Perdagangan: Gempa bumi, tsunami Jepun boleh beri kesan
16/03/2011 12:09pm
KUALA LUMPUR 16 Mac – Gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini boleh memberi kesan buruk ke atas aktiviti perdagangan Malaysia pada tempoh jangka pendek.
"Sektor elektrik dan elektronik akan merasai kesannya kerana keluaran beberapa komponen utama yang diimport dari Jepun akan berkurangan dengan banyak,” kata AmResearch dalam satu nota hari ini.
AmResearch menganggarkan bahawa eksport keseluruhan Jepun kemungkinan besar akan turun antara 5.0 dan 10 peratus pada tahun ini, serta ditambah pula dengan pengurangan perdagangan bagi bulan-bulan akan datang.
Katanya pelaburan dan pelancongan Jepun akan berkurangan apabila usaha pembinaan semula di Jepun memerlukan pelaburan yang besar, sekali gus pengurangan pelaburan Jepun di Malaysia adalah satu kemungkinan yang besar.
“Kami berpandangan pemulihan di Malaysia kemungkinan terlewat, berikutan ketidaktentuan pada separuh pertama. Bagaimana pun, kesan jangka panjang kekal positif,” katanya.
Katanya, dengan mengambil kira perkembangan yang lebih lembap daripada jangkaan pada separuh pertama 2011, ia kemungkinan akan menyemak semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada sekitar 5.2 peratus daripada anggaran awal 5.5 peratus. – Bernama
Sunday February 27, 2011 The Star online
Malaysia in a state of preparedness
By DATUK MOHAMED IQBAL RAWTHER
MALAYSIA is not insulated from any adverse world trend as it is still largely an export-driven, foreign investment dependent economy. Its resilience, tested more than once, offers comfort but resting on laurels is risky. It is even riskier in a globalised economic interdependence.The 1997 Asian financial crisis and the more recent global economic turmoil are indications of the growing complexities of the world economy.When we look at the United States or Europe – the so-called developed nations – the upheaval is frightening. When global giants – nations or corporations – falter or fall, the shock waves and tremors are pervasive. The cyclical theory, or for that matter the prevalent econometric modelling, is of no help to predict the future or a trend. The reality is one of constantly changing parameters. Changes are the rule now, not exceptions as considered decades ago.Malaysia has realised this notion much better than any other country in the developing world. Wanting to move up a few notches on the development scale to achieve a developed nation status, the efforts are convincing. They are much more than wishful thinking.The transformation agenda being implemented one by one is determined to change the pace to fast-forward. Starting with the GLC transformation, the gear shifted to the Government Transformation Programme. Now it has gone into an overdrive mode in the Economic Transformation Programme.The pace is indeed fast. To a layman and the public-at-large, these may appear as overdosage.On a sector-by-sector basis, the programmes are specific, strategic thrusts to increase opportunities. The responses to these initiatives are positive, timely and meaningful. The efforts can isolate the Malaysian economy from falling into the trap of complacency and under-performance.This anticipatory attitude and concerted approach, well-crafted and strongly articulated, is welcomed by the private sector, both domestic and foreign. If the economy is set to grow, and it is poised to grow by about 6% annually, there is plenty to share by all parties in this new growth paradigm.The New Economic Model (NEM) no doubt addresses the challenges of the future leading to 2020 from a macro-economic point of view. It also provides the thought processes for micro-economic management.Corporate entities can dove-tail their business models and business processes within the broad framework of the NEM. Even before the advent of the NEM, a good number of Malaysian corporations were already taking the cue from global trends.In the aftermath of the Asian financial crisis, and at the onset of a worldwide slump, pro-active CEOS of corporations started to re-think their businesses. More are being forced to re-think now. Business strategies, business culture, customer focus, revenue generation and the bottom line profit are being re-examined, not once but regularly.In short, the whole attitude towards changes, an anticipatory approach and strategies to confront the ensuing changes becomes the key challenge.The “run-of-the-mill” and “business-as-usual” passive paradigms, if continued, are a sure recipe for disaster. Those who are not perceptive of the “writing on the wall” will lead their firms to rust, and maybe to dust.The NEM may not contain the specifics a company is looking for but it provides a window for a new business perspective for a group or sector. A discerning characteristic for a CEO is the ability to handle change and, more importantly, to understand the complexities of impending changes.The necessity for restructuring and focusing on what are now considered core competencies and compatible business within a group or cluster become an operational imperative. A simplified business process and speedy communication flows, and commitment to discipline in execution and implementation are the rules in the present business game.The success of the government initiatives and the consequential strategies of the private sector depend very much on the government delivery system. The implementation framework, with a referral mechanism even to the Prime Minister and a team of ministers, structurally is a good idea.However, when every matter – every nitty-gritty – has to go to the top, it is a sign that bureaucracy is prevalent. If there continues to exist large pools of government personnel bucking the trend and the momentum of the leadership, then serious shortfalls will ensue.Malaysia needs to act fast, even aggressively, to put the course on track. Any principle that ignores the basics cannot be sustained.On the other hand, a principle that is based on sound basics will succeed, and Malaysia’s economic reforms are on sound basics.> The writer is the Secretary-General of the Malaysia-Japan Economic Association.
9. Pengusaha EKS perlu tukar pendekatan inovasi untuk kekal kompetitif: Najib
2011/02/11 Berita Harian online
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta pengusaha enterpris kecil dan sederhana (EKS) supaya menukar pendekatan inovasi masing-masing bagi kekal kompetitif.
Katanya, komuniti EKS tidak menerima pakai teknologi sepantas yang sepatutnya.
"Anda perlu mengguna pakai teknologi sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan," katanya di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dan taklimat mengenai Akta Agensi Inovasi Malaysia anjuran SMI Malaysia hari ini.Najib berkata, teknologi adalah satu platform yang "akan membolehkan anda melihat lebih jauh berbanding menggunakan mata kasar."
Di dalam dunia perniagaan, EKS perlu menyuntik teknologi di dalam produk dan perkhidmatan masing-masing, katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata Inovasi berasaskan teknologi adalah satu cara mendapatkan kelebihan kompetitif yang mampan.
"Kita perlu membezakan diri kita dengan menerima pakai teknologi dan dengan berbuat demikian, kita perlu memenuhi keperluan pelanggan. Ia memberikan kita kelebihan bersaing dengan negara pengeluar berkos rendah yang merebut perniagaan anda," katanya.
Najib berkata, komuniti perniagaan perlu menerima bahawa lanskap perniagaan global telah berubah dan ia tidak akan berpatah balik kepada keadaan asal.
"Anda perlu menerima pakai dan berubah bagi berdepan dengan persekitaran perniagaan yang sudah diubah. Kita tidak boleh berpatah balik, kita perlu maju ke hadapan. Seseorang yang bijaksana berkata, kita tidak dapat mengawal angin tetapi kita boleh menyelaraskan layar kita, katanya.
Najib berkata, kerajaan sudah mewujudkan satu unit inovasi khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menangani keperluan inovasi di kalangan ahli perniagaan.
Katanya, UNIK sudah mulai memasuki universiti dan institusi penyelidikan bagi mencari teknologi yang dibangunkan di dalam negara yang boleh membantu komuniti perniagaan di dalam perniagaan masing-masing.
"UNIK akan mencari teknologi atau inovasi dan dimudahkan bahasanya supaya anda dapat melihat manfaatnya," katanya. \
Najib juga berkata, kerajaan akan sentiasa menyediakan peluang kepada komuniti perniagaan untuk mewujudkan kekayaan.
Katanya, kekayaan baharu boleh dimaksimumkan jika dilakukan penerokaan berasaskan inovasi teknologi.
"Kerajaan ini adalah mesra perniagaan, sekali gus percubaan kami untuk membantu anda dilakukan di mana-mana yang boleh. Adalah lebih baik berusaha mencari penawar yang boleh mencerahkan keadaan daripada mencari kesalahan," katanya.
Mengulas aspek pembiayaan, Najib berkata, kerajaan telah menyediakan pembiayaan bagi membiayai projek penyelidikan dan pembangunan dan ia turut menyediakan lebih banyak geran kepada EKS daripada yang dilakukan banyak negara lain.
Sesetengah skim pembiayaan itu diwujudkan lama dulu dan sudah melepasi kepentingannya, katanya.
"Kini adalah masa untuk melihat di segi pandangan strategik dan menyelaraskan skim pembiayaan itu bagi memastikan anda boleh mengakses inovasi pada sepanjang pelbagai peringkat rantau nilai anda.
"Kerajaan saya telah memulakan proses ini dan satu sistem yang lebih terbaharu akan diperkenalkan di dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya. - BERNAMA
8.Banyak subsidi lemahkan ekonomi Mesir?
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pergolakan di Mesir menunjukkan bahawa tindakan kerajaan memberikan atau menyogok subsidi kepada rakyat tidak boleh menjayakan ekonomi sesebuah negara.
Sebenarnya apa yang jauh lebih penting adalah kebolehan pemerintah menawarkan kemakmuran demi kelangsungan hidup rakyatnya.
Menurut Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin, apa yang dihadapi oleh kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak, membuktikan cara pemerintahan yang berbelanja banyak untuk 'menyuap makanan' kepada rakyatnya tidak mampu kekal lama.
Apa yang dilakukan kerajaan semasa Mesir hanya memberikan bebanan dan menekan rakyatnya.
''Mesir adalah sebuah negara yang begitu banyak memberikan subsidi kepada rakyatnya, ia meliputi barangan, pendidikan, makanan, perubatan, selain berbelanja tinggi untuk pertahanannya.
''Ini menyebabkan ekonomi negara itu menjadi statik kerana segala-galanya ditanggung kerajaan kerana tiada pelabur asing yang mahu melabur di Mesir,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini,
Katanya, tanpa pelaburan maka tidak wujudlah peluang pekerjaan, sekali gus menyebabkan jumlah pengangguran di Mesir semakin tinggi.
Dr. Mahani berkata, tekanan hidup akibat eko-sistem ekonomi yang luar biasa itu menyebabkan rakyat tidak mampu lagi bertahan.
''Walaupun semuanya percuma tetapi kalau pengangguran meningkat ia tidak membawa apa-apa dan inilah akibatnya keruntuhan sesebuah negara sekira ekonomi gagal ditadbir dengan cekap.
''Kesimpulan apa yang berlaku di Mesir ialah subsidi bukan penyelesaian semua masalah,''
Beliau berkata, keadaan ekonomi di Mesir bertambah teruk sejak krisis ekonomi global yang berlaku pada 2008 apatah lagi ia bukan sebuah negara pengeluar minyak.
Tambahnya, selain Tunisia dan Mesir, Yemen merupakan sebuah lagi negara yang tidak mentadbir ekonomi dengan baik, yang mana rakyat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan.
Tambah beliau, subsidi hanya baik untuk jangka tertentu tetapi bukan bagi tempoh yang terlalu panjang.
''Dan, bukan semua perkara boleh disubsidi kecuali pendidikan dan kesihatan seperti yang dilaksanakan di Malaysia,'' ujarnya.
Ditanya tentang kenaikan harga barangan dalam pasaran yang melampau di negara ini, Dr. Mahani berpendapat, ia berlaku akibat ketidakseimbangan dalam penawaran dan permintaan.
Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran peningkatan mendadak penduduk dunia yang tidak setara dengan pengeluaran makanan.
Masalah itu begitu ketara disebabkan pengeluaran barangan makanan tertentu begitu terhad di Malaysia dan perlu diimport dari negara-negara lain.
''Jadi, apabila ada masalah berlaku di negara-negara pengeluar, pengimport akan mengalami masalah bekalan.
''Masalah bekalan juga berlaku dalam penetapan kontrak jangka panjang antara pengimport dan pengeksport,'' katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, masalah semasa yang berlaku ini boleh diatasi dengan membuat pelaburan makanan secara besar-besaran di dalam atau luar negara.
Tambahnya, kementerian tertentu juga perlu memastikan sistem agihan secara monopoli dikurangkan supaya kawalan bekalan dan harga dapat dipantau secara rapi.
Dalam aspek itu, Dr. Mahani berkata, masalah kenaikan harga barangan boleh dikawal dengan membanyakkan pasar raya besar kerana ia menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding kedai runcit. Utusan online 8/2/2011
7. Usaha jadikan Malaysia hab pengeluar jurutera aeroangkasa
Oleh Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin
2011/02/07 Berita Harian online
TAHUN ini bermula era Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) untuk jangka masa lima tahun dan satu tumpuan Kerajaan Persekutuan ialah memacu ekonomi berpendapatan tinggi. Bagi merealisasikan ekonomi itu, kerajaan memperkukuhkan pelbagai sektor. Antaranya ialah industri aeroangkasa kerana dilihat berpotensi untuk menjana pendapatan dan melonjakkan pembangunan ekonomi negara.
Pada Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata nilai pelaburan industri itu meningkat 300 peratus kepada RM991.6 juta pada 2008 daripada RM113.3 juta pada 2006.Menurut beliau, jumlah itu adalah satu lonjakan pelaburan yang besar dan menyediakan peluang pekerjaan berjumlah 50,000 pada 2008 dan dijangka berkembang 11 peratus setiap tahun.Ini bermakna industri aeroangkasa memerlukan 5,500 tenaga mahir setahun bagi membangunkannya. Pembangunannya memerlukan tenaga kerja yang mencukupi dan berkemahiran membabitkan jurutera pesawat serta tenaga kerja mahir untuk subsektor perkilangan seperti pembuatan, penyenggaraan, pembaikan dan membaik pulih serta kapten pesawat.
Selain itu membabitkan reka bentuk, penyelidikan, pengeluaran pesawat terbang, operasi pesawat dan kawalan trafik udara.
Dalam hal ini, kerjaya yang masih kritikal ialah jurutera aeroangkasa dan penerbangan. Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan bahawa bilangan graduan dalam bidang itu yang dihasilkan universiti awam tempatan masih terlalu kecil.
Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, jumlah itu tidak mampu memenuhi permintaan pasaran kerja semasa kerana hanya melahirkan 180 jurutera bidang itu setahun.
Pada masa ini, pengajian kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan pada peringkat sarjana muda ditawarkan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Menurut beliau, selain pasaran tempatan, rantau Asia Tenggara memerlukan 1,000 jurutera aeroangkasa dan penerbangan setiap tahun.
Ini menunjukkan universiti tempatan hanya mampu menghasilkan 18 peratus setahun, satu jumlah yang kecil berbanding keperluan negara serta rantau ini.
Sehubungan itu, difahamkan Kementerian Pengajian Tinggi sedang menggandakan jumlah graduan supaya Malaysia mampu menjadi negara pengeluar tenaga kerja profesional dalam bidang itu.
Bagi meningkatkan jumlah sedia ada, dicadangkan kepada pihak penaja biasiswa seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat supaya meneroka peluang di universiti luar negara untuk menempatkan lebih ramai pelajar cemerlang melanjutkan pengajian dalam bidang itu.
Untuk jangka panjang, pihak universiti awam dan swasta lain harus menubuhkan fakulti atau program kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan bagi meningkatkan peluang lepasan sekolah melanjutkan pengajian di bidang itu.
Bagi tujuan itu, pihak universiti perlu terlebih dulu menyediakan tenaga pensyarah berkelayakan yang mencukupi bagi membimbing bakal jurutera aeroangkasa dan penerbangan.
Usaha seperti itu membolehkan lebih ramai bakal jurutera aeroangkasa lepasan universiti luar negara dan tempatan khususnya Bumiputera dihasilkan setiap tahun seterusnya memenuhi permintaan pasaran yang dilihat sentiasa ada dan berkembang.
Berdasarkan perancangan kerajaan dalam RMKe-10 bagi memenuhi keperluan semasa dan masa depan negara, bermakna lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang menunggu keputusan peperiksaan mempunyai peluang cerah jika berminat memilih bidang itu sebagai kerjaya masa hadapan.
Calon perlu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan dari universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf.
Lepasan SPM mendapat keputusan cemerlang boleh memohon memasuki Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Asasi Sains Universiti Malaya atau diploma kejuruteraan sebelum melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana muda.
Bagi lepasan STPM aliran sains, calon boleh memohon terus ke peringkat sarjana muda di mana-mana universiti awam dan perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga prinsipal dengan gred yang baik.
Pelajar yang mempunyai diploma kejuruteraan mekanikal atau diploma sesuai dari universiti awam tempatan atau setaraf boleh memohon melanjutkan pengajian itu pada peringkat sarjana muda di universiti awam.
Dari segi peluang kerjaya, antara agensi kerajaan dan swasta yang memerlukan kepakaran bidang itu ialah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam, Penerbangan Malaysia, AirAsia, Firefly, AIROD dan Malaysian Helicopter Services.
Oleh kerana berkembangnya industri penerbangan, banyak syarikat dan kelab penerbangan bergiat secara aktif dalam industri itu dengan membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan terbabit.
Di samping itu, pelajar yang berminat dalam bidang akademik dan penyelidikan, peluang terbuka untuk menjadi pensyarah di mana-mana universiti atau pusat latihan yang menawarkan kursus berkaitan aeroangkasa dan penerbangan.
Bagi menjamin kerjaya yang baik, jurutera perlu sentiasa memastikan suatu pengajian berterusan bagi memastikan seseorang jurutera aeroangkasa dan penerbangan itu sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan kejuruteraan semasa, teknik terbaru, bahan serta proses baru yang berkaitan dengan dunia aeroangkasa dan penerbangan.
Perkara ini boleh dilakukan dengan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Tambahan pula, kerajaan melalui Program MyBrain15 menyediakan dana untuk rakyat Malaysia menambah ilmu pengetahuan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Dalam RMKe-10, Program MyBrains15 dilancarkan pada 2008 menetapkan matlamat untuk meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada 2015 dan 60,000 pada 2023 sebagai pemacu kepada inovasi negara.
Penulis ialah Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM
6.FDI Malaysia tertinggi
MALAYSIA telah muncul sebagai negara paling tinggi merekodkan kemasukan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) di kalangan negara Asia pada tahun 2010 iaitu dengan jumlah kenaikan sebanyak 409.7 peratus. Menurut Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), kenaikan jumlah FDI ke Malaysia telah meningkat kepada RM21.35 bilion pada 2010 berbanding dengan RM4.25 bilion pada 2009.
Laporan Pemantauan Arah Aliran Pelaburan Global UNCTAD bertajuk Arah Aliran FDI Global dan Serantau 2010 yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu menyatakan, Malaysia adalah antara negara yang paling memberangsangkan dari segi peningkatan FDI di kalangan 153 negara yang telah dibuat kajian. Untuk perbandingan dengan lain-lain negara ASEAN, pertumbuhan aliran masuk FDI 2010 ke Indonesia pada kadar 162.7 peratus, Singapura 122.7 peratus manakala Thailand hanya 14.2 peratus.
Pencapaian ini juga menggambarkan tahap keyakinan pelabur asing semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan, legasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan faktor terpenting membawa kepada peningkatan memberangsangkan FDI ke Malaysia. Memetik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam akhbar yang berkata, "laporan yang dikeluarkan oleh UNCTAD itu telah mengukuhkan kenyataan sebelum ini bahawa aliran masuk FDI yang ketara berjumlah AS$5.04 bilion (RM15.3 juta) ke negara ini bagi sembilan bulan pertama tahun lalu berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan."
Selanjutnya Mustapa berkata, pencapaian itu mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di Malaysia yang menunjukkan bahawa pelabur percaya kerajaan mampu melaksanakan program perubahan dan transformasi ekonomi seperti yang terkandung dalam Model Baru Ekonomi (MBE). Beliau juga mengatakan Malaysia telah kembali ke radar pelabur antarabangsa seperti yang dibuktikan daripada aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia sejak September lalu yang telah menyokong bursa mencecah paras tertingginya pada 7 Januari lalu pada 1,572.21 mata.
Berdasarkan laporan UNCTAD itu, beliau juga menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa penurunan FDI ke Malaysia pada 2009 disebabkan tadbir urus kerajaan yang lemah serta rasuah dalaman.
Ternyata legasi Najib melalui dasar-dasar baru yang telah dipeloporinya sebaik saja mengambil alih pucuk kepimpinan negara seperti dasar liberalisasi, MBE, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menunjukkan kesan positif terhadap ekonomi negara, khasnya peningkatan dalam FDI.
Pengumuman 19 projek baru di dalam ETP menerusi 10 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) oleh Najib yang membabitkan pelaburan kira-kira RM67 bilion yang merangkumi sektor minyak, gas dan tenaga dijangka mampu merancakkan lagi ekonomi negara sekali gus menjadi momentum terbaik untuk meningkatkan pelaburan swasta dan menjadikan sektor swasta sebagai pemacu utama ekonomi negara. Pelaksanaan projek baru itu dijangka mampu menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM36 bilion setiap tahun serta menyediakan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan baru.
Usaha dan langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan ini mampu mengubah ekonomi negara dan pada masa yang sama bakal meningkatkan daya tarikan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur.
Nadzir Awang AhmadPensyarah Kanan Fakulti PerakaunanUniversiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis.
5. Bisnes Dunia: Harga makanan seluruh dunia naik
2011/02/07
Permintaan tinggi punca peningkatan, bukan spekulasi
DARIPADA burger McDonald di Amerika Syarikat (AS) sehinggalah gula di Bolivia dan cili di Indonesia, harga makanan menyaksikan peningkatan di seluruh dunia.
Malah, pakar memberi amaran bahawa pengguna dan kerajaan seluruh dunia perlu bersedia berdepan kenaikan harga lebih tinggi kerana permintaan kukuh dari negara yang sedang berkembang pesat dan mempunyai penduduk yang ramai akan terus memberikan tekanan kepada bekalan.Gabungan faktor cuaca buruk, pertumbuhan kukuh di negara berkembang pesat serta kadar faedah yang rendah telah menyebabkan harga komoditi ladang dan bukan ladang, meningkat pada kadar sehingga dua angka.
Walaupun kenaikannya hampir sama dengan apa yang berlaku pada 2007 dan 2008, namun penganalisis berkata, arah aliran kenaikan kali ini kurang terdapatnya unsur spekulasi, justeru ia dijangkakan tidak akan berakhir dengan kejatuhan harga besar-besaran seperti yang berlaku dua tahun lalu.
“Keadaan adalah berbeza pada 2008. Kenaikan harga ketika itu hanya berlaku pada beberapa jenis makanan,” kata pakar pertanian Bank Dunia, Chris Delgado.
“Apa yang berlaku sekarang adalah lebih meluas dan hampir seluruh dunia. Ia juga menyebabkan berlakunya keresahan politik,” tambahnya.
Di Indonesia yang mana harga cili turut melambung, kerajaannya telah membekukan duti import bagi barangan makanan utama selepas inflasi di negara itu meningkat pada kadar tujuh peratus bulan lalu.
Di Bolivia, gula dicatu bekalannya walaupun harganya meningkat 64 peratus.
Di AS pula, kenaikan tinggi harga daging menyebabkan restoran, dari yang mewah sehinggalah McDonald terpaksa menaikkan harga hidangan masing-masing walaupun pendapatan rakyatnya tidak meningkat.
Khamis minggu lalu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FOA) PBB berkata, harga makanan mencapai paras tertinggi sejak mula mengukurnya pada 1990 dan keadaan itu boleh mencetuskan masalah politik.
“Persoalannya, bukan lagi sama ada ada risiko atau tidak, tetapi di sesetengah tempat sudah pun berlaku rusuhan kerana kenaikan harga ini,” kata Ketua Eksekutif FOA chief Jacques Diouf.
Ketua Ahli Ekonomi Standard Chartered Bank Gerard Lyons pula berkata, beliau menjangkakan harga komoditi akan terus menyaksikan peningkatan.
“Malah apa yang menariknya, harga beberapa komoditi yang sebelum ini kurang diniagakan turut meningkat. Ini menggambarkan yang kenaikan kali ini berlaku disebabkan faktor asas dan bukannya spekulasi,” katanya.
Kenaikan harga komoditi pada 2008 hanya membabitkan beberapa bijirin serta minyak, dan sebahagian besarnya disebabkan keputusan politik yang mencetuskan kegiatan spekulasi.
Bagaimanapun kenaikan ketika ini disebabkan faktor asas. Ia disebabkan peningkatan permintaan di negara berkembang pesat seperti China, India, Russia serta Brazil.
Peningkatan dalam permintaan itu dijangkakan tidak akan berkurangan sehingga harga meningkat lebih tinggi lagi, kata penganalisis.
Delgado berkata, masalah dalam bekalan telah memburukkan lagi kenaikan harga.
Katanya, masalah cuaca dan dasar kerajaan menyebabkan kurangnya bekalan bijirin dari Russia, Argentina dan Australia.
Bagaimanapun, punca utama arah aliran itu adalah faktor asas, iaitu peningkatan begitu tinggi dalam permintaan, kata ahli ekonomi.
“Lebih ramai penduduk dunia kini mempunyai pendapatan yang tinggi, justeru permintaan bagi makanan bernilai tinggi semakin meningkat,” kata Ketua Ahli Ekonomi di IHS Global Insight, Nariman Behravesh.
Lyons pula berkata, tidak akan berlaku peningkatan bekalan yang ketara dalam tempoh terdekat ini, kerana peladang perlu mengambil masa yang lama untuk menambah keluasan tanaman dan pengeluaran.
“Ia mengambil masa lama, dua hingga tiga tahun untuk menyaksikan bekalan baru memasuki pasaran, justeru saya menjangkakan harga komoditi akan terus meningkat,” katanya.
Minggu lalu, Pakar Komoditi di Morgan Stanley, Hussein Allidina berkata, harga makanan utama seperti jagung, kacang soya dan gandum masih berdepan tekanan kenaikan harga, dengan harga jagung mungkin meningkat 20 peratus sebelum permintaannya berkurangan. – AFP
4. Malaysia teroka, manfaat peluang pelaburan di Syria
Oleh Zuraidah Mohamed dari Damascus, Syria
2011/01/30 Berita Harian
Langkah pengukuhan kerjasama beri banyak kelebihan kepada pelabur kedua-dua negara
INISIATIF memperkukuhkan kerjasama meningkatkan perdagangan dua hala Malaysia di seberang laut diteruskan dengan Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Syria diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, selama tiga hari di Damascus, bermula hari ini.
Beliau akan bertemu pemimpin, rakan sejawat serta kapten industri di negara itu untuk membincangkan peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia, serta langkah kerajaan memperkukuh ekonomi negara menerusi Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Lawatan itu juga untuk memperkukuhkan kerjasama perniagaan menerusi promosi produk dan perkhidmatan ditawarkan Malaysia. Pada masa sama, pelabur kita boleh meninjau peluang perniagaan serta projek pembangunan di Syria.
Malah, Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Perdagangan Malaysia-Syria (JTC) yang akan dipengerusikan Mustapa bersama Menteri Ekonomi dan Perdagangan Syria, Lamiaa Assi yang dijadual esok dijangka membincangkan dan membuat semakan semula beberapa isu dua hala termasuk cadangan kerjasama ekonomi dua hala yang dibangkitkan pada mesyuarat pertama JTC, pada 3 Julai 2007.
Pada mesyuarat itu, kedua-dua menteri akan mengkaji semula prestasi perdagangan dua hala dan pelaburan selain berkongsi pandangan berhubung potensi perdagangan dan pelaburan yang boleh dikembangkan antara kedua-dua negara.
Pada mesyuarat JTC sebelum ini, antara perkara utama dibincangkan termasuk penubuhan Taman Perindustrian Malaysia di Syria. Cadangan mengenai kerjasama ekonomi dua hala pula membabitkan promosi perdagangan, kerjasama dalam kawalan siber, promosi produk halal serta bidang lain seperti telekomunikasi dan penubuhan Bandar Pendidikan. Difahamkan, Syria akan mencadangkan kedua-dua pihak bertukar-tukar senarai barangan bagi mendorong kepada persetujuan menandatangani perjanjian perdagangan yang meningkatkan lagi pertukaran perdagangan dua hala kedua-dua negara.
Kedua-dua pihak juga akan membincangkan kerjasama antara Pertubuhan Utama Syria Bagi Pembangunan Eksport dengan agensi MITI dalam bidang latihan, pembangunan kapasiti serta pertukaran pakar.
Lamiaa dilaporkan akan berbincang dengan Mustapa mengenai bantuan menyokong projek perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negaranya selain sokongan Malaysia terhadap kemasukan Syria ke dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
“Syria sememangnya mengalu-alukan kemasukan pelabur dari negara Islam bagi memanfaatkan persekitaran pelaburan yang memberangsangkan selain kedudukan penting geografi negara itu di rantau berkenaan,” katanya dipetik daripada satu laman berita maya.
Ekonomi negara itu mengalami perkembangan positif sejak tahun lalu hasil kestabilan politik dan ekonominya selain atmosfera pelaburan yang ketara.
Perdagangan dua hala Malaysia dengan Syria meningkat tiga kali ganda daripada AS$67.55 juta pada 2000 kepada AS$175.72 juta (2009).
Bagi Syria, Malaysia adalah negara ke-80 terbesar bagi eksport dan ke-15 bagi sumber importnya.
Eksport utama Malaysia ke negara itu pula ialah kain dan pakaian (42.3 peratus) dan produk perkayuan (12 peratus).
Produk lain membabitkan kimia dan produk kimia, peralatan pengangkutan, minyak sayuran dan minyak sawit.
Sejajar dengan dasar baru ekonomi yang menggalakkan penerokaan pasaran baru, banyak produk keluaran Malaysia serta sektor perkhidmatan yang boleh dieksport ke Syria yang mempunyai 21.2 juta penduduk itu.
Produk halal, komputer dan aksesori, bahan binaan serta produk dan peralatan perubatan serta alat ganti kenderaan adalah antara yang sangat berpotensi dieksport.
Dalam sektor perkhidmatan, teknologi maklumat dan ICT, perbankan dan kewangan, pelancongan, pembangunan hartanah, pembangunan infrastruktur, latihan dan pendidikan tinggi, minyak dan gas, serta perkhidmatan berkaitan pertanian juga berpotensi diteroka.
FAKTA: Kedudukan Syria dari sudut perdagangan luar Malaysia pada 2009
Ke-10 bagi rakan dagang terbesar Malaysia di negara Asia Barat
Ke-50 bagi destinasi eksport terbesar Malaysia
Ke-62 bagi rakan dagang terbesar Malaysia peringkat global
Ke-126 bagi sumber import terbesar Malaysia.
3.Banyak negara alami inflasi
ISU kenaikan harga barang timbul lagi. Setiap kali pilihan raya kecil isu kenaikan harga barang sering menjadi modal pembangkang untuk mengelirukan rakyat bagi menabur janji manis untuk menurunkan harga barang sebagai taktik memancing undi.
Selain isu kenaikan harga barang terdapat juga kebimbangan di kalangan rakyat mengenai berlakunya inflasi di negara ini.
Tidak dinafikan terdapat harga barangan yang naik kebelakangan ini. Namun kerajaan tidak boleh dipersalahkan seratus peratus kerana ada kenaikan harga yang berlaku akibat fenomena global.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan baru-baru ini berkata, tidak semua harga barangan boleh dikawal terutama yang diimport.
''Harga barangan tertentu seperti petrol adalah berdasarkan harga pasaran dunia manakala barangan diimport mengalami kenaikan harga berikutan beberapa faktor lain seperti bencana di negara pengimport.
"Sebagai contoh harga bawang yang diimport dari India baru-baru ini mengalami kenaikan disebabkan oleh bencana yang melanda negara berkenaan. Kenaikan harga barangan turut berlaku di seluruh dunia," katanya.
Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global.
Awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus bulan lalu. Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.
Inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang dan penganalisa kini mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti.
Pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.
Harga minyak dan komoditi dijangka meningkatkan inflasi harga pengguna pada Disember dengan harga makanan terus meningkat.
Baru-baru ini Bank Dunia mengingatkan Indonesia mengenai kadar inflasinya yang tinggi supaya kerajaan melakukan sesuatu sebelum ia memberi kesan negatif ke atas ekonomi apabila kadar faedah dan pengangguran meningkat.
Agensi berita Antara dalam laporan terkininya berkata terdapat ramalan yang bahawa kadar inflasi republik berkenaan boleh mencapai tujuh peratus pada akhir tahun ini.
Indonesia yang mendakwa kadar inflasinya masih boleh ditangani bagaimanapun mahukan Bank Dunia menyokong polisi fiskal yang dilaksanakannya.
Reuters pula melaporkan syarikat-syarikat di China dan India yang selama ini menikmati ekonomi yang kukuh turut bimbang menghadapi risiko inflasi.
Inflasi dan peningkatan gelembung aset syarikat-syarikat utama menjadi kebimbangan gergasi ekonomi Asia dan ekonomi ketiga dunia, kata pakar yang ditemui pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland baru-baru ini.
Pengerusi syarikat pembuat tayar India, Apollo Tyres, Onkar Kanwar berkata, harga minyak dan getah asli melonjak seumpama emas kini.
Peningkatan harga pelbagai komoditi termasuk gula dan besi memaksa beberapa perniagaan asing dan tempatan yang beroperasi di China dan India menyebabkan pengguna menanggung kos berkenaan.
Inflasi makanan di India berada pada 15.5 peratus pada bulan Disember. Ia merupakan yang paling tinggi di antara ekonomi utama Asia diikuti dengan China dengan kadar inflasi makanannya sembilan peratus.
Di India, inflasi makanan meningkat dalam angka dua digit kebelakangan ini dan perkara ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.
Di China pula penulis-penulis blog melahirkan rasa kecewa terhadap harga barangan yang semakin meningkat.
Justeru, adalah tidak adil menggunakan isu kenaikan harga untuk menanam sentimen anti-kerajaan kerana ia adalah satu fenomena global yang melanda banyak negara. Apa yang penting, rakyat perlu menyokong kerajaan dalam melaksanakan pelbagai pendekatan dan strategi untuk mengawal berlakunya inflasi.
Perdagangan: Gempa bumi, tsunami Jepun boleh beri kesan
16/03/2011 12:09pm
KUALA LUMPUR 16 Mac – Gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini boleh memberi kesan buruk ke atas aktiviti perdagangan Malaysia pada tempoh jangka pendek.
"Sektor elektrik dan elektronik akan merasai kesannya kerana keluaran beberapa komponen utama yang diimport dari Jepun akan berkurangan dengan banyak,” kata AmResearch dalam satu nota hari ini.
AmResearch menganggarkan bahawa eksport keseluruhan Jepun kemungkinan besar akan turun antara 5.0 dan 10 peratus pada tahun ini, serta ditambah pula dengan pengurangan perdagangan bagi bulan-bulan akan datang.
Katanya pelaburan dan pelancongan Jepun akan berkurangan apabila usaha pembinaan semula di Jepun memerlukan pelaburan yang besar, sekali gus pengurangan pelaburan Jepun di Malaysia adalah satu kemungkinan yang besar.
“Kami berpandangan pemulihan di Malaysia kemungkinan terlewat, berikutan ketidaktentuan pada separuh pertama. Bagaimana pun, kesan jangka panjang kekal positif,” katanya.
Katanya, dengan mengambil kira perkembangan yang lebih lembap daripada jangkaan pada separuh pertama 2011, ia kemungkinan akan menyemak semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada sekitar 5.2 peratus daripada anggaran awal 5.5 peratus. – Bernama
Sunday February 27, 2011 The Star online
Malaysia in a state of preparedness
By DATUK MOHAMED IQBAL RAWTHER
MALAYSIA is not insulated from any adverse world trend as it is still largely an export-driven, foreign investment dependent economy. Its resilience, tested more than once, offers comfort but resting on laurels is risky. It is even riskier in a globalised economic interdependence.The 1997 Asian financial crisis and the more recent global economic turmoil are indications of the growing complexities of the world economy.When we look at the United States or Europe – the so-called developed nations – the upheaval is frightening. When global giants – nations or corporations – falter or fall, the shock waves and tremors are pervasive. The cyclical theory, or for that matter the prevalent econometric modelling, is of no help to predict the future or a trend. The reality is one of constantly changing parameters. Changes are the rule now, not exceptions as considered decades ago.Malaysia has realised this notion much better than any other country in the developing world. Wanting to move up a few notches on the development scale to achieve a developed nation status, the efforts are convincing. They are much more than wishful thinking.The transformation agenda being implemented one by one is determined to change the pace to fast-forward. Starting with the GLC transformation, the gear shifted to the Government Transformation Programme. Now it has gone into an overdrive mode in the Economic Transformation Programme.The pace is indeed fast. To a layman and the public-at-large, these may appear as overdosage.On a sector-by-sector basis, the programmes are specific, strategic thrusts to increase opportunities. The responses to these initiatives are positive, timely and meaningful. The efforts can isolate the Malaysian economy from falling into the trap of complacency and under-performance.This anticipatory attitude and concerted approach, well-crafted and strongly articulated, is welcomed by the private sector, both domestic and foreign. If the economy is set to grow, and it is poised to grow by about 6% annually, there is plenty to share by all parties in this new growth paradigm.The New Economic Model (NEM) no doubt addresses the challenges of the future leading to 2020 from a macro-economic point of view. It also provides the thought processes for micro-economic management.Corporate entities can dove-tail their business models and business processes within the broad framework of the NEM. Even before the advent of the NEM, a good number of Malaysian corporations were already taking the cue from global trends.In the aftermath of the Asian financial crisis, and at the onset of a worldwide slump, pro-active CEOS of corporations started to re-think their businesses. More are being forced to re-think now. Business strategies, business culture, customer focus, revenue generation and the bottom line profit are being re-examined, not once but regularly.In short, the whole attitude towards changes, an anticipatory approach and strategies to confront the ensuing changes becomes the key challenge.The “run-of-the-mill” and “business-as-usual” passive paradigms, if continued, are a sure recipe for disaster. Those who are not perceptive of the “writing on the wall” will lead their firms to rust, and maybe to dust.The NEM may not contain the specifics a company is looking for but it provides a window for a new business perspective for a group or sector. A discerning characteristic for a CEO is the ability to handle change and, more importantly, to understand the complexities of impending changes.The necessity for restructuring and focusing on what are now considered core competencies and compatible business within a group or cluster become an operational imperative. A simplified business process and speedy communication flows, and commitment to discipline in execution and implementation are the rules in the present business game.The success of the government initiatives and the consequential strategies of the private sector depend very much on the government delivery system. The implementation framework, with a referral mechanism even to the Prime Minister and a team of ministers, structurally is a good idea.However, when every matter – every nitty-gritty – has to go to the top, it is a sign that bureaucracy is prevalent. If there continues to exist large pools of government personnel bucking the trend and the momentum of the leadership, then serious shortfalls will ensue.Malaysia needs to act fast, even aggressively, to put the course on track. Any principle that ignores the basics cannot be sustained.On the other hand, a principle that is based on sound basics will succeed, and Malaysia’s economic reforms are on sound basics.> The writer is the Secretary-General of the Malaysia-Japan Economic Association.
9. Pengusaha EKS perlu tukar pendekatan inovasi untuk kekal kompetitif: Najib
2011/02/11 Berita Harian online
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta pengusaha enterpris kecil dan sederhana (EKS) supaya menukar pendekatan inovasi masing-masing bagi kekal kompetitif.
Katanya, komuniti EKS tidak menerima pakai teknologi sepantas yang sepatutnya.
"Anda perlu mengguna pakai teknologi sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan," katanya di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dan taklimat mengenai Akta Agensi Inovasi Malaysia anjuran SMI Malaysia hari ini.Najib berkata, teknologi adalah satu platform yang "akan membolehkan anda melihat lebih jauh berbanding menggunakan mata kasar."
Di dalam dunia perniagaan, EKS perlu menyuntik teknologi di dalam produk dan perkhidmatan masing-masing, katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata Inovasi berasaskan teknologi adalah satu cara mendapatkan kelebihan kompetitif yang mampan.
"Kita perlu membezakan diri kita dengan menerima pakai teknologi dan dengan berbuat demikian, kita perlu memenuhi keperluan pelanggan. Ia memberikan kita kelebihan bersaing dengan negara pengeluar berkos rendah yang merebut perniagaan anda," katanya.
Najib berkata, komuniti perniagaan perlu menerima bahawa lanskap perniagaan global telah berubah dan ia tidak akan berpatah balik kepada keadaan asal.
"Anda perlu menerima pakai dan berubah bagi berdepan dengan persekitaran perniagaan yang sudah diubah. Kita tidak boleh berpatah balik, kita perlu maju ke hadapan. Seseorang yang bijaksana berkata, kita tidak dapat mengawal angin tetapi kita boleh menyelaraskan layar kita, katanya.
Najib berkata, kerajaan sudah mewujudkan satu unit inovasi khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menangani keperluan inovasi di kalangan ahli perniagaan.
Katanya, UNIK sudah mulai memasuki universiti dan institusi penyelidikan bagi mencari teknologi yang dibangunkan di dalam negara yang boleh membantu komuniti perniagaan di dalam perniagaan masing-masing.
"UNIK akan mencari teknologi atau inovasi dan dimudahkan bahasanya supaya anda dapat melihat manfaatnya," katanya. \
Najib juga berkata, kerajaan akan sentiasa menyediakan peluang kepada komuniti perniagaan untuk mewujudkan kekayaan.
Katanya, kekayaan baharu boleh dimaksimumkan jika dilakukan penerokaan berasaskan inovasi teknologi.
"Kerajaan ini adalah mesra perniagaan, sekali gus percubaan kami untuk membantu anda dilakukan di mana-mana yang boleh. Adalah lebih baik berusaha mencari penawar yang boleh mencerahkan keadaan daripada mencari kesalahan," katanya.
Mengulas aspek pembiayaan, Najib berkata, kerajaan telah menyediakan pembiayaan bagi membiayai projek penyelidikan dan pembangunan dan ia turut menyediakan lebih banyak geran kepada EKS daripada yang dilakukan banyak negara lain.
Sesetengah skim pembiayaan itu diwujudkan lama dulu dan sudah melepasi kepentingannya, katanya.
"Kini adalah masa untuk melihat di segi pandangan strategik dan menyelaraskan skim pembiayaan itu bagi memastikan anda boleh mengakses inovasi pada sepanjang pelbagai peringkat rantau nilai anda.
"Kerajaan saya telah memulakan proses ini dan satu sistem yang lebih terbaharu akan diperkenalkan di dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya. - BERNAMA
8.Banyak subsidi lemahkan ekonomi Mesir?
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pergolakan di Mesir menunjukkan bahawa tindakan kerajaan memberikan atau menyogok subsidi kepada rakyat tidak boleh menjayakan ekonomi sesebuah negara.
Sebenarnya apa yang jauh lebih penting adalah kebolehan pemerintah menawarkan kemakmuran demi kelangsungan hidup rakyatnya.
Menurut Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin, apa yang dihadapi oleh kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak, membuktikan cara pemerintahan yang berbelanja banyak untuk 'menyuap makanan' kepada rakyatnya tidak mampu kekal lama.
Apa yang dilakukan kerajaan semasa Mesir hanya memberikan bebanan dan menekan rakyatnya.
''Mesir adalah sebuah negara yang begitu banyak memberikan subsidi kepada rakyatnya, ia meliputi barangan, pendidikan, makanan, perubatan, selain berbelanja tinggi untuk pertahanannya.
''Ini menyebabkan ekonomi negara itu menjadi statik kerana segala-galanya ditanggung kerajaan kerana tiada pelabur asing yang mahu melabur di Mesir,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini,
Katanya, tanpa pelaburan maka tidak wujudlah peluang pekerjaan, sekali gus menyebabkan jumlah pengangguran di Mesir semakin tinggi.
Dr. Mahani berkata, tekanan hidup akibat eko-sistem ekonomi yang luar biasa itu menyebabkan rakyat tidak mampu lagi bertahan.
''Walaupun semuanya percuma tetapi kalau pengangguran meningkat ia tidak membawa apa-apa dan inilah akibatnya keruntuhan sesebuah negara sekira ekonomi gagal ditadbir dengan cekap.
''Kesimpulan apa yang berlaku di Mesir ialah subsidi bukan penyelesaian semua masalah,''
Beliau berkata, keadaan ekonomi di Mesir bertambah teruk sejak krisis ekonomi global yang berlaku pada 2008 apatah lagi ia bukan sebuah negara pengeluar minyak.
Tambahnya, selain Tunisia dan Mesir, Yemen merupakan sebuah lagi negara yang tidak mentadbir ekonomi dengan baik, yang mana rakyat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan.
Tambah beliau, subsidi hanya baik untuk jangka tertentu tetapi bukan bagi tempoh yang terlalu panjang.
''Dan, bukan semua perkara boleh disubsidi kecuali pendidikan dan kesihatan seperti yang dilaksanakan di Malaysia,'' ujarnya.
Ditanya tentang kenaikan harga barangan dalam pasaran yang melampau di negara ini, Dr. Mahani berpendapat, ia berlaku akibat ketidakseimbangan dalam penawaran dan permintaan.
Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran peningkatan mendadak penduduk dunia yang tidak setara dengan pengeluaran makanan.
Masalah itu begitu ketara disebabkan pengeluaran barangan makanan tertentu begitu terhad di Malaysia dan perlu diimport dari negara-negara lain.
''Jadi, apabila ada masalah berlaku di negara-negara pengeluar, pengimport akan mengalami masalah bekalan.
''Masalah bekalan juga berlaku dalam penetapan kontrak jangka panjang antara pengimport dan pengeksport,'' katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, masalah semasa yang berlaku ini boleh diatasi dengan membuat pelaburan makanan secara besar-besaran di dalam atau luar negara.
Tambahnya, kementerian tertentu juga perlu memastikan sistem agihan secara monopoli dikurangkan supaya kawalan bekalan dan harga dapat dipantau secara rapi.
Dalam aspek itu, Dr. Mahani berkata, masalah kenaikan harga barangan boleh dikawal dengan membanyakkan pasar raya besar kerana ia menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding kedai runcit. Utusan online 8/2/2011
7. Usaha jadikan Malaysia hab pengeluar jurutera aeroangkasa
Oleh Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin
2011/02/07 Berita Harian online
TAHUN ini bermula era Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) untuk jangka masa lima tahun dan satu tumpuan Kerajaan Persekutuan ialah memacu ekonomi berpendapatan tinggi. Bagi merealisasikan ekonomi itu, kerajaan memperkukuhkan pelbagai sektor. Antaranya ialah industri aeroangkasa kerana dilihat berpotensi untuk menjana pendapatan dan melonjakkan pembangunan ekonomi negara.
Pada Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata nilai pelaburan industri itu meningkat 300 peratus kepada RM991.6 juta pada 2008 daripada RM113.3 juta pada 2006.Menurut beliau, jumlah itu adalah satu lonjakan pelaburan yang besar dan menyediakan peluang pekerjaan berjumlah 50,000 pada 2008 dan dijangka berkembang 11 peratus setiap tahun.Ini bermakna industri aeroangkasa memerlukan 5,500 tenaga mahir setahun bagi membangunkannya. Pembangunannya memerlukan tenaga kerja yang mencukupi dan berkemahiran membabitkan jurutera pesawat serta tenaga kerja mahir untuk subsektor perkilangan seperti pembuatan, penyenggaraan, pembaikan dan membaik pulih serta kapten pesawat.
Selain itu membabitkan reka bentuk, penyelidikan, pengeluaran pesawat terbang, operasi pesawat dan kawalan trafik udara.
Dalam hal ini, kerjaya yang masih kritikal ialah jurutera aeroangkasa dan penerbangan. Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan bahawa bilangan graduan dalam bidang itu yang dihasilkan universiti awam tempatan masih terlalu kecil.
Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, jumlah itu tidak mampu memenuhi permintaan pasaran kerja semasa kerana hanya melahirkan 180 jurutera bidang itu setahun.
Pada masa ini, pengajian kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan pada peringkat sarjana muda ditawarkan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Menurut beliau, selain pasaran tempatan, rantau Asia Tenggara memerlukan 1,000 jurutera aeroangkasa dan penerbangan setiap tahun.
Ini menunjukkan universiti tempatan hanya mampu menghasilkan 18 peratus setahun, satu jumlah yang kecil berbanding keperluan negara serta rantau ini.
Sehubungan itu, difahamkan Kementerian Pengajian Tinggi sedang menggandakan jumlah graduan supaya Malaysia mampu menjadi negara pengeluar tenaga kerja profesional dalam bidang itu.
Bagi meningkatkan jumlah sedia ada, dicadangkan kepada pihak penaja biasiswa seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat supaya meneroka peluang di universiti luar negara untuk menempatkan lebih ramai pelajar cemerlang melanjutkan pengajian dalam bidang itu.
Untuk jangka panjang, pihak universiti awam dan swasta lain harus menubuhkan fakulti atau program kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan bagi meningkatkan peluang lepasan sekolah melanjutkan pengajian di bidang itu.
Bagi tujuan itu, pihak universiti perlu terlebih dulu menyediakan tenaga pensyarah berkelayakan yang mencukupi bagi membimbing bakal jurutera aeroangkasa dan penerbangan.
Usaha seperti itu membolehkan lebih ramai bakal jurutera aeroangkasa lepasan universiti luar negara dan tempatan khususnya Bumiputera dihasilkan setiap tahun seterusnya memenuhi permintaan pasaran yang dilihat sentiasa ada dan berkembang.
Berdasarkan perancangan kerajaan dalam RMKe-10 bagi memenuhi keperluan semasa dan masa depan negara, bermakna lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang menunggu keputusan peperiksaan mempunyai peluang cerah jika berminat memilih bidang itu sebagai kerjaya masa hadapan.
Calon perlu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan dari universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf.
Lepasan SPM mendapat keputusan cemerlang boleh memohon memasuki Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Asasi Sains Universiti Malaya atau diploma kejuruteraan sebelum melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana muda.
Bagi lepasan STPM aliran sains, calon boleh memohon terus ke peringkat sarjana muda di mana-mana universiti awam dan perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga prinsipal dengan gred yang baik.
Pelajar yang mempunyai diploma kejuruteraan mekanikal atau diploma sesuai dari universiti awam tempatan atau setaraf boleh memohon melanjutkan pengajian itu pada peringkat sarjana muda di universiti awam.
Dari segi peluang kerjaya, antara agensi kerajaan dan swasta yang memerlukan kepakaran bidang itu ialah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam, Penerbangan Malaysia, AirAsia, Firefly, AIROD dan Malaysian Helicopter Services.
Oleh kerana berkembangnya industri penerbangan, banyak syarikat dan kelab penerbangan bergiat secara aktif dalam industri itu dengan membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan terbabit.
Di samping itu, pelajar yang berminat dalam bidang akademik dan penyelidikan, peluang terbuka untuk menjadi pensyarah di mana-mana universiti atau pusat latihan yang menawarkan kursus berkaitan aeroangkasa dan penerbangan.
Bagi menjamin kerjaya yang baik, jurutera perlu sentiasa memastikan suatu pengajian berterusan bagi memastikan seseorang jurutera aeroangkasa dan penerbangan itu sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan kejuruteraan semasa, teknik terbaru, bahan serta proses baru yang berkaitan dengan dunia aeroangkasa dan penerbangan.
Perkara ini boleh dilakukan dengan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Tambahan pula, kerajaan melalui Program MyBrain15 menyediakan dana untuk rakyat Malaysia menambah ilmu pengetahuan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Dalam RMKe-10, Program MyBrains15 dilancarkan pada 2008 menetapkan matlamat untuk meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada 2015 dan 60,000 pada 2023 sebagai pemacu kepada inovasi negara.
Penulis ialah Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM
6.FDI Malaysia tertinggi
MALAYSIA telah muncul sebagai negara paling tinggi merekodkan kemasukan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) di kalangan negara Asia pada tahun 2010 iaitu dengan jumlah kenaikan sebanyak 409.7 peratus. Menurut Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), kenaikan jumlah FDI ke Malaysia telah meningkat kepada RM21.35 bilion pada 2010 berbanding dengan RM4.25 bilion pada 2009.
Laporan Pemantauan Arah Aliran Pelaburan Global UNCTAD bertajuk Arah Aliran FDI Global dan Serantau 2010 yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu menyatakan, Malaysia adalah antara negara yang paling memberangsangkan dari segi peningkatan FDI di kalangan 153 negara yang telah dibuat kajian. Untuk perbandingan dengan lain-lain negara ASEAN, pertumbuhan aliran masuk FDI 2010 ke Indonesia pada kadar 162.7 peratus, Singapura 122.7 peratus manakala Thailand hanya 14.2 peratus.
Pencapaian ini juga menggambarkan tahap keyakinan pelabur asing semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan, legasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan faktor terpenting membawa kepada peningkatan memberangsangkan FDI ke Malaysia. Memetik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam akhbar yang berkata, "laporan yang dikeluarkan oleh UNCTAD itu telah mengukuhkan kenyataan sebelum ini bahawa aliran masuk FDI yang ketara berjumlah AS$5.04 bilion (RM15.3 juta) ke negara ini bagi sembilan bulan pertama tahun lalu berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan."
Selanjutnya Mustapa berkata, pencapaian itu mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di Malaysia yang menunjukkan bahawa pelabur percaya kerajaan mampu melaksanakan program perubahan dan transformasi ekonomi seperti yang terkandung dalam Model Baru Ekonomi (MBE). Beliau juga mengatakan Malaysia telah kembali ke radar pelabur antarabangsa seperti yang dibuktikan daripada aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia sejak September lalu yang telah menyokong bursa mencecah paras tertingginya pada 7 Januari lalu pada 1,572.21 mata.
Berdasarkan laporan UNCTAD itu, beliau juga menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa penurunan FDI ke Malaysia pada 2009 disebabkan tadbir urus kerajaan yang lemah serta rasuah dalaman.
Ternyata legasi Najib melalui dasar-dasar baru yang telah dipeloporinya sebaik saja mengambil alih pucuk kepimpinan negara seperti dasar liberalisasi, MBE, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menunjukkan kesan positif terhadap ekonomi negara, khasnya peningkatan dalam FDI.
Pengumuman 19 projek baru di dalam ETP menerusi 10 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) oleh Najib yang membabitkan pelaburan kira-kira RM67 bilion yang merangkumi sektor minyak, gas dan tenaga dijangka mampu merancakkan lagi ekonomi negara sekali gus menjadi momentum terbaik untuk meningkatkan pelaburan swasta dan menjadikan sektor swasta sebagai pemacu utama ekonomi negara. Pelaksanaan projek baru itu dijangka mampu menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM36 bilion setiap tahun serta menyediakan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan baru.
Usaha dan langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan ini mampu mengubah ekonomi negara dan pada masa yang sama bakal meningkatkan daya tarikan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur.
Nadzir Awang AhmadPensyarah Kanan Fakulti PerakaunanUniversiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis.
5. Bisnes Dunia: Harga makanan seluruh dunia naik
2011/02/07
Permintaan tinggi punca peningkatan, bukan spekulasi
DARIPADA burger McDonald di Amerika Syarikat (AS) sehinggalah gula di Bolivia dan cili di Indonesia, harga makanan menyaksikan peningkatan di seluruh dunia.
Perdagangan: Gempa bumi, tsunami Jepun boleh beri kesan
16/03/2011 12:09pm
KUALA LUMPUR 16 Mac – Gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini boleh memberi kesan buruk ke atas aktiviti perdagangan Malaysia pada tempoh jangka pendek.
"Sektor elektrik dan elektronik akan merasai kesannya kerana keluaran beberapa komponen utama yang diimport dari Jepun akan berkurangan dengan banyak,” kata AmResearch dalam satu nota hari ini.
AmResearch menganggarkan bahawa eksport keseluruhan Jepun kemungkinan besar akan turun antara 5.0 dan 10 peratus pada tahun ini, serta ditambah pula dengan pengurangan perdagangan bagi bulan-bulan akan datang.
Katanya pelaburan dan pelancongan Jepun akan berkurangan apabila usaha pembinaan semula di Jepun memerlukan pelaburan yang besar, sekali gus pengurangan pelaburan Jepun di Malaysia adalah satu kemungkinan yang besar.
“Kami berpandangan pemulihan di Malaysia kemungkinan terlewat, berikutan ketidaktentuan pada separuh pertama. Bagaimana pun, kesan jangka panjang kekal positif,” katanya.
Katanya, dengan mengambil kira perkembangan yang lebih lembap daripada jangkaan pada separuh pertama 2011, ia kemungkinan akan menyemak semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada sekitar 5.2 peratus daripada anggaran awal 5.5 peratus. – Bernama
Sunday February 27, 2011 The Star online
Malaysia in a state of preparedness
By DATUK MOHAMED IQBAL RAWTHER
MALAYSIA is not insulated from any adverse world trend as it is still largely an export-driven, foreign investment dependent economy. Its resilience, tested more than once, offers comfort but resting on laurels is risky. It is even riskier in a globalised economic interdependence.The 1997 Asian financial crisis and the more recent global economic turmoil are indications of the growing complexities of the world economy.When we look at the United States or Europe – the so-called developed nations – the upheaval is frightening. When global giants – nations or corporations – falter or fall, the shock waves and tremors are pervasive. The cyclical theory, or for that matter the prevalent econometric modelling, is of no help to predict the future or a trend. The reality is one of constantly changing parameters. Changes are the rule now, not exceptions as considered decades ago.Malaysia has realised this notion much better than any other country in the developing world. Wanting to move up a few notches on the development scale to achieve a developed nation status, the efforts are convincing. They are much more than wishful thinking.The transformation agenda being implemented one by one is determined to change the pace to fast-forward. Starting with the GLC transformation, the gear shifted to the Government Transformation Programme. Now it has gone into an overdrive mode in the Economic Transformation Programme.The pace is indeed fast. To a layman and the public-at-large, these may appear as overdosage.On a sector-by-sector basis, the programmes are specific, strategic thrusts to increase opportunities. The responses to these initiatives are positive, timely and meaningful. The efforts can isolate the Malaysian economy from falling into the trap of complacency and under-performance.This anticipatory attitude and concerted approach, well-crafted and strongly articulated, is welcomed by the private sector, both domestic and foreign. If the economy is set to grow, and it is poised to grow by about 6% annually, there is plenty to share by all parties in this new growth paradigm.The New Economic Model (NEM) no doubt addresses the challenges of the future leading to 2020 from a macro-economic point of view. It also provides the thought processes for micro-economic management.Corporate entities can dove-tail their business models and business processes within the broad framework of the NEM. Even before the advent of the NEM, a good number of Malaysian corporations were already taking the cue from global trends.In the aftermath of the Asian financial crisis, and at the onset of a worldwide slump, pro-active CEOS of corporations started to re-think their businesses. More are being forced to re-think now. Business strategies, business culture, customer focus, revenue generation and the bottom line profit are being re-examined, not once but regularly.In short, the whole attitude towards changes, an anticipatory approach and strategies to confront the ensuing changes becomes the key challenge.The “run-of-the-mill” and “business-as-usual” passive paradigms, if continued, are a sure recipe for disaster. Those who are not perceptive of the “writing on the wall” will lead their firms to rust, and maybe to dust.The NEM may not contain the specifics a company is looking for but it provides a window for a new business perspective for a group or sector. A discerning characteristic for a CEO is the ability to handle change and, more importantly, to understand the complexities of impending changes.The necessity for restructuring and focusing on what are now considered core competencies and compatible business within a group or cluster become an operational imperative. A simplified business process and speedy communication flows, and commitment to discipline in execution and implementation are the rules in the present business game.The success of the government initiatives and the consequential strategies of the private sector depend very much on the government delivery system. The implementation framework, with a referral mechanism even to the Prime Minister and a team of ministers, structurally is a good idea.However, when every matter – every nitty-gritty – has to go to the top, it is a sign that bureaucracy is prevalent. If there continues to exist large pools of government personnel bucking the trend and the momentum of the leadership, then serious shortfalls will ensue.Malaysia needs to act fast, even aggressively, to put the course on track. Any principle that ignores the basics cannot be sustained.On the other hand, a principle that is based on sound basics will succeed, and Malaysia’s economic reforms are on sound basics.> The writer is the Secretary-General of the Malaysia-Japan Economic Association.
9. Pengusaha EKS perlu tukar pendekatan inovasi untuk kekal kompetitif: Najib
2011/02/11 Berita Harian online
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta pengusaha enterpris kecil dan sederhana (EKS) supaya menukar pendekatan inovasi masing-masing bagi kekal kompetitif.
Katanya, komuniti EKS tidak menerima pakai teknologi sepantas yang sepatutnya.
"Anda perlu mengguna pakai teknologi sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan," katanya di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dan taklimat mengenai Akta Agensi Inovasi Malaysia anjuran SMI Malaysia hari ini.Najib berkata, teknologi adalah satu platform yang "akan membolehkan anda melihat lebih jauh berbanding menggunakan mata kasar."
Di dalam dunia perniagaan, EKS perlu menyuntik teknologi di dalam produk dan perkhidmatan masing-masing, katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata Inovasi berasaskan teknologi adalah satu cara mendapatkan kelebihan kompetitif yang mampan.
"Kita perlu membezakan diri kita dengan menerima pakai teknologi dan dengan berbuat demikian, kita perlu memenuhi keperluan pelanggan. Ia memberikan kita kelebihan bersaing dengan negara pengeluar berkos rendah yang merebut perniagaan anda," katanya.
Najib berkata, komuniti perniagaan perlu menerima bahawa lanskap perniagaan global telah berubah dan ia tidak akan berpatah balik kepada keadaan asal.
"Anda perlu menerima pakai dan berubah bagi berdepan dengan persekitaran perniagaan yang sudah diubah. Kita tidak boleh berpatah balik, kita perlu maju ke hadapan. Seseorang yang bijaksana berkata, kita tidak dapat mengawal angin tetapi kita boleh menyelaraskan layar kita, katanya.
Najib berkata, kerajaan sudah mewujudkan satu unit inovasi khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menangani keperluan inovasi di kalangan ahli perniagaan.
Katanya, UNIK sudah mulai memasuki universiti dan institusi penyelidikan bagi mencari teknologi yang dibangunkan di dalam negara yang boleh membantu komuniti perniagaan di dalam perniagaan masing-masing.
"UNIK akan mencari teknologi atau inovasi dan dimudahkan bahasanya supaya anda dapat melihat manfaatnya," katanya. \
Najib juga berkata, kerajaan akan sentiasa menyediakan peluang kepada komuniti perniagaan untuk mewujudkan kekayaan.
Katanya, kekayaan baharu boleh dimaksimumkan jika dilakukan penerokaan berasaskan inovasi teknologi.
"Kerajaan ini adalah mesra perniagaan, sekali gus percubaan kami untuk membantu anda dilakukan di mana-mana yang boleh. Adalah lebih baik berusaha mencari penawar yang boleh mencerahkan keadaan daripada mencari kesalahan," katanya.
Mengulas aspek pembiayaan, Najib berkata, kerajaan telah menyediakan pembiayaan bagi membiayai projek penyelidikan dan pembangunan dan ia turut menyediakan lebih banyak geran kepada EKS daripada yang dilakukan banyak negara lain.
Sesetengah skim pembiayaan itu diwujudkan lama dulu dan sudah melepasi kepentingannya, katanya.
"Kini adalah masa untuk melihat di segi pandangan strategik dan menyelaraskan skim pembiayaan itu bagi memastikan anda boleh mengakses inovasi pada sepanjang pelbagai peringkat rantau nilai anda.
"Kerajaan saya telah memulakan proses ini dan satu sistem yang lebih terbaharu akan diperkenalkan di dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya. - BERNAMA
8.Banyak subsidi lemahkan ekonomi Mesir?
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pergolakan di Mesir menunjukkan bahawa tindakan kerajaan memberikan atau menyogok subsidi kepada rakyat tidak boleh menjayakan ekonomi sesebuah negara.
Sebenarnya apa yang jauh lebih penting adalah kebolehan pemerintah menawarkan kemakmuran demi kelangsungan hidup rakyatnya.
Menurut Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin, apa yang dihadapi oleh kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak, membuktikan cara pemerintahan yang berbelanja banyak untuk 'menyuap makanan' kepada rakyatnya tidak mampu kekal lama.
Apa yang dilakukan kerajaan semasa Mesir hanya memberikan bebanan dan menekan rakyatnya.
''Mesir adalah sebuah negara yang begitu banyak memberikan subsidi kepada rakyatnya, ia meliputi barangan, pendidikan, makanan, perubatan, selain berbelanja tinggi untuk pertahanannya.
''Ini menyebabkan ekonomi negara itu menjadi statik kerana segala-galanya ditanggung kerajaan kerana tiada pelabur asing yang mahu melabur di Mesir,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini,
Katanya, tanpa pelaburan maka tidak wujudlah peluang pekerjaan, sekali gus menyebabkan jumlah pengangguran di Mesir semakin tinggi.
Dr. Mahani berkata, tekanan hidup akibat eko-sistem ekonomi yang luar biasa itu menyebabkan rakyat tidak mampu lagi bertahan.
''Walaupun semuanya percuma tetapi kalau pengangguran meningkat ia tidak membawa apa-apa dan inilah akibatnya keruntuhan sesebuah negara sekira ekonomi gagal ditadbir dengan cekap.
''Kesimpulan apa yang berlaku di Mesir ialah subsidi bukan penyelesaian semua masalah,''
Beliau berkata, keadaan ekonomi di Mesir bertambah teruk sejak krisis ekonomi global yang berlaku pada 2008 apatah lagi ia bukan sebuah negara pengeluar minyak.
Tambahnya, selain Tunisia dan Mesir, Yemen merupakan sebuah lagi negara yang tidak mentadbir ekonomi dengan baik, yang mana rakyat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan.
Tambah beliau, subsidi hanya baik untuk jangka tertentu tetapi bukan bagi tempoh yang terlalu panjang.
''Dan, bukan semua perkara boleh disubsidi kecuali pendidikan dan kesihatan seperti yang dilaksanakan di Malaysia,'' ujarnya.
Ditanya tentang kenaikan harga barangan dalam pasaran yang melampau di negara ini, Dr. Mahani berpendapat, ia berlaku akibat ketidakseimbangan dalam penawaran dan permintaan.
Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran peningkatan mendadak penduduk dunia yang tidak setara dengan pengeluaran makanan.
Masalah itu begitu ketara disebabkan pengeluaran barangan makanan tertentu begitu terhad di Malaysia dan perlu diimport dari negara-negara lain.
''Jadi, apabila ada masalah berlaku di negara-negara pengeluar, pengimport akan mengalami masalah bekalan.
''Masalah bekalan juga berlaku dalam penetapan kontrak jangka panjang antara pengimport dan pengeksport,'' katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, masalah semasa yang berlaku ini boleh diatasi dengan membuat pelaburan makanan secara besar-besaran di dalam atau luar negara.
Tambahnya, kementerian tertentu juga perlu memastikan sistem agihan secara monopoli dikurangkan supaya kawalan bekalan dan harga dapat dipantau secara rapi.
Dalam aspek itu, Dr. Mahani berkata, masalah kenaikan harga barangan boleh dikawal dengan membanyakkan pasar raya besar kerana ia menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding kedai runcit. Utusan online 8/2/2011
Perdagangan: Gempa bumi, tsunami Jepun boleh beri kesan
16/03/2011 12:09pm
KUALA LUMPUR 16 Mac – Gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini boleh memberi kesan buruk ke atas aktiviti perdagangan Malaysia pada tempoh jangka pendek.
"Sektor elektrik dan elektronik akan merasai kesannya kerana keluaran beberapa komponen utama yang diimport dari Jepun akan berkurangan dengan banyak,” kata AmResearch dalam satu nota hari ini.
AmResearch menganggarkan bahawa eksport keseluruhan Jepun kemungkinan besar akan turun antara 5.0 dan 10 peratus pada tahun ini, serta ditambah pula dengan pengurangan perdagangan bagi bulan-bulan akan datang.
Katanya pelaburan dan pelancongan Jepun akan berkurangan apabila usaha pembinaan semula di Jepun memerlukan pelaburan yang besar, sekali gus pengurangan pelaburan Jepun di Malaysia adalah satu kemungkinan yang besar.
“Kami berpandangan pemulihan di Malaysia kemungkinan terlewat, berikutan ketidaktentuan pada separuh pertama. Bagaimana pun, kesan jangka panjang kekal positif,” katanya.
Katanya, dengan mengambil kira perkembangan yang lebih lembap daripada jangkaan pada separuh pertama 2011, ia kemungkinan akan menyemak semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada sekitar 5.2 peratus daripada anggaran awal 5.5 peratus. – Bernama
Sunday February 27, 2011 The Star online
Malaysia in a state of preparedness
By DATUK MOHAMED IQBAL RAWTHER
MALAYSIA is not insulated from any adverse world trend as it is still largely an export-driven, foreign investment dependent economy. Its resilience, tested more than once, offers comfort but resting on laurels is risky. It is even riskier in a globalised economic interdependence.The 1997 Asian financial crisis and the more recent global economic turmoil are indications of the growing complexities of the world economy.When we look at the United States or Europe – the so-called developed nations – the upheaval is frightening. When global giants – nations or corporations – falter or fall, the shock waves and tremors are pervasive. The cyclical theory, or for that matter the prevalent econometric modelling, is of no help to predict the future or a trend. The reality is one of constantly changing parameters. Changes are the rule now, not exceptions as considered decades ago.Malaysia has realised this notion much better than any other country in the developing world. Wanting to move up a few notches on the development scale to achieve a developed nation status, the efforts are convincing. They are much more than wishful thinking.The transformation agenda being implemented one by one is determined to change the pace to fast-forward. Starting with the GLC transformation, the gear shifted to the Government Transformation Programme. Now it has gone into an overdrive mode in the Economic Transformation Programme.The pace is indeed fast. To a layman and the public-at-large, these may appear as overdosage.On a sector-by-sector basis, the programmes are specific, strategic thrusts to increase opportunities. The responses to these initiatives are positive, timely and meaningful. The efforts can isolate the Malaysian economy from falling into the trap of complacency and under-performance.This anticipatory attitude and concerted approach, well-crafted and strongly articulated, is welcomed by the private sector, both domestic and foreign. If the economy is set to grow, and it is poised to grow by about 6% annually, there is plenty to share by all parties in this new growth paradigm.The New Economic Model (NEM) no doubt addresses the challenges of the future leading to 2020 from a macro-economic point of view. It also provides the thought processes for micro-economic management.Corporate entities can dove-tail their business models and business processes within the broad framework of the NEM. Even before the advent of the NEM, a good number of Malaysian corporations were already taking the cue from global trends.In the aftermath of the Asian financial crisis, and at the onset of a worldwide slump, pro-active CEOS of corporations started to re-think their businesses. More are being forced to re-think now. Business strategies, business culture, customer focus, revenue generation and the bottom line profit are being re-examined, not once but regularly.In short, the whole attitude towards changes, an anticipatory approach and strategies to confront the ensuing changes becomes the key challenge.The “run-of-the-mill” and “business-as-usual” passive paradigms, if continued, are a sure recipe for disaster. Those who are not perceptive of the “writing on the wall” will lead their firms to rust, and maybe to dust.The NEM may not contain the specifics a company is looking for but it provides a window for a new business perspective for a group or sector. A discerning characteristic for a CEO is the ability to handle change and, more importantly, to understand the complexities of impending changes.The necessity for restructuring and focusing on what are now considered core competencies and compatible business within a group or cluster become an operational imperative. A simplified business process and speedy communication flows, and commitment to discipline in execution and implementation are the rules in the present business game.The success of the government initiatives and the consequential strategies of the private sector depend very much on the government delivery system. The implementation framework, with a referral mechanism even to the Prime Minister and a team of ministers, structurally is a good idea.However, when every matter – every nitty-gritty – has to go to the top, it is a sign that bureaucracy is prevalent. If there continues to exist large pools of government personnel bucking the trend and the momentum of the leadership, then serious shortfalls will ensue.Malaysia needs to act fast, even aggressively, to put the course on track. Any principle that ignores the basics cannot be sustained.On the other hand, a principle that is based on sound basics will succeed, and Malaysia’s economic reforms are on sound basics.> The writer is the Secretary-General of the Malaysia-Japan Economic Association.
9. Pengusaha EKS perlu tukar pendekatan inovasi untuk kekal kompetitif: Najib
2011/02/11 Berita Harian online
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta pengusaha enterpris kecil dan sederhana (EKS) supaya menukar pendekatan inovasi masing-masing bagi kekal kompetitif. Katanya, komuniti EKS tidak menerima pakai teknologi sepantas yang sepatutnya.
Di dalam dunia perniagaan, EKS perlu menyuntik teknologi di dalam produk dan perkhidmatan masing-masing, katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata Inovasi berasaskan teknologi adalah satu cara mendapatkan kelebihan kompetitif yang mampan.
"Kita perlu membezakan diri kita dengan menerima pakai teknologi dan dengan berbuat demikian, kita perlu memenuhi keperluan pelanggan. Ia memberikan kita kelebihan bersaing dengan negara pengeluar berkos rendah yang merebut perniagaan anda," katanya.
Najib berkata, komuniti perniagaan perlu menerima bahawa lanskap perniagaan global telah berubah dan ia tidak akan berpatah balik kepada keadaan asal.
"Anda perlu menerima pakai dan berubah bagi berdepan dengan persekitaran perniagaan yang sudah diubah. Kita tidak boleh berpatah balik, kita perlu maju ke hadapan. Seseorang yang bijaksana berkata, kita tidak dapat mengawal angin tetapi kita boleh menyelaraskan layar kita, katanya.
Najib berkata, kerajaan sudah mewujudkan satu unit inovasi khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menangani keperluan inovasi di kalangan ahli perniagaan.
Katanya, UNIK sudah mulai memasuki universiti dan institusi penyelidikan bagi mencari teknologi yang dibangunkan di dalam negara yang boleh membantu komuniti perniagaan di dalam perniagaan masing-masing.
"UNIK akan mencari teknologi atau inovasi dan dimudahkan bahasanya supaya anda dapat melihat manfaatnya," katanya. \
Najib juga berkata, kerajaan akan sentiasa menyediakan peluang kepada komuniti perniagaan untuk mewujudkan kekayaan.
Katanya, kekayaan baharu boleh dimaksimumkan jika dilakukan penerokaan berasaskan inovasi teknologi.
"Kerajaan ini adalah mesra perniagaan, sekali gus percubaan kami untuk membantu anda dilakukan di mana-mana yang boleh. Adalah lebih baik berusaha mencari penawar yang boleh mencerahkan keadaan daripada mencari kesalahan," katanya.
Mengulas aspek pembiayaan, Najib berkata, kerajaan telah menyediakan pembiayaan bagi membiayai projek penyelidikan dan pembangunan dan ia turut menyediakan lebih banyak geran kepada EKS daripada yang dilakukan banyak negara lain.
Sesetengah skim pembiayaan itu diwujudkan lama dulu dan sudah melepasi kepentingannya, katanya.
"Kini adalah masa untuk melihat di segi pandangan strategik dan menyelaraskan skim pembiayaan itu bagi memastikan anda boleh mengakses inovasi pada sepanjang pelbagai peringkat rantau nilai anda.
"Kerajaan saya telah memulakan proses ini dan satu sistem yang lebih terbaharu akan diperkenalkan di dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya. - BERNAMA
7. Usaha jadikan Malaysia hab pengeluar jurutera aeroangkasa
Oleh Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin
2011/02/07 Berita Harian online
TAHUN ini bermula era Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) untuk jangka masa lima tahun dan satu tumpuan Kerajaan Persekutuan ialah memacu ekonomi berpendapatan tinggi. Bagi merealisasikan ekonomi itu, kerajaan memperkukuhkan pelbagai sektor. Antaranya ialah industri aeroangkasa kerana dilihat berpotensi untuk menjana pendapatan dan melonjakkan pembangunan ekonomi negara.
Pada Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata nilai pelaburan industri itu meningkat 300 peratus kepada RM991.6 juta pada 2008 daripada RM113.3 juta pada 2006.Menurut beliau, jumlah itu adalah satu lonjakan pelaburan yang besar dan menyediakan peluang pekerjaan berjumlah 50,000 pada 2008 dan dijangka berkembang 11 peratus setiap tahun.Ini bermakna industri aeroangkasa memerlukan 5,500 tenaga mahir setahun bagi membangunkannya. Pembangunannya memerlukan tenaga kerja yang mencukupi dan berkemahiran membabitkan jurutera pesawat serta tenaga kerja mahir untuk subsektor perkilangan seperti pembuatan, penyenggaraan, pembaikan dan membaik pulih serta kapten pesawat.
Selain itu membabitkan reka bentuk, penyelidikan, pengeluaran pesawat terbang, operasi pesawat dan kawalan trafik udara.
Dalam hal ini, kerjaya yang masih kritikal ialah jurutera aeroangkasa dan penerbangan. Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan bahawa bilangan graduan dalam bidang itu yang dihasilkan universiti awam tempatan masih terlalu kecil.
Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, jumlah itu tidak mampu memenuhi permintaan pasaran kerja semasa kerana hanya melahirkan 180 jurutera bidang itu setahun.
Pada masa ini, pengajian kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan pada peringkat sarjana muda ditawarkan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Menurut beliau, selain pasaran tempatan, rantau Asia Tenggara memerlukan 1,000 jurutera aeroangkasa dan penerbangan setiap tahun.
Ini menunjukkan universiti tempatan hanya mampu menghasilkan 18 peratus setahun, satu jumlah yang kecil berbanding keperluan negara serta rantau ini.
Sehubungan itu, difahamkan Kementerian Pengajian Tinggi sedang menggandakan jumlah graduan supaya Malaysia mampu menjadi negara pengeluar tenaga kerja profesional dalam bidang itu.
Bagi meningkatkan jumlah sedia ada, dicadangkan kepada pihak penaja biasiswa seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat supaya meneroka peluang di universiti luar negara untuk menempatkan lebih ramai pelajar cemerlang melanjutkan pengajian dalam bidang itu.
Untuk jangka panjang, pihak universiti awam dan swasta lain harus menubuhkan fakulti atau program kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan bagi meningkatkan peluang lepasan sekolah melanjutkan pengajian di bidang itu.
Bagi tujuan itu, pihak universiti perlu terlebih dulu menyediakan tenaga pensyarah berkelayakan yang mencukupi bagi membimbing bakal jurutera aeroangkasa dan penerbangan.
Usaha seperti itu membolehkan lebih ramai bakal jurutera aeroangkasa lepasan universiti luar negara dan tempatan khususnya Bumiputera dihasilkan setiap tahun seterusnya memenuhi permintaan pasaran yang dilihat sentiasa ada dan berkembang.
Berdasarkan perancangan kerajaan dalam RMKe-10 bagi memenuhi keperluan semasa dan masa depan negara, bermakna lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang menunggu keputusan peperiksaan mempunyai peluang cerah jika berminat memilih bidang itu sebagai kerjaya masa hadapan.
Calon perlu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan dari universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf.
Lepasan SPM mendapat keputusan cemerlang boleh memohon memasuki Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Asasi Sains Universiti Malaya atau diploma kejuruteraan sebelum melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana muda.
Bagi lepasan STPM aliran sains, calon boleh memohon terus ke peringkat sarjana muda di mana-mana universiti awam dan perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga prinsipal dengan gred yang baik.
Pelajar yang mempunyai diploma kejuruteraan mekanikal atau diploma sesuai dari universiti awam tempatan atau setaraf boleh memohon melanjutkan pengajian itu pada peringkat sarjana muda di universiti awam.
Dari segi peluang kerjaya, antara agensi kerajaan dan swasta yang memerlukan kepakaran bidang itu ialah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam, Penerbangan Malaysia, AirAsia, Firefly, AIROD dan Malaysian Helicopter Services.
Oleh kerana berkembangnya industri penerbangan, banyak syarikat dan kelab penerbangan bergiat secara aktif dalam industri itu dengan membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan terbabit.
Di samping itu, pelajar yang berminat dalam bidang akademik dan penyelidikan, peluang terbuka untuk menjadi pensyarah di mana-mana universiti atau pusat latihan yang menawarkan kursus berkaitan aeroangkasa dan penerbangan.
Bagi menjamin kerjaya yang baik, jurutera perlu sentiasa memastikan suatu pengajian berterusan bagi memastikan seseorang jurutera aeroangkasa dan penerbangan itu sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan kejuruteraan semasa, teknik terbaru, bahan serta proses baru yang berkaitan dengan dunia aeroangkasa dan penerbangan.
Perkara ini boleh dilakukan dengan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Tambahan pula, kerajaan melalui Program MyBrain15 menyediakan dana untuk rakyat Malaysia menambah ilmu pengetahuan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Dalam RMKe-10, Program MyBrains15 dilancarkan pada 2008 menetapkan matlamat untuk meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada 2015 dan 60,000 pada 2023 sebagai pemacu kepada inovasi negara.
Penulis ialah Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM
2011/02/07 Berita Harian online
6.FDI Malaysia tertinggi
MALAYSIA telah muncul sebagai negara paling tinggi merekodkan kemasukan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) di kalangan negara Asia pada tahun 2010 iaitu dengan jumlah kenaikan sebanyak 409.7 peratus. Menurut Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), kenaikan jumlah FDI ke Malaysia telah meningkat kepada RM21.35 bilion pada 2010 berbanding dengan RM4.25 bilion pada 2009.
Laporan Pemantauan Arah Aliran Pelaburan Global UNCTAD bertajuk Arah Aliran FDI Global dan Serantau 2010 yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu menyatakan, Malaysia adalah antara negara yang paling memberangsangkan dari segi peningkatan FDI di kalangan 153 negara yang telah dibuat kajian. Untuk perbandingan dengan lain-lain negara ASEAN, pertumbuhan aliran masuk FDI 2010 ke Indonesia pada kadar 162.7 peratus, Singapura 122.7 peratus manakala Thailand hanya 14.2 peratus.
Pencapaian ini juga menggambarkan tahap keyakinan pelabur asing semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan, legasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan faktor terpenting membawa kepada peningkatan memberangsangkan FDI ke Malaysia. Memetik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam akhbar yang berkata, "laporan yang dikeluarkan oleh UNCTAD itu telah mengukuhkan kenyataan sebelum ini bahawa aliran masuk FDI yang ketara berjumlah AS$5.04 bilion (RM15.3 juta) ke negara ini bagi sembilan bulan pertama tahun lalu berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan."
Selanjutnya Mustapa berkata, pencapaian itu mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di Malaysia yang menunjukkan bahawa pelabur percaya kerajaan mampu melaksanakan program perubahan dan transformasi ekonomi seperti yang terkandung dalam Model Baru Ekonomi (MBE). Beliau juga mengatakan Malaysia telah kembali ke radar pelabur antarabangsa seperti yang dibuktikan daripada aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia sejak September lalu yang telah menyokong bursa mencecah paras tertingginya pada 7 Januari lalu pada 1,572.21 mata.
Berdasarkan laporan UNCTAD itu, beliau juga menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa penurunan FDI ke Malaysia pada 2009 disebabkan tadbir urus kerajaan yang lemah serta rasuah dalaman.
Ternyata legasi Najib melalui dasar-dasar baru yang telah dipeloporinya sebaik saja mengambil alih pucuk kepimpinan negara seperti dasar liberalisasi, MBE, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menunjukkan kesan positif terhadap ekonomi negara, khasnya peningkatan dalam FDI.
Pengumuman 19 projek baru di dalam ETP menerusi 10 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) oleh Najib yang membabitkan pelaburan kira-kira RM67 bilion yang merangkumi sektor minyak, gas dan tenaga dijangka mampu merancakkan lagi ekonomi negara sekali gus menjadi momentum terbaik untuk meningkatkan pelaburan swasta dan menjadikan sektor swasta sebagai pemacu utama ekonomi negara. Pelaksanaan projek baru itu dijangka mampu menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM36 bilion setiap tahun serta menyediakan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan baru.
Usaha dan langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan ini mampu mengubah ekonomi negara dan pada masa yang sama bakal meningkatkan daya tarikan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur.
Nadzir Awang Ahmad
Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis.
2011/02/07
Malah, pakar memberi amaran bahawa pengguna dan kerajaan seluruh dunia perlu bersedia berdepan kenaikan harga lebih tinggi kerana permintaan kukuh dari negara yang sedang berkembang pesat dan mempunyai penduduk yang ramai akan terus memberikan tekanan kepada bekalan.Gabungan faktor cuaca buruk, pertumbuhan kukuh di negara berkembang pesat serta kadar faedah yang rendah telah menyebabkan harga komoditi ladang dan bukan ladang, meningkat pada kadar sehingga dua angka.
Walaupun kenaikannya hampir sama dengan apa yang berlaku pada 2007 dan 2008, namun penganalisis berkata, arah aliran kenaikan kali ini kurang terdapatnya unsur spekulasi, justeru ia dijangkakan tidak akan berakhir dengan kejatuhan harga besar-besaran seperti yang berlaku dua tahun lalu.
“Keadaan adalah berbeza pada 2008. Kenaikan harga ketika itu hanya berlaku pada beberapa jenis makanan,” kata pakar pertanian Bank Dunia, Chris Delgado.
“Apa yang berlaku sekarang adalah lebih meluas dan hampir seluruh dunia. Ia juga menyebabkan berlakunya keresahan politik,” tambahnya.
Di Indonesia yang mana harga cili turut melambung, kerajaannya telah membekukan duti import bagi barangan makanan utama selepas inflasi di negara itu meningkat pada kadar tujuh peratus bulan lalu.
Di Bolivia, gula dicatu bekalannya walaupun harganya meningkat 64 peratus.
Di AS pula, kenaikan tinggi harga daging menyebabkan restoran, dari yang mewah sehinggalah McDonald terpaksa menaikkan harga hidangan masing-masing walaupun pendapatan rakyatnya tidak meningkat.
Khamis minggu lalu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FOA) PBB berkata, harga makanan mencapai paras tertinggi sejak mula mengukurnya pada 1990 dan keadaan itu boleh mencetuskan masalah politik.
“Persoalannya, bukan lagi sama ada ada risiko atau tidak, tetapi di sesetengah tempat sudah pun berlaku rusuhan kerana kenaikan harga ini,” kata Ketua Eksekutif FOA chief Jacques Diouf.
Ketua Ahli Ekonomi Standard Chartered Bank Gerard Lyons pula berkata, beliau menjangkakan harga komoditi akan terus menyaksikan peningkatan.
“Malah apa yang menariknya, harga beberapa komoditi yang sebelum ini kurang diniagakan turut meningkat. Ini menggambarkan yang kenaikan kali ini berlaku disebabkan faktor asas dan bukannya spekulasi,” katanya.
Kenaikan harga komoditi pada 2008 hanya membabitkan beberapa bijirin serta minyak, dan sebahagian besarnya disebabkan keputusan politik yang mencetuskan kegiatan spekulasi.
Bagaimanapun kenaikan ketika ini disebabkan faktor asas. Ia disebabkan peningkatan permintaan di negara berkembang pesat seperti China, India, Russia serta Brazil.
Peningkatan dalam permintaan itu dijangkakan tidak akan berkurangan sehingga harga meningkat lebih tinggi lagi, kata penganalisis.
Delgado berkata, masalah dalam bekalan telah memburukkan lagi kenaikan harga.
Katanya, masalah cuaca dan dasar kerajaan menyebabkan kurangnya bekalan bijirin dari Russia, Argentina dan Australia.
Bagaimanapun, punca utama arah aliran itu adalah faktor asas, iaitu peningkatan begitu tinggi dalam permintaan, kata ahli ekonomi.
“Lebih ramai penduduk dunia kini mempunyai pendapatan yang tinggi, justeru permintaan bagi makanan bernilai tinggi semakin meningkat,” kata Ketua Ahli Ekonomi di IHS Global Insight, Nariman Behravesh.
Lyons pula berkata, tidak akan berlaku peningkatan bekalan yang ketara dalam tempoh terdekat ini, kerana peladang perlu mengambil masa yang lama untuk menambah keluasan tanaman dan pengeluaran.
“Ia mengambil masa lama, dua hingga tiga tahun untuk menyaksikan bekalan baru memasuki pasaran, justeru saya menjangkakan harga komoditi akan terus meningkat,” katanya.
Minggu lalu, Pakar Komoditi di Morgan Stanley, Hussein Allidina berkata, harga makanan utama seperti jagung, kacang soya dan gandum masih berdepan tekanan kenaikan harga, dengan harga jagung mungkin meningkat 20 peratus sebelum permintaannya berkurangan. – AFP
4. Malaysia teroka, manfaat peluang pelaburan di Syria
Oleh Zuraidah Mohamed dari Damascus, Syria
2011/01/30 Berita Harian
Langkah pengukuhan kerjasama beri banyak kelebihan kepada pelabur kedua-dua negara INISIATIF memperkukuhkan kerjasama meningkatkan perdagangan dua hala Malaysia di seberang laut diteruskan dengan Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Syria diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, selama tiga hari di Damascus, bermula hari ini.
Beliau akan bertemu pemimpin, rakan sejawat serta kapten industri di negara itu untuk membincangkan peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia, serta langkah kerajaan memperkukuh ekonomi negara menerusi Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Lawatan itu juga untuk memperkukuhkan kerjasama perniagaan menerusi promosi produk dan perkhidmatan ditawarkan Malaysia. Pada masa sama, pelabur kita boleh meninjau peluang perniagaan serta projek pembangunan di Syria.
Malah, Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Perdagangan Malaysia-Syria (JTC) yang akan dipengerusikan Mustapa bersama Menteri Ekonomi dan Perdagangan Syria, Lamiaa Assi yang dijadual esok dijangka membincangkan dan membuat semakan semula beberapa isu dua hala termasuk cadangan kerjasama ekonomi dua hala yang dibangkitkan pada mesyuarat pertama JTC, pada 3 Julai 2007.
Pada mesyuarat itu, kedua-dua menteri akan mengkaji semula prestasi perdagangan dua hala dan pelaburan selain berkongsi pandangan berhubung potensi perdagangan dan pelaburan yang boleh dikembangkan antara kedua-dua negara.
Pada mesyuarat JTC sebelum ini, antara perkara utama dibincangkan termasuk penubuhan Taman Perindustrian Malaysia di Syria. Cadangan mengenai kerjasama ekonomi dua hala pula membabitkan promosi perdagangan, kerjasama dalam kawalan siber, promosi produk halal serta bidang lain seperti telekomunikasi dan penubuhan Bandar Pendidikan.
Difahamkan, Syria akan mencadangkan kedua-dua pihak bertukar-tukar senarai barangan bagi mendorong kepada persetujuan menandatangani perjanjian perdagangan yang meningkatkan lagi pertukaran perdagangan dua hala kedua-dua negara.
Kedua-dua pihak juga akan membincangkan kerjasama antara Pertubuhan Utama Syria Bagi Pembangunan Eksport dengan agensi MITI dalam bidang latihan, pembangunan kapasiti serta pertukaran pakar.
Lamiaa dilaporkan akan berbincang dengan Mustapa mengenai bantuan menyokong projek perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negaranya selain sokongan Malaysia terhadap kemasukan Syria ke dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
“Syria sememangnya mengalu-alukan kemasukan pelabur dari negara Islam bagi memanfaatkan persekitaran pelaburan yang memberangsangkan selain kedudukan penting geografi negara itu di rantau berkenaan,” katanya dipetik daripada satu laman berita maya.
Ekonomi negara itu mengalami perkembangan positif sejak tahun lalu hasil kestabilan politik dan ekonominya selain atmosfera pelaburan yang ketara.
Perdagangan dua hala Malaysia dengan Syria meningkat tiga kali ganda daripada AS$67.55 juta pada 2000 kepada AS$175.72 juta (2009).
Bagi Syria, Malaysia adalah negara ke-80 terbesar bagi eksport dan ke-15 bagi sumber importnya.
Eksport utama Malaysia ke negara itu pula ialah kain dan pakaian (42.3 peratus) dan produk perkayuan (12 peratus).
Produk lain membabitkan kimia dan produk kimia, peralatan pengangkutan, minyak sayuran dan minyak sawit.
Sejajar dengan dasar baru ekonomi yang menggalakkan penerokaan pasaran baru, banyak produk keluaran Malaysia serta sektor perkhidmatan yang boleh dieksport ke Syria yang mempunyai 21.2 juta penduduk itu.
Produk halal, komputer dan aksesori, bahan binaan serta produk dan peralatan perubatan serta alat ganti kenderaan adalah antara yang sangat berpotensi dieksport.
Dalam sektor perkhidmatan, teknologi maklumat dan ICT, perbankan dan kewangan, pelancongan, pembangunan hartanah, pembangunan infrastruktur, latihan dan pendidikan tinggi, minyak dan gas, serta perkhidmatan berkaitan pertanian juga berpotensi diteroka.
FAKTA: Kedudukan Syria dari sudut perdagangan luar Malaysia pada 2009
2.‘Malaysia cantik tapi kotor’
Berita Harian
2011/01/24
LABIS: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata majoriti pelancong asing ke negara ini mengakui Malaysia sebuah negara yang cantik, namun mempunyai masalah dari segi kebersihan.
Beliau berkata, antara aspek kebersihan yang sering dibangkitkan pelawat membabitkan gerai makan, longkang dan tandas.
Berita Harian
2011/01/24
Bercakap kepada pemberita di sini, Yen Yen berkata aspek kebersihan itu akan kekal menjadi masalah jika rakyat negara ini tidak menjadikannya amalan kehidupan.
“Kementerian Pelancongan mengambil kira aduan yang ditimbulkan pelancong. Jadi, kita perlu mengambil kira aspek kebersihan ini,” katanya selepas melancarkan program ‘1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ peringkat daerah Segamat di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, semalam.
Mengenai pusat rekreasi itu, Yen Yen berkata, kajian untuk menambah baik kawasan berkenaan akan dilakukan bagi menarik perhatian pengunjung, terutama rakyat Singapura.
“Sebanyak RM2 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan bagi menaik taraf kolam ini. Antara perkara yang akan dikaji adalah caj bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung tempatan dan luar. Saya juga ada menerima cadangan supaya air panas di kolam ini dapat dialirkan," katanya.

1.Sabah kekal pengeluar sawit terbesar
Berita Harian 2010/12/24
SABAH kekal sebagai pengeluar terbesar sawit negara meskipun berlaku penurunan pengeluaran keseluruhan Malaysia iaitu 4.92 juta tan antara Januari hingga November tahun ini, berbanding 5.45 juta tan bagi tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Choo Yuen May, berkata daripada jumlah itu, negeri berkenaan menyumbang 6.25 juta tan daripada keseluruhan kuantiti eksport sawit negara yang berjumlah 21.23 juta tanDengan jumlah itu, Sabah menyumbang RM14.92 bilion daripada keseluruhan RM53.92 bilion hasil eksport sawit negara pada tahun ini, katanya pada taklimat bersama media mengenai peranan dan sumbangan industri sawit negara dan Sabah di Hotel Le Meridien, di Kota Kinabalu, semalam. Hadir sama, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Tan Sri Bernard Dompok.
Yuen May berkata, selain Sabah, Sarawak turut menjadi antara penyumbang terbesar industri sawit negara tahun ini dengan pengeluaran mencecah dua juta tan bagi tempoh sama.
Kerajaan melaksanakan pelbagai skim insentif kepada pengusaha sawit di seluruh negara bagi memastikan pengeluaran sawit ini terus meningkat dan menghasilkan sawit bermutu tinggi.
Ia termasuk pelaksanaan program penanaman semula sawit (SITS) dan bantuan kewangan sebanyak RM128 juta kepada pekebun kecil membabitkan RM6,000 bagi setiap hektar, katanya.
Sehingga Disember ini, RM102 juta bantuan diserahkan kepada 4,088 pekebun kecil membabitkan keluasan tanah 16,028 hektar.
Dalam pada itu, Dompok berkata, industri sawit negara menjadi penyumbang keempat terbesar dalam pembangunan ekonomi negara dalam Pendapatan Negara Kasar (GNI).
Beliau berkata, prestasi itu menempatkan industri sawit pada kedudukan baik untuk mencatatkan pendapatan RM178 bilion seperti dijangkakan menjelang 2020 menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP.