidup masyarakat majmuk dan beragama di negara ini. Kita dapati ada penulis blog yang memaparkan pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas bagi memenuhi agenda pihak tertentu walaupun tanpa bukti kukuh. Lebih buruk ia bebas menggunakan bukti palsu bagi menimbulkan kebencian kepada pihak lain. Malah, dalam dunia tanpa sempadan, kita turut berhadapan dengan cabaran pendedahan maklumat seperti isu kebocoran maklumat sulit menerusi laman WikiLeaks yang membabitkan penyaluran keluar pelbagai rahsia di beberapa negara. Laman WikiLeaks diasaskan pada 2006 oleh Julian Assange mencetuskan kontroversi global apabila ia mendedahkan rahsia diplomatik dan dokumen tentera kerajaan Amerika Syarikat. Justeru, apa yang kita harapkan penulis blog lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan pandangan dan idea mereka. Kita mahu mereka lebih beretika serta mengambil kira kesan yang mereka boleh cetuskan jika pandangan mereka membabitkan unsur provokasi. Kita tidak mahu wujudnya ‘penulis blog upahan’ bagi melaksanakan agenda pihak yang berkepentingan. Walaupun akhirnya orang ramai yang akan menentukan kesahihan sesuatu berita, adalah tidak adil bagi mereka untuk membuat pertimbangan jika terlebih dulu disogokkan dengan bukti palsu. Apapun kita mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau kegiatan penulis blog ini. Kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat, bukanlah satu kebebasan mutlak sehingga boleh memporak-perandakan negara.
Berita Harian
2011/01/24
Saturday January 22, 2011
1.Re-cycling a past trend
Made In China
Chow How Ban
Beijing plans to have 1,000 points near subway stations where commuters can rent and return 50,000 bicycles for the initial or final 1km - 3km of their journey.
BEIJING, once regarded as the capital of bicycles, is now full of cars. In the 1980s, about 60% of the population cycled to work. Today, only 18% do so, cycling dropping to the third most preferred mode of transport behind public transport and the car.
However, during the Olympic Games in 2008, the city government initiated a campaign to bring back the cycling trend in its bid to make the Chinese capital a more livable place.
The city authorities reduced the number of vehicles on th road and put the development of better subway and bus networks on top of their agenda. The measures have had a positive change, with more residents taking up cycling once more.
Shanxi province born Ge Zhongjun began riding a bicycle again a few months ago, when he started work.
“I used to cycle to school, a 15-minute trip,” he reminisced.
“My hometown is a small city, and it is more convenient to cycle. I remember how great it felt to cycle down a slope to get to school.
“When I came to Beijing for studies, I stopped cycling for a while. When I found a job in the city centre recently, I rented an apartment near my office so that I could cycle to work.”
Ge said his parents often advised him to do some exercise like cycling to loosen his stiff muscles after long hours sitting in the office.
“By bus it takes three stops to reach my office, and the travelling time is at least 30 minutes. But if I cycle, it only takes 20 minutes,” he added.
“There are advantages over driving a car, too. I need not worry about the cost of parking and car maintenance. And it is difficult to find parking lot in the city. Moreover, cycling is a low-carbon way of life.”
But, Ge said, he might consider other means of transport when he eventually has a family.
According to a Bike for A Better Beijing report released in September last year by the Friends of Nature (FON), an non-governmental organisation that champions cycling, the number of motorised vehicles in the city had grown from 2,300 in the late 1940s to about five million now.
While car sales are expected to slow down following the government’s move to limit the number of vehicle licence plate approvals to 240,000 for this year, there is no stopping the trend of car ownership among affluent Chinese.
The report highlighted the major problems faced by the city’s cyclists, such as the danger of cycling in a road network designed more for motor vehicles, and the lack of parking space for bicycles.
FON communications and public affairs department coordinator Smile Leung said although Beijing was considered one of China’s most bicycle-friendly cities, there were not enough designated bicycle lanes, and safety measures to protect cyclists were lacking.
The risk of having their bicycles stolen are one factor discouraging people from cycling, but the main reason for the dwindling number of cyclists is the lack of safe infrastructure.
In response, the city government had installed barriers on the bicycle lane between the Dongsi and Dengshikou subway stations to prevent encroachment by motorists, Leung said.
She said the city needed more such measures and infrastructure for cyclists if it was serious about promoting this green mode of transport.
No-Car Day is on Sept 1 but FON encourages motorists to leave their cars behind for three days to give cycling a shot.
“The impact of the No-Car Day would be limited if it was for one day only. So we launched a separate three-day campaign targeting those who take the taxi to work so that they can experience what is it like to cycle around the city,” she said.
The NGO champions the construction of more bike rental points – whether funded by the government or private sector – as bike rental helps promote cycling and addresses the problem faced by residents, especially on the initial or final 1km-3km of their journey.
“Instead of taking the bus or walking, residents can rent and ride a bike to their destination. Many bike rental companies mushroomed during the Beijing Games, but over the last few years many of them closed down,” she said.
“As far as we know, Beijing Bicycle Rental Co is the only company still in this business, and they have about 20 rental sites within the second ring road. They are waiting for changes to the government’s policies to revive the industry.”
Last October, Fangzhou, the largest bike rental company, went bankrupt after suffering huge losses. It was the latest casualty in the troubled industry that began in the city in 2006.
Bike rental operator Liu Guojun, who has about 15 bikes at a rental point near Tsinghua University, said he had to rely on repairing bicycles to make ends meet these days.
“Our deposit is only 150 yuan (RM69), one of the lowest in town. The rent is supposed to be 8 yuan (RM3.68) a day but I will have to settle for 6 yuan (RM2.76) on a slow day. This is a tough business,” he said.
The public say the bike rental system failed because there are too few locations where bicycles can be picked up and dropped off.
The good news is that last December the government an-nounced a pilot bicycle-sharing project with more than 10,000 bicycles in 200 sites at the Line 4, 5 and Batong subway stations.
Under the 12th Five-Year Plan (2011-2015), the city plans to have 1,000 points and more than 50,000 bicycles.
The bike rental system should never be a business but rather a public-welfare initiative that is free and led by the government, Beijing Bicycle Rental Co president Wang Yong was quoted by China Daily as saying.