Monday, February 28, 2011

Budaya


Muzik, suara perjuangan



BANYAK orang melihat muzik tidak lebih daripada produk hiburan yang dijaja oleh artis-artis popular. Di semua negara, muzik menjadi antara penyumbang kepada industri hiburan dan negara ini juga tidak terkecuali.
Kalau melihat jauh melampaui tuntutan budaya popular, kita dapati pengaruh muzik kepada manusia bukan sahaja hiburan. Lihat sahaja bagaimana sebuah kumpulan muzik dari Ireland, Cranbberies di mana muzik mereka melampaui hiburan dalam hubungannya dengan budaya popular yang kita fahami.
Lagu Zombie yang dianggap lagu wajib kumpulan Cranbberies misalnya diilhamkan daripada peristiwa ledakan bom di London pada awal 1990-an yang turut mengorbankan kanak-kanak. Cranbberies, sebuah kumpulan muzik rock tetapi memilih untuk berbicara mengenai ‘kemabukan’ manusia hingga lupa peri pentingnya nyawa manusia lain.
Menurut penganalisis, kekuatan Cranbberies bukan sahaja terletak kepada muzik tetapi kejituan lirik yang menjurus kepada antiketidakadilan. Kumpulan ini pernah menghasilkan lagu War Child yang menyuarakan nyawa kanak-kanak telah menjadi mangsa keangkuhan politik puak-puak tertentu.
Cranbberies sebenarnya mendapat sokongan moral daripada beberapa kumpulan muzik hebat dunia antaranya kumpulan U2 dan The Corrs serta penyanyi Sinead O’ Connors yang kesemuanya dari Ireland.
Pak Gesang yang mencipta lagu keroncong Bengawan Solo pernah berkata, beliau berjuang mencapai kemerdekaan dengan lagu-lagunya. Jangan berasa lucu kalau dikatakan lagu-lagu keroncong antara yang menyumbang kepada kemerdekaan Indonesia, selain daripada buluh runcing yang menjadi kebanggaan Sukarno.
Dari sudut antropologi, keperluan muzik kepada kehidupan manusia sangat tinggi dan muzik menjadi elemen penting dalam kehidupan tradisi bagi semua kaum. Maknanya dalam hubungannya dengan masyarakat Asia, muzik ada kuasa mistiknya apabila acara ritual mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan muzik.
Beberapa fakta di atas menguatkan hujah bahawa memberi hiburan hanya sebahagian daripada peranan muzik yang sangat besar kepada manusia. Tetapi kerana yang kecil itu menonjol dan membangunkan industri hiburan, maka nilai hiburan dianggap menguasai muzik.
Kita tentunya boleh berbangga kerana memiliki karyawan muzik seperti M. Nasir, Zubir Ali, Dr. Zawawi, Sohaimi Mior Hassan dan beberapa lagi yang mempunyai kecenderungan menjadikan muzik sebagai pentas membicarakan perihal sosial.
Mereka berperanan sama seperti penyanyi rock veteran, Bruce Springsteen yang turut bertanggungjawab memperbaiki hubungan Jerman – Amerika menerusi lagu-lagunya terutama dari album Rising. Lagu Born in the USA dianggap sebagai sebuah lagu antiperang yang diilhamkan daripada Perang Vietnam. Sementara lagu My City of Ruins sebagai mengenang tragedi duka serangan pejuang berani mati ke atas New York dan Washington DC pada 11 September 2001. Maka bolehlah ditanya, selain mengimpikan berjaya di Juara Lagu, apakah lagi impian pencipta-pencipta lagu kita?

Sunday, February 27, 2011

Ekonomi


Published: Sunday February 27, 2011 MYT 6:25:00 PM

Govt approves recruitment of 45,000 foreign workers

KUALA LUMPUR: The government has agreed to approve the recruitment of 45,000 foreign workers to meet the demand in 13 small-scale business sectors, which are currently facing manpower shortage.
Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam said the approval was given after the government took into account the problem faced by the sectors concerned such as restaurants, grocery shops and the textile industry which had difficulty to recruiting local workers.
"They had applied to the prime minister (Datuk Seri Najib Tun Razak) and to my ministry through the Malaysian Associated Indian Chamber of Commerce and Industry (MAICCI) for the government to approve the recruitment of 90,000 foreign workers.
"Following discussions, the government has now agreed to approve the entry of 45,000 foreign workers into 13 business sectors to meet the initial requirement so that they can continue operating."
The minister was speaking to reporters on Sunday after attending the official opening of the renovated Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) by former MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu, who is now Special Envoy on Infrastructure to India and South Asia, here.
Dr Subramaniam said the government was still in discussions to distribute the 45,000 foreign workers according to the 13 business sectors and a decision was expected to be made within a month.
He said most of the foreign workers were from India.
The six-storey Wisma Primas, located in Jalan Dato' Haji Eusoff here, has been renovated at a cost of RM3mil to provide more facilities.
Apart from being the management centre for the association, the building has training facilities for restaurant workers of members of the association. - Bernama

Saturday, February 26, 2011

Sosial


Saturday February 26, 2011

Emergency lanes vital


WE REFER to the letter ‘Do we need emergency lanes?’ (The Star, Feb 24). The emergency lanes are meant for the use of emergency service vehicles only.
In the event of a major accident there is a high possibility of traffic congestion. Therefore, the emergency lane serves as a means for emergency service vehicles to reach the accident scene to provide assistance to accident victims quickly.
Road users need to remember that early assistance and medical attention re critical in ensuring the survival of victims.
Every minute lost increases the risk to those injured in accidents. As such, availability of uncongested emergency lanes are vital in ensuring that accident victims receive medical assistance in the shortest possible time frame.
Currently, the average arrival time for emergency assistance in Malaysia is 30–40 minutes and this needs to be reduced to 10–15 minutes arrival in compliance with global best practice.
The issue here is not whether or not we need emergency lanes – we clearly do – but ensuring that emergency lanes serve the purpose they are designed and built for.
We need to ensure that motorists do not encroach into the emergency lane at the first sign of traffic congestion.
With this in mind we need to continuously educate our motorists that illegal use of emergency lanes may result in death of accident victims who may have otherwise survived.
Motorists who are caught abusing the emergency lanes should be fined and severely dealt with.
The Transport Ministry wishes to remind road users that offences regarding the abuse of emergency lanes are classified under the Category 1 critical offences list under the new standardised compound fines jointly agreed to by police (PDRM), Road Transport Department (JPJ) and Kuala Lumpur City Hall (DBKL).
DATUK SURET SINGH,
Director-General,
Road Safety Department.

Sunday, February 20, 2011

Jati diri


7 kampung dijadikan hab seni



KUALA LUMPUR 19 Feb. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menjadikan Kampung Puah Lembah serta enam kampung di sekitarnya di sini sebagai hab seni, budaya, kraf serta tradisi bagi orang Melayu.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu juga bertujuan menjadikan kawasan berkenaan sebagai satu pusat baru bagi seni budaya Melayu secara semula jadi walaupun ia terletak di kawasan kota metropolitan.
Beliau secara peribadi amat tertarik dengan kawasan itu kerana faktor penduduknya yang begitu mempertahankan tradisi mereka sejak turun temurun dalam semua cabang budaya termasuk mengekalkan budaya gotong-royong.
''Sukar sekali sekiranya kita mahu mencari kampung yang amat mempertahankan tradisi mereka di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur ini. Bagi saya, ini merupakan sesuatu yang amat menggembirakan kerana masih wujud kelompok masyarakat Melayu seperti ini.
''Mereka berjaya mengekalkan nilai tradisi yang diwarisi meskipun berada di tengah-tengah hambatan pembangunan ibu kota,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program merakyatkan seni budaya di Kampung Puah Lembah di Jalan Gombak dekat sini, hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Masnah Rais, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd. Shafei Abdullah.
Selain Kampung Puah Lembah, enam kampung lain turut terlibat iaitu Kampung Puah, Kampung Puah Asal, Kampung Sungai Mulia, Kampung Sungai Merali, Kampung Haji Idris dan Kampung Bandar Dalam.
Dalam perkembangan sama, Rais berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya kawasan itu mampu dijadikan destinasi pelancongan yang baru.
Beliau berkata, dengan adanya kawasan berkenaan, para pelancong khususnya dari luar negara boleh menikmati seni budaya Melayu secara semula jadi tanpa perlu pergi ke destinasi yang lebih jauh.
''Selepas ini Kuala Lumpur bukan sahaja mampu menawarkan pengalaman melancong di bandar kosmopolitan malah mereka juga dapat merasai pengalaman tradisi serta seni budaya orang Melayu secara semula jadi,'' katanya.
Di pusat itu, katanya, pelancong bukan sahaja disajikan dengan permainan muzik asli, tarian, nyanyian malah mereka akan melihat cara penduduk bergotong-royong menyediakan makanan.
Mengenai peruntukan diperlukan, beliau berkata, pihaknya perlu mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pelancongan serta DBKL terlebih dahulu.
''Tapak program hari ini boleh kita jadikan tapak utama bagi projek tersebut, Jangkaan saya dalam masa tiga bulan apa yang kita cita-citakan akan mula terlaksana,'' ujarnya lagi.

Buku


Belanja RM3 juta untuk satu kontena buku



BEBERAPA tahun lalu, seorang lelaki kaya di Malaysia membina rumah percutian besar di sebuah tanah tinggi di Pahang.
Bagaimanapun, kerana kesibukan dan bagi memastikan kemewahan hidupnya tidak menjadi satu skandal, dia jarang sekali bercuti di rumah itu yang kawasannya disaliri jeram yang cantik. Rumah itu kini agak terbiar.
Ada seorang lelaki terkenal lain pula memilih menggunakan kekayaannya untuk jalan yang lebih bermanfaat.
Dia gemar mengumpul buku, terutama judul-judul yang berkaitan dengan sejarah negara. Tidak lama dulu, dia dikatakan membelanjakan RM3 juta untuk membeli satu kontena buku yang kemudian dimuatkan dalam perpustakaannya.
Industri buku sebenarnya sedang berdepan dengan cabaran yang amat hebat. Lelaki terkenal yang membelanjakan RM3 juta untuk membeli buku itu mungkin seorang dalam 100 juta manusia. Yang ramai ialah kategori orang kaya pertama, yang mungkin mengutamakan rumah besar lebih daripada kekayaan ilmu dan mindanya.
Ada ramai rakyat Malaysia, misalnya, sanggup membeli telefon bimbit berharga RM3,000 sebuah, tetapi mereka tidak akan sekali-kali berbelanja RM1,000 setahun untuk buku-buku walaupun ia diberi pengecualian cukai oleh kerajaan. Itulah nasib buku.
Di Amerika Syarikat beberapa hari lalu, industri buku yang suram, yang margin keuntungannya kian kecil, akhirnya memasuki terowong bisnes yang semakin malap dan gelap.
Borders, sebuah rangkaian kedai buku global yang mempunyai 642 buah kedai di Amerika Syarikat sahaja, telah memfailkan notis perlindungan kebankrapan kerana tidak sanggup lagi menanggung hutangnya yang dilaporkan berjumlah AS$1.29 bilion (RM3.87 bilion).
Pada tahun 2009, bisnes Borders yang menjual buku-buku bahasa Inggeris sudah pun menghadapi masalah di United Kingdom, dan selepas dua tahun, krisis itu kini berjangkit ke Amerika Syarikat dan rangkaian Borders di seluruh dunia.
Sebagai sebahagian daripada cara untuk memperoleh dana bagi membayar hutangnya, kedai-kedai buku Borders mulai semalam mula mengadakan jualan menghabiskan stok yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus.
Hutang syarikat itu kepada para pengedar dan penerbit buku yang belum berbayar dianggarkan AS$180 juta (RM540 juta). Jika hutang itu tidak dilangsaikan, para pengedar dan penerbit pula mungkin gulung tikar.
Dunia ilmu dan penyebaran pemikiran sedang berhadapan dengan tekanan hebat daripada keruntuhan bisnes buku seperti yang sedang dilalui oleh Borders. Bisnes ilmu berada dalam krisis. Perlakuan pengguna sudah berubah. Tidak lagi seperti masa lalu, membaca bukan lagi dianggap perlakuan insan-insan yang berjaya.
Antara membeli satu kontena buku berharga RM3 juta dan membina rumah percutian bernilai RM3 juta di tanah tinggi, banyak orang akan memilih simbol kekayaan yang kedua.
Memburukkan lagi keadaan ialah trend baru berkaitan teknologi. Mengikut indeks kajian kesetiaan pengguna antarabangsa, divisyen buku elektronik Kindle yang dipelopori oleh Amazon.com kini memasarkan enam judul buku elektronik bagi setiap sepuluh buah buku fizikal yang dijual oleh gedung beli-belah Internet itu.
Ingatkah kita kepada apa yang berlaku dalam bisnes muzik apabila YouTube dan MP4 menewaskan CD, kaset dan katrij yang suatu ketika dulu pernah menghancurkan era piring hitam?
Tanpa sedar, buku yang menjadi sumber ilmu juga menjadi mangsa kepada pembaharuan teknologi. Lakulah sesuatu sebelum ia dikuburkan.

Thursday, February 10, 2011

Pendidikan


Transformasi pembiayaan dunia akademik


2011/02/11 Berita Harian online

DALAM hampir semua peradaban, komuniti ilmu dan sarjana sering mendapat layanan istimewa. Institusi dan kos pengajian disediakan. Malah biaya penyelidikan ditaja. Tidak salah rasanya jika dirumuskan bahawa dalam semua peradaban, kesarjanaan mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat sebagai institusi penggerak minda, pembangun insaniah dan penyuluh zaman. 

Itulah justifikasi kebanyakan sarjana dibiaya sepanjang pembabitan dalam dunia ilmu bermula dari proses pembelajaran sehinggalah akhirnya sampai pada tahap tertinggi dari segi pengembangan idea, pengajaran, penyelidikan dan penulisan. Justeru, dalam konteks moden, dunia kesarjanaan masih sinonim dengan layanan istimewa, pelaburan besar dan penajaan, khususnya dari kerajaan dan dermawan.
Memang dunia kesarjanaan penuh keanehan. Dalam keghairahan sarjana menekuni pelbagai disiplin ilmu, tidak ramai prihatin terhadap kerangka kewangan institusi ilmu. Apabila berbicara mengenai pengurusan, sarjana biasanya melihat ke luar dengan mengemukakan pelbagai teori mengenai pengurusan organisasi swasta dan awam; jarang sekali mengenai institusi pengajian tinggi.
Apabila membahaskan mengenai model kewangan, mereka mendefinisikan pelbagai sistem dari Wall Street sehinggalah sukuk; jarang sekali mengenai kaedah untuk menampung program kesarjanaan. 

Realitinya, dengan ratusan pakar dalam pelbagai subdisiplin ekonomi di universiti tempatan, mereka masih mengharapkan geran dan pelbagai bentuk subsidi untuk melengkapkan peralatan komputer di makmal fakulti. Malah di kalangan selebriti penerima Anugerah Nobel masih bergantung kepada sumbangan geran untuk menaja penyelidikan dan menampung kos aktiviti kesarjanaan. 

Barangkali sudah menjadi resam dalam dunia kesarjanaan moden bahawa ahli akademik yang tersohor dan dianggap cemerlang adalah di kalangan mereka yang paling berjaya mendapat geran penyelidikan paling lumayan. Dengan kata lain, paling banyak mendapat ihsan dan bantuan pihak lain! 

Itulah keanehan dunia akademia. Hal ini tidak terhad kepada universiti awam tempatan, malah di serata dunia. Sejak saya menjadi Naib Canselor UTM pada akhir 2008, persoalan ini sering ‘menghantui’ fikiran saya. Ini semakin ketara berikutan langkah kerajaan seluruh dunia mengurangkan defisit kewangan yang turut membabitkan pengurangan peruntukan kepada universiti dan aktiviti kesarjanaan. 
Pada hemat saya, komuniti ilmu perlu mencari perspektif dan kerangka baru dari segi kewangan. Secara idealnya, institusi ilmu terutama universiti seharusnya menjadi model kepada sistem kewangan moden. Hal ini perlu membabitkan inovasi dalam semua aspek, termasuk kos operasi dan pembiayaan program kesarjanaan. 

Pada hemat saya, kerangka kewangan pengajian tinggi dan pembangunan kesarjanaan boleh ditransformasi terhadap empat komponen utama, iaitu pembiayaan pengajian, emolumen, penyelidikan dan prasarana. Dalam konteks Malaysia, sebahagian sudah dirangka menerusi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara menerusi dasar autonomi. 

Sehubungan itu pada 2 Februari lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, melancarkan Biasiswa Endowmen UTM yang menyediakan peluang kepada 100 mahasiswa terbaik mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di UTM pada sesi akademik 2011/12. Biasiswa RM10,000 setahun untuk setiap penerima itu ditaja menerusi dana Endowmen UTM yang ditubuhkan pada 2010. Dijangka menjelang 2020, semua mahasiswa ijazah sarjana muda akan mendapat pembiayaan Biasiswa Endowmen. 

Biasiswa Endowmen UTM bukan sekadar kemudahan penajaan pengajian malah satu inisiatif dalam kerangka untuk mentransformasi pembiayaan pengajian tinggi di Malaysia. Biasiswa Endowmen juga adalah komitmen warga akademia untuk turut menyumbang dan mewarnakan dunia kesarjanaan menerusi sumbangan pelbagai pihak untuk menyemarakkan kesarjanaan di Malaysia. Secara tidak langsung akan mengurangkan pergantungan kepada Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN). 

Selain penyediaan biasiswa, dana Endowmen UTM juga akan menaja kursi profesor, menyediakan kemudahan prasarana terbaik untuk pembelajaran dan pengajaran, dan dana penyelidikan berimpak tinggi. Pada suatu tahap nanti, menjelang 2020, dana Endowmen menyumbang lebih 10 peratus daripada kos operasi universiti. 

Hal ini bukan suatu khayalan. Dalam sejarah banyak universiti ternama dan tidak begitu ternama, endowmen adalah mekanisme utama pembiayaan pengajian tinggi. Universiti Al-Azhar di Mesir adalah contoh terbaik. Model ini juga dilaksanakan di Harvard, Yale, Princeton dan MIT. Selain itu, banyak sumber kewangan lain dapat dijana menerusi pelbagai aktiviti berkaitan pengajian tinggi seperti komersialisasi harta intelek, pelaburan strategi dan penyediaan kemudahan prasarana. 

Ringkasnya, untuk terus memacu kesarjanaan dan institusi pengajian tinggi negara, maka pergantungan kepada geran dan sumbangan pihak kerajaan perlu dikurangkan. Pengurangan ini tidak bermakna kerajaan boleh lepas tangan untuk tidak lagi berpartisipasi dalam pembiayaan pengajian tinggi, sebaliknya menyediakan ekosistem lebih mantap bagi menyemarakkan kesarjanaan. 

Pembabitan pelbagai pihak untuk menyediakan dana pelbagai program dan komuniti ilmu menandakan komitmen seluruh lapisan masyarakat untuk sama-sama memartabatkan kesarjanaan. 

Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia dan Pengerusi Akademia bagi Program Agenda Kritikal Pengajian Tinggi

Tuesday, February 8, 2011

Dasar Luar


Tanggungjawab mengurus hal ehwal diplomatik dua negara



BARANGKALI sebilangan besar daripada kita kurang arif mengenai peranan yang dimainkan oleh duta yang dilantik oleh kerajaan untuk ditempatkan sebagai wakil kerajaan di sesebuah negara. Sebagai orang penting dalam pengurusan hal ehwal diplomatik antara dua negara dan menjaga kepentingan Malaysia, tanggungjawab duta di sesebuah negara luar amat besar skopnya.
Lebih-lebih lagi bagi seorang duta yang bertugas di negara yang mempunyai hubungan diplomatik yang cukup akrab dengan kerajaan Malaysia, menjadi kewajaran bagi semua pihak untuk memahami peranan mereka. Di Indonesia sendiri misalnya, pegawai-pegawai yang ditempatkan di Kedutaan Besar Malaysia di sini yang diketuai oleh dutanya, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan tidak menang tangan menguruskan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan kedua-dua negara.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta merupakan pejabat perwakilan Malaysia yang terbesar di seluruh dunia dengan mempunyai 15 agensi kerajaan di bawah jagaannya dan dengan sendiri menunjukkan hubungan istimewa yang wujud antara kedua-dua negara itu.
Sebagai jiran tetangga yang mempunyai sejarah hubungan diplomatik yang cukup panjang, kita semua sedia maklum, Malaysia - Indonesia sering merentasi hubungan adik-beradik yang ada ketika panas dan ada ketika dingin.
Namun, kemesraan hubungan bangsa serumpun yang terjalin antara kedua-dua negara berkenaan tidak mampu dicalarkan dengan elemen-elemen yang cuba menggugat keakraban tali persaudaraan itu.
Kerana itu, Duta Besar Malaysia di Jakarta sentiasa dilihat begitu proaktif dalam setiap pendekatan yang diambil oleh beliau untuk memelihara keharmonian yang terjalin.
Begitu juga, dalam konteks memperkasakan hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia, Syed Munshe dan pegawai-pegawainya banyak memberi tumpuan pada kerja-kerja formal terutamanya yang menuntut political decision (keputusan politik)
"Tanggungjawab Duta Besar Malaysia di mana-mana negara sekalipun sangat besar yang memerlukan mereka membuat pertimbangan yang bijak dan akan membantu menyuburkan hubungan baik antara dua negara.
"Kerana itu, ada ketikanya tidak semua acara yang dapat dihadiri seseorang duta itu kerana komitmen yang sudah diberikan sejak dari awal atau harus memberi keutamaan pada tugas yang menuntut political decision," kata seorang pegawai diplomat kepada Utusan Malaysiamenjelaskan peranan seorang duta di mana-mana negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun, perlu juga ada pemahaman yang jelas bahawa andai kata seseorang duta itu tidak dapat menghadiri apa-apa acara yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, itu tidak bermakna duta sengaja mengabaikan jemputan itu.
Kata pegawai diplomat itu lagi, andainya ada acara yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau agensi-agensi kerajaan di mana saja di sesebuah negara luar, Kedutaan Besar Malaysia sentiasa akan memberi sokongan padu bagi memastikan matlamat penganjuran sesebuah acara tercapai.
Ini termasuk acara Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia Maybank (Maybank Semi'10) anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) di Bandung , Indonesia baru-baru ini.
Barangkali, kelibat Syed Munshe tidak ada di situ kerana beliau terikat dengan urusan lain yang sudah dipersetujui lebih awal.
Namun, kerana menyedari kepentingan seminar yang bermatlamat merapatkan kerjasama rakyat kedua-dua negara dalam bidang ekonomi menyebabkan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bersetuju memberikan komitmen sepenuhnya.
Bertitik tolak daripada idea murni itulah, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melihat betapa Iswami boleh memainkan peranan yang sekali gus menjadi pelengkap kepada usaha untuk menjalin hubungan yang lebih akrab antara Malaysia dan Indonesia .
Acara anjuran Iswami itu disifatkan Syed Munshe penting untuk membantu kerajaan memelihara hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia terutamanya dalam konteks hubungan media kedua-dua negara.
"Kami amat menghargai inisiatif itu dan memberikan komitmen yang cukup jitu. Kerana itu, saya bersetuju menghantar enam ketua pelbagai jabatan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sebagai tanda sokongan terhadap Iswami
"Iswami telah memainkan peranan yang cukup baik mewakili sektor tidak formal membantu Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memberi tumpuan pada urusan-urusan formal. Apabila kedua-dua pihak memainkan peranan ini sudah tentu ia akan memberi manfaat yang cukup besar kepada Malaysia dan Indonesia," jelas Syed Munshe lagi.
Pada Maybank Semi'10 di Bandung itu, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia diwakili enam ketua jabatan termasuk timbalan duta, Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin.
Misi Iswami tempoh hari dilihat membawa interaksi era baru antara wartawan Malaysia dan Indonesia untuk mengendurkan 'perang media' terutama melibatkan isu-isu sensitif Kuala Lumpur-Jakarta.
Apa lagi, Iswami yang baru dua tahun usia penubuhannya mengambil inisiatif ingin bekerjasama menjaga hubungan negara serumpun ini.
Lalu ketidakhadiran duta pada majlis perasmian berkenaan barangkali tidak adil untuk dijadikan isu besar memandangkan sokongan yang diberi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta (yang mungkin tidak kelihatan pada mata kasar) menterjemahkan aspirasi besar duta dan pegawai-pegawainya dalam mendokong usaha yang murni.
Sebetulnya, semua pihak saling bergantungan antara satu sama lain dalam usaha untuk memelihara hubungan kerjasama yang sedia ada untuk menjayakan misi masing-masing. Iswami dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, juga tidak terlepas daripada saling memerlukan.

Sosial


Laporan tangani kecederaan kanak-kanak

Berita Harian online
2011/02/08

SETIAP tahun lebih 2,000 kanak-kanak meninggal dunia akibat kecederaan yang tidak disengajakan. Berdasarkan satu laporan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF, berjuta-juta kanak-kanak pada setiap tahun dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan, yang sering kali menyebabkan kecacatan seumur hidup. 

Laporan ‘Pencegahan Kecederaan Kanak-Kanak’ ini memberikan satu pendekatan yang komprehensif mengenai penilaian kecederaan kepada kanak-kanak yang tidak disengajakan dan kaedah untuk mengelakkannya. Laporan ini juga merumuskan bahawa jika kaedah ini dilaksanakan, ia dapat menyelamatkan nyawa sekurang-kurangnya 1,000 kanak-kanak di seluruh dunia setiap hari.

Kecederaan kanak-kanak adalah satu isu yang amat penting dalam kesihatan awam. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 830,000 kematian kanak-kanak dicatatkan setiap tahun dan berjuta-juta kanak-kanak lagi menderita disebabkan kecederaan serius yang memerlukan mereka ditempatkan di hospital dan pusat rawatan.
Selain itu, kos rawatan boleh menyebabkan sesebuah keluarga itu menderita, terpaksa berhutang dan ada yang diisytiharkan muflis. 

Keadaan menjadi lebih teruk jika kanak-kanak ini berasal daripada keluarga miskin. Laporan ini disediakan berdasarkan hasil perbincangan 180 pakar dari seluruh dunia. Laporan ini juga menunjukkan kecederaan yang tidak disengajakan ini menjadi faktor utama kematian kanak-kanak di bawah umur sembilan tahun, 95 peratus daripada mereka berasal dari negara sedang membangun. 

Pengarah Eksekutif UNICEF berkata, banyak langkah perlu diambil untuk mengurangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Berikut lima faktor utama yang menyebabkan kematian kanak-kanak tidak disengajakan iaitu: 

  • Kemalangan jalan raya: Menyebabkan kematian 260,000 kanak-kanak dalam tempoh setahun. Ia juga mencederakan 10 juta kanak-kanak yang berusia antara 10 tahun hingga 19 tahun. Ramai pula yang cacat akibat kecederaan ini. 

  • Lemas: Lebih 175,000 kanak-kanak meninggal dunia dalam setahun. Begitu juga setiap tahun, seramai tiga juta kanak-kanak berjaya diselamatkan daripada lemas. Namun begitu, ada yang mengalami kecederaan dan kecacatan otak selepas diselamatkan. 

  • Kebakaran: Sudah mengorbankan hampir 96,000 orang setiap tahun. Jumlah kematian ini 11 kali lebih ramai dalam kalangan penduduk di negara sedang membangun dan kurang membangun berbanding negara membangun. 

  • Jatuh: Hampir 47,000 kanak-kanak meninggal dunia disebabkan terjatuh. Ada beratus-ratus dan beribu-ribu kanak-kanak lain yang menderita disebabkan kecederaan yang dialami akibat terjatuh. 

  • Keracunan: Setiap tahun lebih 45,000 kanak-kanak yang mati disebabkan oleh keracunan yang tidak disengajakan. 

    MOHANA PRIYA, 
    Persatuan Pengguna Standard Malaysia. 
  • Monday, February 7, 2011

    Ekonomi, Teknologi


    Usaha jadikan Malaysia hab pengeluar jurutera aeroangkasa
    Oleh Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin

    2011/02/07

    TAHUN ini bermula era Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) untuk jangka masa lima tahun dan satu tumpuan Kerajaan Persekutuan ialah memacu ekonomi berpendapatan tinggi. Bagi merealisasikan ekonomi itu, kerajaan memperkukuhkan pelbagai sektor. Antaranya ialah industri aeroangkasa kerana dilihat berpotensi untuk menjana pendapatan dan melonjakkan pembangunan ekonomi negara.

    Pada Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata nilai pelaburan industri itu meningkat 300 peratus kepada RM991.6 juta pada 2008 daripada RM113.3 juta pada 2006.
    Menurut beliau, jumlah itu adalah satu lonjakan pelaburan yang besar dan menyediakan peluang pekerjaan berjumlah 50,000 pada 2008 dan dijangka berkembang 11 peratus setiap tahun.
    Ini bermakna industri aeroangkasa memerlukan 5,500 tenaga mahir setahun bagi membangunkannya. Pembangunannya memerlukan tenaga kerja yang mencukupi dan berkemahiran membabitkan jurutera pesawat serta tenaga kerja mahir untuk subsektor perkilangan seperti pembuatan, penyenggaraan, pembaikan dan membaik pulih serta kapten pesawat.

    Selain itu membabitkan reka bentuk, penyelidikan, pengeluaran pesawat terbang, operasi pesawat dan kawalan trafik udara.

    Dalam hal ini, kerjaya yang masih kritikal ialah jurutera aeroangkasa dan penerbangan. Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan bahawa bilangan graduan dalam bidang itu yang dihasilkan universiti awam tempatan masih terlalu kecil. 

    Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, jumlah itu tidak mampu memenuhi permintaan pasaran kerja semasa kerana hanya melahirkan 180 jurutera bidang itu setahun. 
    Pada masa ini, pengajian kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan pada peringkat sarjana muda ditawarkan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

    Menurut beliau, selain pasaran tempatan, rantau Asia Tenggara memerlukan 1,000 jurutera aeroangkasa dan penerbangan setiap tahun.

    Ini menunjukkan universiti tempatan hanya mampu menghasilkan 18 peratus setahun, satu jumlah yang kecil berbanding keperluan negara serta rantau ini.

    Sehubungan itu, difahamkan Kementerian Pengajian Tinggi sedang menggandakan jumlah graduan supaya Malaysia mampu menjadi negara pengeluar tenaga kerja profesional dalam bidang itu.

    Bagi meningkatkan jumlah sedia ada, dicadangkan kepada pihak penaja biasiswa seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat supaya meneroka peluang di universiti luar negara untuk menempatkan lebih ramai pelajar cemerlang melanjutkan pengajian dalam bidang itu.

    Untuk jangka panjang, pihak universiti awam dan swasta lain harus menubuhkan fakulti atau program kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan bagi meningkatkan peluang lepasan sekolah melanjutkan pengajian di bidang itu.

    Bagi tujuan itu, pihak universiti perlu terlebih dulu menyediakan tenaga pensyarah berkelayakan yang mencukupi bagi membimbing bakal jurutera aeroangkasa dan penerbangan.

    Usaha seperti itu membolehkan lebih ramai bakal jurutera aeroangkasa lepasan universiti luar negara dan tempatan khususnya Bumiputera dihasilkan setiap tahun seterusnya memenuhi permintaan pasaran yang dilihat sentiasa ada dan berkembang.

    Berdasarkan perancangan kerajaan dalam RMKe-10 bagi memenuhi keperluan semasa dan masa depan negara, bermakna lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang menunggu keputusan peperiksaan mempunyai peluang cerah jika berminat memilih bidang itu sebagai kerjaya masa hadapan.

    Calon perlu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan dari universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf. 

    Lepasan SPM mendapat keputusan cemerlang boleh memohon memasuki Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Asasi Sains Universiti Malaya atau diploma kejuruteraan sebelum melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana muda.
    Bagi lepasan STPM aliran sains, calon boleh memohon terus ke peringkat sarjana muda di mana-mana universiti awam dan perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga prinsipal dengan gred yang baik.

    Pelajar yang mempunyai diploma kejuruteraan mekanikal atau diploma sesuai dari universiti awam tempatan atau setaraf boleh memohon melanjutkan pengajian itu pada peringkat sarjana muda di universiti awam. 

    Dari segi peluang kerjaya, antara agensi kerajaan dan swasta yang memerlukan kepakaran bidang itu ialah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam, Penerbangan Malaysia, AirAsia, Firefly, AIROD dan Malaysian Helicopter Services.

    Oleh kerana berkembangnya industri penerbangan, banyak syarikat dan kelab penerbangan bergiat secara aktif dalam industri itu dengan membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan terbabit. 

    Di samping itu, pelajar yang berminat dalam bidang akademik dan penyelidikan, peluang terbuka untuk menjadi pensyarah di mana-mana universiti atau pusat latihan yang menawarkan kursus berkaitan aeroangkasa dan penerbangan. 

    Bagi menjamin kerjaya yang baik, jurutera perlu sentiasa memastikan suatu pengajian berterusan bagi memastikan seseorang jurutera aeroangkasa dan penerbangan itu sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan kejuruteraan semasa, teknik terbaru, bahan serta proses baru yang berkaitan dengan dunia aeroangkasa dan penerbangan. 

    Perkara ini boleh dilakukan dengan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Tambahan pula, kerajaan melalui Program MyBrain15 menyediakan dana untuk rakyat Malaysia menambah ilmu pengetahuan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

    Dalam RMKe-10, Program MyBrains15 dilancarkan pada 2008 menetapkan matlamat untuk meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada 2015 dan 60,000 pada 2023 sebagai pemacu kepada inovasi negara.

    Penulis ialah Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM

    Saturday, February 5, 2011

    Little to keep them at home

    Little to keep them at home

    The lack of job opportunities in Hulu Selangor has forced most of its youngsters to head for the cities. Those left behind hope that more development will come their way so that families can be together.

    HAVING a cuppa at Sun Sun Nam Cheong, an old Hainanese coffeeshop at Jalan Mat Kilau, Kuala Kubu Baru, can be a good information-gathering exercise.

    You may observe that the patrons there are mainly young children with their mothers or grannies, and senior citizens. Very seldom will you see people in their 20s or 30s at this coffeeshop which has been around since the 1930s.

    The scenario truly reflects the demography of the Hulu Selangor constituency and its socio-economic challenges which the winner of today’s closely fought by-election will have to face.

    It is almost like a natural process for youngsters who grow up in this constituency, an area about the size of Malacca state, to leave their families for big cities like Kuala Lumpur to either further their studies or seek better job opportunities after they have completed their secondary education.

    Housewife Lau Yok Cho, 60, is typical of the ageing population here. She has six children aged between 25 and 32 but none of them live with her and her husband at Kampung Sejantung near Kuala Kubu Baru.

    And so she spends her time chatting with friends in the same village and often feels envious when she sees other villagers spending time with their children.

    “It will be so nice if my children could stay with us and not work elsewhere in the cities.

    “They only come back once in a while when they are not too busy with work. I really miss them,” she says, echoing the sentiment of many elderly folk left behind in this small town.

    “There are no factories here and there are very few job opportunities. For young people seeking a better future, they will have to venture out of this place,” she adds.

    Lau, however, can draw comfort from the fact that she enjoys the simple lifestyle here. “I can go out and meet my friends whenever I want to. If I live in Kuala Lumpur, I will probably just sit at home and do nothing. That kind of life is just too boring for me,” she says.

    Wong Tiew Mee, 73, who is well known for her homemade kaya at Yoot Loy coffeeshop in Kuala Kubu Baru, says there are hardly any young people who are interested in learning how to make this sweet concoction now.

    Out of Wong’s five children, only her son who runs the coffeeshop knows how to make kaya.

    “It takes me eight hours to make kaya. Young people these days do not have the patience to do jobs like this. To them, it involves too much hard work,” she says.

    According to Wong, many shops in the area have closed down because young people are not interested in taking over their parents’ businesses.

    Instead, youngsters these days prefer to sit in the office and do paper work, she relates.

    “There are hardly any jobs available in this place and if they want to find jobs with a salary of more than RM2,000 a month, they definitely need to go out and work in the cities.”

    Unlike many of her friends, Wong counts herself fortunate to have four of her children living nearby. Only one of her sons is working in Kuala Lumpur.

    Wong notes that young people have been leaving this place for Kuala Lumpur and even other countries like the United Kingdom, America and Australia for a long time.

    “If it wasn’t for this by-election, many may not have even heard of Kuala Kubu Baru and we would not have traffic congestion like we have now,” she says.

    Wong, like many of her generation, hopes the Government could bring more development to the area to create better job opportunities.

    “Young people need to survive. If they can earn enough money here, I’m sure they would want to stay put and live with their families,” she opines.

    But some of the youngsters, like student Ng Jeck Lee, 18, think differently. Ng, who is waiting for the result of her application for a Public Services Department scholarship, says she has wanted to leave her hometown, Kampung Air Panas in Kerling, since she was a little girl.

    “I want to leave this place and see the interesting world out there,” replies Ng, who scored 10As in last year’s SPM examinations, when asked if she would like to live in the village for the rest of her life.

    Her mother Ho Su Yin, 54, says young people have no choice but to look for jobs elsewhere.

    “It is impossible to ask them to be rubber tappers or timber workers,” she explains.

    But she reckons that if the Government could bring in companies to set up factories in this area, “more young people will not have to leave their families behind.”

    She also hopes the Government could allocate more scholarships for students in the constituency.

    “Most of the families here are from the lower-income group and it is difficult for us to fork out money for our children’s education. If the Government can provide financial aid for our students for further studies, it will indirectly improve our standard of living,” she says.

    Ho, who used to help her husband in his grocery business, points out that it is very difficult to do business in a place with a small population.

    “We also face stiff competition as residents prefer to shop in Tanjung Malim or Kuala Kubu Baru where there are mini markets,” she adds.

    However, like others of the older generation, she still enjoys living in the new village because “people here are honest, simple and kind.”

    Small businesses

    Hoo Jee Suan, 65, owner of Teng Wun bakery, which is well known for its kaya puff, says people in Kuala Kubu Baru have no other employment options besides running small businesses like bakeries, restaurants or small outlets selling electrical goods or mobile phones.

    “Or we go tap rubber!”

    Hoo has three daughters, two of whom are currently working in Genting Highlands and in Kuala Lumpur as an accountant and a part time singer respectively.

    His other daughter looks after the bakery, a family business he and his wife started in 1979.

    Chan Ah Kiow, 80, a vegetable seller at the wet market in Kampung Baru Kalumpang, has four daughters and three sons aged between 40 and 60 but none of them has lived with her for many years.

    “Life here is slow and most of us are only able to earn enough for two meals a day,” says Chan who has lived in the village for 60 years. She adds that her children and grandchildren would only visit her during school holidays.

    To retiree Peter Yap, the situation is a fact one has to accept when living in an “undeveloped” area like Hulu Selangor.

    “There are no job opportunities here and that has caused family members to be separated in order to earn a living,” says the father of six children aged between one month and 32 years.

    Peter should know, as he used to work as a chef in New Zealand, Europe, Australia and Korea for 10 over years after the economic downturn in 1980s. He also worked as a factory worker in Taiwan during that period.

    “After over 50 years of independence, we are still hoping and waiting for change in our place.

    “We want to be given a chance. We are not only hoping that more jobs will be created for the young people but also looking forward to having a better economy in our area,” he appeals.

    Better job opportunities, greater economic development and improved standard of living: these are some of the hopes expressed by the people in Hulu Selangor who will be casting their votes in the by-election.

    Sosial

    Memahami politik kaum Cina



    PILIHAN raya Dewan Undangan Negeri Tenang telah pun berakhir. Prestasi Barisan Nasional (BN) lebih baik berbanding tahun 2008, terutama peningkatan undi Melayu. MCA mengatakan undi Cina kepada BN meningkat. Sebaliknya DAP pula mendakwa sebaliknya. Pengaruh MCA dikatakan semakin merosot kalangan masyarakat Cina. Siapakah yang berkata benar? Buatlah post-mortem dan kajian, daripada bercakap kosong bagi menunjukkan seolah-olah kita bagus atau boleh buat kerja.
    Apa pun, pada saya sama ada undi Cina terhadap BN meningkat atau merosot tidaklah penting sangat, kerana amalan demokrasi membenarkannya. Rakyat bebas memilih parti yang disukainya. Cuma yang amat menyedihkan adalah cara berpolitik dengan memberi tekanan atau mengugut kerajaan.
    Ketika kempen pilihan raya tersebut berlangsung, Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Johor, Hua Zong, yang turut disokong oleh MCA, memberi kata dua kepada kerajaan supaya membuka semula Sekolah Menengah Persendirian Cina di Segamat. Jika tidak, orang Cina akan beralih arah atau tidak mengundi BN. Ugutan ini seolah-olah menampakkan selama ini mereka mengundi BN. Apakah benar?
    Saya berani mengatakan bahawa majoriti Cina tidak mengundi BN. Tidak perlu buat kajian, lihat jumlah undi yang diperolehi oleh BN di kawasan bandar selama ini. Kenapa DAP terus dan begitu mendominasi?
    Taktik mengatakan bahawa orang Cina tidak akan mengundi BN adalah taktik basi. Ini bukanlah kali pertama persatuan ini mengamalkan taktik licik sedemikian. Mereka akan mencari seribu alasan, menggunakan segala ruang dan peluang untuk menambah sesuatu yang telah pun mereka dapat. Malangnya, kajian tidak dibuat, kita terus tunduk kepada tuntutan dan desakan.
    Rukun
    Sebelum saya menulis lebih lanjut, eloklah sama-sama kita memahami tiga rukun atau sangga utama yang menjadi pegangan masyarakat Cina atau perjuangan hidup matinya. Sama ada wajar atau tidak, kita fikirkan bersama. Apa yang penting, bagaimanakah kita boleh memanipulasikan rukun-rukun ini untuk sama-sama menjayakan gagasan 1Malaysia.
    Rukun pertama adalah mempertahankan pendidikan Cina. Melibatkan 1,300 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina di seluruh negara. Sudah tentu jumlah sekolah ini akan bertambah dari tahun ke tahun. Menurut badan penyelidikan MCA (INSAP), perjuangan pendidikan Cina oleh orang Cina sama seperti perjuangan menegakkan Islam oleh orang Melayu.
    Rukun kedua, mempertahankan penerbitan akhbar Cina yang melibatkan enam akhbar harian di Semenanjung dan lapan di Sabah Sarawak. Akhbar bahasa Cina adalah akhbar yang paling banyak dalam pasaran berbanding akhbar bahasa lain, termasuk akhbar berbahasa Melayu. Kenapa bahasa Melayu kurang dibaca oleh bukan Melayu, jawablah sendiri, tepuklah dada?
    Manakala, rukun ketiga mempertahankan persatuan-persatuan Cina (Huatuan). Melibatkan lebih 8,000 buah persatuan seperti persatuan rumah ibadat, puak (clan) dan bahasa, persatuan politik dan pendidikan, persatuan perniagaan dan perdagangan. Dalam banyak-banyak persatuan ini yang paling berpengaruh bukannya parti-parti politik mereka, tetapi adalah persatuan bahasa dan pendidikan, seperti Hua Zong, Dong Zong dan Dong Jiao Zong.
    Ketiga-tiga rukun ini majoritinya mempengaruhi orang Cina di Malaysia dan tidak boleh disentuh. Mereka bersatu dan berpadu jika hak mereka tergugat. Sesiapa yang mengkaji proses sosialisasi politik, agen-agen ini amat berpengaruh dalam membentuk persepsi dan pendirian seseorang. Hasil sosialisasi inilah yang telah melahirkan bentuk masyarakat Malaysia yang ada pada hari ini.
    Bukan Melayu
    Bagi bukan Melayu atau minoriti yang lain, saya percaya, mereka juga berpegang kepada rukun tersebut, tetapi tidaklah sekuat pegangan orang Cina. Misalnya, bagi orang India, agama amat penting pada mereka. Justeru, sensitiviti perlu dijaga.
    Begitu juga orang Melayu. Perkara berkaitan dengan Islam, seperti iman dan Islam seseorang, kalimah Allah, Rasulullah, babi, dan sebagainya adalah amat sensitif. Kenyataan Lee Kuan Yew yang mahukan umat Islam supaya tidak berpegang kuat kepada Islam dikira amat sensitif. Kontroversi semakin menjadi bertambah hangat apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyokong kenyataan tersebut. Pendapat Kuan Yew dikatakan lebih baik daripada perjuangan UMNO yang bersifat nasionalis. Dalam kata lain, pendapat Kuan Yew itu tentang Islam itu betul, perjuangan Melayu dan Islam UMNO itu salah.
    Pandangan sebegini perlu dibuat dengan berhati-hati. Seteruk mana pun orang Melayu, mereka amat pantang jika ada seseorang yang mempertikaikan keIslamannya. Kerana bagi orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS, agama adalah nombor satu dan tidak boleh diperlekehkan.
    Orang Melayu amat sensitif dengan agama, sama seperti sensitiviti orang Cina terhadap bahasa. Dengan sebab itu, sehingga ke hari ini, pemerkasaan terhadap Islam lebih menonjolkan berbanding pemerkasaan bahasa Melayu itu sendiri, walaupun kedua-dua perkara ini jelas termaktub dalam perlembagaan. Pendek kata, agama Islam lebih banyak di arus perdanakan, berbanding kedudukan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa kebangsaan.
    Malang sungguh kedudukan bahasa kebangsaan ini. Tidak banyak usaha dibuat untuk mendaulatkannya, kerana bagi kita ia tidak penting. Lebih menyedihkan lagi apabila membaca iklan temuduga jawatan. Antara syaratnya mesti fasih berbahasa Mandarin dan Inggeris.
    Maka tidak hairanlah jika bancian penduduk baru-baru ini, membuktikan bahawa penguasaan bahasa Melayu di kalangan orang Cina masih lemah, sehingga terpaksa menggunakan khidmat penterjemah. Semua ini ada kaitan dengan tiga rukun tersebut.
    Berbalik kepada tuntutan dan desakan mendirikan sekolah menengah vernakular, pada saya cukuplah dengan sekolah rendah vernakular yang sedia ada dan bertambah dari tahun ke tahun.
    Enam tahun dipisahkan sejak kecil adalah suatu jangka masa yang lama untuk mereka mensosialisasikan diri dengan persekitaran selanjutnya. Jika mereka terus berada di sekolah menengah vernakular, apakah sosialisasi begini sihat untuk membina bangsa Malaysia dan menjayakan gagasan 1Malaysia?
    Komitmen
    Perlu diingat, komitmen kerajaan terhadap sekolah vernakular amat tinggi dan belum pernah dilakukan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri secara telus mengatakan pendidikan vernakular adalah sebahagian daripada pendidikan nasional.
    Bermakna, kewujudan sekolah vernakular telah pun diiktiraf. Ia merupakan satu kredit kepada bangsa Malaysia kerana dapat menguasai bahasa Mandarin. Apatah lagi pasaran akan datang akan didominasi oleh pasaran negeri China.
    Dilihat dari sudut positif, memang benar ia suatu kelebihan. Namun, pada masa sama, kita perlu tangani pula kesan negatifnya apabila bahasa kebangsaan tidak dikuasai. Malangnya, setiap kali kerajaan bercadang untuk memperkasakan bahasa Melayu di sekolah vernakular, idea ini terus ditentang habis-habisan oleh persatuan tersebut.
    Benar, kita akan berkata selama ini pun, sejak kewujudan sekolah vernakular, kita masih tidak berkonflik. Masih berlaku kesepaduan sosial atau social cohesion. Kita hanya bertikam lidah. Masih lagi tidak berlaku parang-memarang atau parang wagging. Dengan maksud, keadaan masih lagi baik.
    Persoalan saya, kenapa kita tidak cari jalan untuk mencapai yang terbaik? Bukan maksud saya dengan menghapuskan sekolah vernakular. Tetapi perancangan mesti dibuat, bagaimana sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular dapat berinteraksi?
    Saya hanya akan bersetuju dengan pembinaan sekolah menengah vernakular jika benar-benar bahasa Melayu dapat diperkasakan dalam 60 buah sekolah menengah vernakular yang sedia ada. Buatlah kajian akan kesannya terhadap pembinaan negara bangsa. Untuk sementara ini, janganlah terlalu mengugut dan mendesak kerajaan.
    Tindakan sebegini akan menyebabkan kaum lain menyimpan rasa dan dendam. Dendam inilah yang akan menjadi bara api perkauman, yang tidak pernah padam. Inilah yang bahaya.
    Kebebasan beragama dan menghormati kepelbagaian juga hendaklah berpandu kepada undang-undang. Kita sepatutnya bersyukurlah kerana di kebanyakan negara seperti Jerman, Perancis, Indonesia, Thailand dan sebagainya, mereka mengamalkan konsep keseragaman atau unity is uniformity untuk mencapai perpaduan. Dalam kata lain, 1 Bangsa, 1 Bahasa dan 1 Negara.
    Sudah pasti kita tidak dapat melakukannya kerana kita mengamalkan kepelbagaian atau unity in diversity bagi mencapai perpaduan. Bagi kita kepelbagaian merupakan satu kekuatan. Namun, terlalu banyak berbeza pun menimbulkan masalah juga.






    Monday January 31, 2011 the star online

    Education key to mutual respect

    WE have seen in recent times how a mere expression or deed, intended or otherwise, has caused much consternation and offended individuals and sections of our society.

    Someone once said: “It takes just a word or deed to hurt and separate, even if we think we are right; it takes much to forgive even if we might not forget; but it takes all of life’s enlightenment to reconcile and respect the other.”
    It implies that simply a word or action of ours, however justified we might consider it to be, can offend and cause division between people.
    With a great deal of effort we could be excused but it might not be erased from the memory of those hurt by it.
    It is education that brings about unity and mutual esteem for one another.
    Building unity, like character for instance, cannot be legislated or developed in isolation. All involved in governing, leading, guiding or influencing people should most importantly understand this. It infers that our various interactions, forced or willing, shallow or substantive, occasional or constant, with people as a whole as well as with our families, friends, neighbours, colleagues, students and even our adversaries are all contributory factors in achieving accord and harmony among people who have divergent views or are different in any way.
    Therefore, viewing our day-to-day relations and experiences in this way offers an alternative frame-of-reference through which we express ourselves in speech, in our writings and generally in the way we work together with others.
    Such an attitude and approach reduces and eliminates possible areas of conflict, tension and exasperation that so easily occur when we lack that sensitivity and understanding which is vital if we are to realise greater cohesion and unity within our multi-ethnic, multi-cultural and multi-religious society.
    Our educational efforts must, therefore, be those that lead our nation and its people not just to the accumulation of inert knowledge but rather to wisdom and enlightenment.
    Only then can our words and deeds be those that help not hinder our ability to live as one and pursue our life’s endeavours and responsibilities with mutual respect and unity.
    Let us see each other as part of our journey of developing together towards the goal of a truly united, peaceful and blessed 1Malaysia.
    RUEBEN DUDLEY, 
    Petaling Jaya, Selangor.



    Pengguna berhemah elak nahas

    2011/01/30

    ANGKA 6,872 kematian akibat kemalangan jalan raya tahun lalu, bukan sedikit. Ini bermakna purata kematian setiap hari ialah 18.8 orang. Angka itu meningkat daripada catatan tahun lalu, iaitu sebanyak 6,745 kematian. 

    Isu kemalangan jalan raya selalunya hangat diperkatakan setiap kali menjelang ketibaan sambutan sesuatu perayaan oleh masyarakat di negara ini.Setiap kali musim perayaan juga, polis akan melancarkan Ops Sikap dengan harapan dapat mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya. Pelbagai agensi lain turut terbabit dan memainkan peranan untuk membantu operasi ini.
    Ops Sikap sudah diadakan sejak sembilan tahun lalu dan sempena Tahun Baru Cina kali ini, ia diadakan bagi kali ke-23. Saban tahun kita menyaksikan ramai yang bersengkang mata untuk memastikan kelancaran perjalanan warga kota ke destinasi masing-masing dan selepas itu, petugas Ops Sikap mengawal mereka untuk pulang ke tempat kerja. 

    Pendekatan demi pendekatan dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Tahun ini, polis memperkenalkan penguatkuasaan kreatif untuk memastikan hasrat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya tercapai. 

    Apa yang penting, kempen keselamatan jalan raya pada setiap musim perayaan mestilah fokus kepada perubahan sikap pengguna jalan raya itu sendiri. 

    Kaedah menyaman adalah satu bentuk didikan jangka panjang kepada pengguna jalan raya supaya mereka tidak mengulangi kesilapan sama, di samping menjadi peringatan kepada pengguna lain bahawa wujudnya penguatkuasaan yang tegas di jalan raya. 
    Apapun, kemalangan dan kematian boleh dihindari jika semua pengguna jalan raya tidak mengamalkan sikap negatif ketika di jalan raya. Jika mereka melanggar segala macam peraturan di jalan raya, mudahlah berlaku kemalangan. 

    M JASNI MAJED, 
    Bukit Kapar, Selangor.
     
    Berita Minggu 31/1/2011

    Tegakkan keadilan sosial

    Oleh YUSRI SAHAT







    NAJIB Tun Razak menyampaikan bantuan basikal dan buku kepada wakil pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan sebagai simbolik penyerahan 300 buah basikal dan buku sumbangan Persatuan Warga Cinta Negara dan Amanah Raya Berhad di Pekan, semalam.

    PEKAN 22 Jan. - Semua pihak terutama agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bersama kerajaan dalam menegakkan keadilan sosial bagi memastikan golongan tidak berkemampuan terus mendapat pembelaan.
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana kerajaan tidak mampu untuk membantu semua golongan kurang berkemampuan yang bilangannya terlalu ramai.
    "Bantuan yang disalurkan tidak mencukupi jika hanya kerajaan yang menyalurkannya. Oleh itu sokongan daripada pihak swasta, NGO dan yayasan-yayasan tertentu amat diperlukan dalam usaha menegakkan keadilan sosial di negara ini," katanya.
    Beliau berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada 300 pelajar daripada keluarga miskin dalam Parlimen Pekan di Bangunan UMNO di sini hari ini.
    Sumbangan wang tunai sebanyak RM200 seorang, pakaian sekolah dan basikal itu disumbangkan oleh Persatuan Warga Cinta Negara (Pencinta) dan Amanah Raya Berhad. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
    Najib memberi jaminan kerajaan akan terus membantu golongan kurang bernasib baik terutama dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.
    Tegasnya, tanpa bantuan tersebut sistem keadilan sosial di negara ini akan tempang apabila golongan yang layak tidak diberikan pembelaan sewajarnya.
    "Bantuan kepada golongan tersebut sejajar dengan Model Baru Ekonomi (MBE) dengan sasaran kepada miskin tegar dan mereka yang berada dalam senarai e-Kasih," katanya.
    Menurut beliau, rakyat seharusnya bersyukur kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin terhadap nasib golongan yang memerlukan bantuan.
    "Jika kita lihat menerusi dasar-dasar yang diamalkan, nasib masyarakat miskin terbela hanya dalam tempoh satu generasi menerusi penekanan kepada bidang pendidikan sekali gus menyebabkan berlaku mobiliti sosial.
    "Jika dahulu ibu bapa tergolong dalam kumpulan miskin tetapi anak-anak mereka ada yang menjadi golongan profesional dan usahawan yang sekali gus mengubah nasib keluarga mereka," jelasnya.
    Berbanding di negara lain termasuk berstatus negara maju katanya, ada keluarga miskin terus miskin kerana ketempangan sistem sosial yang diamalkan.
    Lebih buruk tambahnya, anak- anak mereka terlibat dalam gejala sosial seperti penagihan dan pengedaran dadah selain terlibat aktiviti jenayah.
    Berucap pada majlis pengagihan limau mandarin di Dewan Majlis Daerah Pekan (MDP) selepas itu, Najib bangga dengan semangat 1Malaysia yang diamalkan oleh rakyat berbilang kaum.
    Tegasnya, kekuatan itu akan menjadi benteng untuk mempertahankan sebarang anasir yang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.
    "Kita lihat dalam bidang sukan misalnya, semangat untuk mengharumkan nama negara mengatasi batas-batas perkauman," tambahnya.

    Utusan Malaysia 23/1/2011