Thursday, April 21, 2011

Budaya


Tak hormat adab berpakaian pencerobohan cara halus - Raja Nazrin

21/04/2011 2:34pm

IPOH 21 April - Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah penghakisan adat dan budaya bangsa boleh bermula dengan sikap memandang ringan dan tidak menghormati adab berpakaian dalam sesuatu majlis.
Menyifatkan tindakan itu sebagai pencerobohan secara halus, baginda bertitah keadaan sedemikian tidak sesekali harus dibenarkan berlaku khususnya dalam usaha negara bangsa membentuk ketamadunan yang lebih tinggi.
"Cara berpakaian yang sejajar dengan sesuatu acara adalah sebahagian dari disiplin yang memperlihatkan ketinggian akal budi seseorang insan. Malah seseorang yang bertaraf raja sendiri wajib memperlihatkan disiplin berpakaian sejajar dengan sesuatu acara yang dihadiri.
"Raja, meski berada di puncak takhta kerajaan, tidak dikecualikan untuk berpakaian selaras dengan darjat sesuatu acara sebagai menghormati acara dan menghormati para tetamu yang hadir,” titah baginda ketika merasmikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) kali ke-175 di sini. - Bernama

Tuesday, April 5, 2011

Pendidikan


Rakyat Malaysia perlu jadi bangsa pencipta


2011/04/05

   MUHYIDDDIN  menunjukkan buku 100 Judul Buku Sains dan Matematik  sambil diperhatikan Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron  di Putrajaya, semalam.
MUHYIDDDIN menunjukkan buku 100 Judul Buku Sains dan Matematik sambil diperhatikan Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA: Rakyat negara ini perlu berubah segera menjadi bangsa pencipta serta penambah nilai dan berhenti menggunakan inovasi ciptaan orang lain terutama bagi sesuatu yang mampu dihasilkan sendiri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya rakyat negara ini keluar dari kepompong zon selesa sebagai bangsa pengguna.
Justeru, beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan membuat penandaan aras dengan Jepun kerana negara itu terbukti hebat dalam aspek penciptaan baru membabitkan ilmu sains dan matematik.
“Daripada kaedah penandaan aras ini, kerajaan mendapati rakyat negara itu berfikir dalam bahasa ibunda untuk mencipta pelbagai teknologi inovasi baru,” katanya berucap melancarkan 100 judul Sains dan Matematik terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya, Presint 8 di sini, semalam. 

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan mengambil serius usaha menterjemah bahan pembelajaran dan pengajaran dalam usaha memantapkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) menjelang pelaksanaannya pada 2012. 

Bagi memastikan semua pelajar memperoleh bahan ilmu sains dan matematik dengan lebih berkesan, katanya, kerajaan sudah menyalurkan dana khas untuk melaksanakan Projek Terjemahan dan Penerbitan 130 Judul Buku Sains dan Matematik khusus untuk memantapkan pelaksanaan MBMMBI. 

“Projek ini diamanahkan kepada ITNM dan matlamat kita ialah supaya ia disiapkan sebelum berakhirnya 2011 bagi membolehkan digunakan di sekolah seluruh negara pada tahun berikutnya,” katanya. 
"Rakyat Malaysia kini rata-ratanya mampu bertutur dalam bahasa asing terutama bahasa Inggeris, namun kita juga harus menerima realiti bahawa masih ada lagi antara kita ini yang tidak mempunyai keupayaan sama," katanya. 

Beliau berkata, penterjemahan buku sains dan matematik itu penting pada ketika dunia sedang menjulang ilmu sains dan matematik untuk setiap inovasi penyelesaian masalah kehidupan. 

Mengenai penganjuran pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan yang dibuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara, Muhyiddin berkata, ia bertujuan merangsang pemikiran pelajar supaya lebih kritis dan kreatif. 

Ia selaras dengan cabaran keenam Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan mampu memandang jauh ke depan.

Monday, April 4, 2011

Sosial


Bahan bacaan cerminan mentaliti kita
Oleh Imlan Adabi
bhnews@bharian.com.my
2011/04/04

SEORANG penerbit novel bertaraf karya popular kelihatan bangga ketika menceritakan perusahaannya yang bertambah kukuh. "Kami memilih karya yang baik dan digemari ramai. Kami pilih sasaran pembaca dan menyertai pesta buku di Pusat Dagangan Dunia Putra kerana mengetahui sasaran pembaca," tuturnya. Beliau berjaya menerbitkan berbelas novel setahun yang sebahagian besarnya menceritakan isu remaja, cinta terhalang, dilema rumah tangga dan masalah wanita moden. 

Dia menyediakan peruntukan besar untuk kos percetakan, pengedaran, pengiklanan dan bayaran royalti kepada penulis yang berjaya mencapai sasaran jualan tertentu. Dia tidak peduli sama ada karya yang diterbitkan bakal dinilai panel Hadiah Sastera Perdana atau tidak.
Yang pasti, selaku penerbit, dia mahu memberi karya kepada sasarannya dan yakin dapat mencatat keuntungan daripada setiap hasil penerbitannya. Dia tidak pedulikan pengiktirafan panel sastera kerana yang penting karya sampai kepada sasaran.
Di mana saja, isu karya popular atau serius sering bertele-tele. Penulis atau sasterawan sentiasa menjaga kualiti karya dan tidak terjebak melahirkan karya murahan atau popular. 

Risikonya amat besar apabila karya serius dan seni sentiasa hilang khalayak kerana cita rasa sebahagian besar rakyat Malaysia adalah membaca karya popular yang boleh ditelaah dalam masa beberapa jam saja. 

Seorang teman yang komited melahirkan karya serius dan bermutu akhirnya terpaksa mengalah kerana karyanya terpaksa dijadikan ‘hadiah’ kepada rakan kerana tidak mencatat jualan sepatutnya. Bekas Ahli Parlimen DAP kawasan Menglembu, Fan Yew Teng (mendiang) terpaksa mengalah dan kembali ke arena politik menjelang saat kematiannya kerana tidak dapat melariskan jualan karyanya. Fan juga menjadi panel penulis beberapa majalah antarabangsa bagi melahirkan pandangannya kerana mustahil media tempatan menyiarkan idea di luar pemikiran perdana. 

Sepanjang suku pertama tahun ini, ada dua buku yang menjadi tumpuan khalayak tempatan. Karya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berjudul A DOCTOR IN THE HOUSE: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad dilancarkan dan dijual pada 8 Mac lalu. 
Karya berharga RM100 senaskhah menjadi bualan umum kerana beberapa isu politik yang dipaparkan sepanjang 22 tahun perkhidmatannya menimbulkan polemik tersendiri. Pro dan kontra isu yang dipaparkan menjadi wacana menarik untuk pengkaji sejarah politik menilai isu siasah dari pendekatan bekas Presiden UMNO itu sendiri. 

Bekas wartawan dan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau dikenali Zam menghasilkan Hari Itu Sudah Berlalu yang menceritakan pengalaman pengamal media dalam situasi siasah negara. 

Beberapa isu dalaman seperti kejadian menjelang pengharaman UMNO pada 1988 dicatat dengan rapi menerusi perspektif insan di bilik berita. Zam juga mengukir latar konfrontasi Malaysia dan Indonesia serta adegan lucu pertemuan Tunku Abdul Rahman Putra dengan Sukarno di Manila bagi menamatkan krisis dua negara berjiran. Karya memoir kewartawanan ini diadun bersama nota kaki dan fakta yang boleh dipertanggungjawabkan. Pengalaman peribadinya bermanfaat untuk pengamal media dan sarjana politik membuat kajian implisit. 

Bagaimanapun isu karya serius dan boleh dipertanggungjawabkan bukan sekadar penerbitan. Apakah ia bakal dibeli dan ditelaah masyarakat? 

Jika karya baik tidak laris di pasaran, apakah ada penerbit sanggup berisiko menerbitkan karya sedemikian? 

Menyedari hakikat ini mendorong kerajaan memperuntukkan RM2 juta tahun ini bagi membeli secara terus karya dan buku yang ditulis oleh penulis serta membantu mengedarkan karya mereka ke perpustakaan seluruh negara. 

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yakin menerusi cara itu peranan orang tengah yang bertanggungjawab mengedar buku dapat dielak, seterusnya membantu penulis menikmati pendapatan lebih baik. 

“Kebanyakan penulis kita tidak boleh hidup dengan menulis sebab orang tengah main peranan dan mengambil komisyen lebih. Sebab itu kerajaan membuat perancangan semula dengan kita beli terus buku dan edarkan kepada perpustakaan desa dan dengan cara ini kita dapat menggalakkan penulisan buku dan pada masa yang sama menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat,” katanya selepas merasmikan program Mari Membaca 1Malaysia bersama Ikon Membaca yang juga pelakon Datuk Michelle Yeoh di Perpustakaan Negara Malaysia baru-baru ini.

Sunday, April 3, 2011

Sosial


Sunday April 3, 2011

Are women safer drivers?

By HARIATI AZIZAN
sunday@thestar.com.my

tatistics may be inconclusive but scientific studies show that women may be safer drivers.
IT is true, whispers mechanic Ah Kong.* “Women drivers always drive slow on the fast lanes of the highway. But it is not because they are dreaming, it is because they are too scared to speed up or change lanes,” he says.
When asked why he is whispering, he just grins bashfully.
Like Kinabatangan MP Bung Mokhtar Radin, there are men who think that women are a menace on the road, but unlike the MP, many would not say it out loud.
It is all about perception, Miros director-general Professor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah opines.
In check: Studies show that women tend to score higher in aggressive thoughts than men but they usually do not express their frustration overtly like men.
Throughout the world, he says, we are seeing more women drivers on the road. “As a result, women drivers tend to get the attention of other drivers. Somehow, a woman driver will still draw our attention when one passes by. Of course, this is from a male perspective. Therefore, any small error or misjudgment committed will immediately attract attention.”
As he analogises, when we see a woman smoking, we perceive that many women now smoke, “which ironically does not prompt the same reaction when we see men smoking”.
“Similarly, when we see a motorcyclist weaving in and out dangerously, we tend to generalise by saying that all motorcyclists do that, when in effect only a small minority does it,” he adds.
In an analysis of road accidents, Miros has found that male motorists were more accident-prone than women in 2009: the number of male drivers involved in road accidents was 2.4 times higher than that of women.
»Men have a higher risk of getting involved in an accident than women« DR AHMAD FARHAN MOHD SADULLAH
The analysis was based on police statistics, which recorded 244,336 accident cases involving male drivers in 2009, as compared to 103,153 cases involving women.
This means that for every 100,000 male population there was an average of 1,351.74 accidents while for every 100,000 female population, there was an average of 537.97 accidents, explains Dr Ahmad Farhan.
“These statistics show that men clearly have a higher risk of getting involved in an accident than women.”
But he concedes that a detailed analysis on the statistics revealed an increase in the number of women involved in road accidents between 2006 and 2009, where 67.93% more male drivers were involved in accidents compared to 97.74% for women drivers.
However, he believes this is largely due to the increase in the number women drivers, adding that the cause of accidents, or who caused them, cannot be ascertained from the numbers.
Statistics from the rest of the world also lean towards women being less risky on the road. In many countries, including the UK and Australia (almost double), the number of accidents involving men is higher than those involving women.
These statistics have been translated into lower car insurance rates for women drivers compared to men in those countries, including the US, as women drivers are acknowledged to be having lower risks.
Studies also show that the traits of the different sexes may influence their driving behaviour.
“Generally, women are good at multi-tasking. As driving will also require action and reaction, a multi-tasker may, however, tend to slip up and this may result in being errant in driving,” says Dr Ahmad Farhan.
“Perhaps, this may be the reason, why we witness some women drivers making slip-ups while driving.”
Men are known to have better psychomotor skills, making them highly-confident and, at times, too confident, he points out.
“As a result, a man has the general tendency to drive at high speed, to take chances and to be a greater risk (factor) on the road.”
Women are also known to have poorer spatial ability compared to men, making a woman driver more hesitant with manoeuvres that require space and distance estimation, like entering and passing a junction, overtaking and parking, he adds.
“Hesitation will either make you slowly dangerous, or inadequately and dangerously daring. Both make you a risk to road users,” he notes.
Blogger Chan Lilian of 5xmom argues that this only makes women drivers more cautious.
“It is not a matter of gender. But I believe that women, especially mothers, are more protective and their maternal instincts will make them careful drivers,” she adds.
Their biological make-up does make women and men different kinds of drivers, agrees road safety specialist Roland Tan.
“Studies show that women have better peripheral vision, which makes them more careful on the road.
“Men have tunnel vision and tend to drive faster. However, this also makes men better drivers on the highway while women are better drivers in town roads.”
One study that shows how women may be safer drivers is the research by Britain's Bradford University, which says the female hormone oestrogen can give women the edge when it comes to tasks such as safe driving.
Their research shows that women are able to shift their attention from one stimulus to another, so they are quicker to switch their focus and deal with unexpected events like accidents.
Their hormonal makeup also gives women better attention span and ability to learn rules, it says.
Tan, who runs an advanced driving course, concurs. From his experience, he shares, women are better learners.
“Women are more diligent and absorb knowledge better. Male learners are usually impatient. Some just turn up to sign in for the class and then disappear.”
Socialisation makes men better drivers, though, he opines: men are more interested in cars so they take better care of their cars.
“Usually, men's cars are better maintained, reducing the chances of breakdowns or unwanted incidents, which consequently reduce the risks on the road.”
A general problem, claims Tan, is the attitude of Malaysian drivers who lack the safety-first culture and are impatient on the road.
Nonetheless, he feels that it is a mammoth task to try change the attitudes of the current crop of drivers.
“They have already developed bad habits; we can only start from the younger generation.”
The way to ensure good driving practices, he says, is through enforcement, particularly on errant driving schools that let students pass their driving tests without the required minimum classes, or accept bribes.
Dr Ahmad Farhan agrees and reminds that both genders are equally at risk of being in an accident. He recommends proper risk management as well as enhancing driving competency and prioritisation of safety to reduce the risk of accidents.
As for road rage, a report by some academics at the Social Science and Humanities Faculty of Universiti Kebangsaan Malaysia (Angry Thoughts and Aggressive Behaviour Among Malaysian Drivers) found that women tend to score higher in aggressive thoughts than men but they usually do not express their frustration overtly. Instead, many tend to voice their aggression and anger to themselves to cope with their frustration.
When it comes to lapses, errors and accidents, only a marginal difference was recorded between the sexes.
The research, which was published in the European Journal of Social Sciences, was conducted on some 1,800 Malaysian drivers.
Tan, however, feels that women are now more aggressive on the road because they are more vulnerable to male road bullies.
“After years of being bullied on the road, many women are fighting back. For many, it is be fiercer or be bullied off the road',” he quips.
*Not real name

Friday, April 1, 2011

Pendidikan


Masyarakat India harus sokong kewujudan SRJKT


2011/04/02

SHAH ALAM: Masyarakat India kelas menengah dan kelas atasan seharusnya menyokong perkembangan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di kawasan mereka bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dari kalangan masyarakat itu belajar di sekolah berkenaan. 

Presiden MIC, Datuk G Palanivel, berkata hasratnya adalah untuk melihat lebih ramai kanak-kanak India bersekolah di SRJKT yang memberi asas kepada perkembangan bahasa ibunda mereka kerana jika tidak, generasi muda akan kehilangan budaya dan kebolehan berbahasa ibunda.


“Setiap masyarakat India perlu menyokong perkembangan SRJKT kerana sokongan mereka akan membolehkan lebih ramai kanak-kanak India bersekolah di sekolah itu,” katanya selepas merasmikan majlis peletakan batu asas bangunan baru SRJKT Ladang Glenmarie, di sini semalam.
Mengenai dakwaan bahawa lepasan SRJKT sering menghadapi masalah apabila memasuki Se-kolah Menengah Kebangsaan (SMK), beliau yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata walaupun ada masalah penyesuaian pada peringkat permulaan, ia tidak berterusan dan selalunya hanya membabitkan pelajar tidak cemerlang. 

Palanivel juga menafikan tanggapan pelajar SRJKT sukar berjaya dalam pelajaran kerana berdasarkan pengalamannya sendiri, ramai lepasan sekolah itu berjaya memasuki universiti dan ada mendapat bantuan pendidikan daripada syarikat perladangan sehingga berjaya menjawat jawatan besar. 

Terdahulu, beliau berkata, kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM2.9 juta untuk membina bangunan baru dua tingkat di SRJKT Ladang Glenmarie yang menempatkan 12 kelas di kawasan 1.4 hektar di sebelah sekolah asal yang dijangka siap sebelum Deepavali depan. 

Mengenai isu novel Interlok yang sebelum ini menjadi bantahan masyarakat India, Palanivel berkata, MIC mahu melihat apa yang sudah disunting dalam novel teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima itu sebelum membuat pendirian. 
Katanya, apa yang perlu ialah penyelesaian bagi isu berkenaan kerana jika masyarakat India terus menentang, mereka akan menjadi masyarakat yang terkebelakang dan tidak maju.



Wednesday, March 30, 2011

Budaya


Imperialisme bahasa Inggeris menghakis jati diri nasional
Oleh Teo Kok Seong
bhnews@bharian.com.my
2011/03/30

BI sepatutnya jadi sumber ilmu dianggap simbol prestij


TOHMAHAN terhadap pencinta bahasa Melayu, sama ada mahasiswa, pensyarah mahupun sesiapa saja yang memiliki rasa bangga, sayang dan setia terhadapnya, sebagai golongan fanatik, bukan saja tidak tepat, malah tuduhan melulu itu tidak sensitif langsung kepada sentimen nasionalisme Melayu, yang menjadi asas kepada nasionalisme Malaysia. Memburukkan lagi keadaan, prasangka begini datang dari kaum Melayu sendiri, di kalangan pemimpin pula, untuk menyelar pencinta bahasa Melayu yang ingin melindungi warisan Melayu ini, yakni bahasa leluhur mereka daripada dikuasai bahasa Inggeris yang lebih berprestij.

Sehubungan itu, pencinta bahasa Melayu bukan fanatik yang terlalu taksub sehingga tidak berpijak di bumi nyata dalam hal penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris di negara ini. Mereka tidak sekali-kali menolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai lingua franca dunia dan bahasa ibunda zaman globalisasi.

Malah, mereka ikut menyarankan keperluan menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin oleh rakyat. Ini dilakukan agar rakyat tidak ketinggalan dalam tuntutan kepenggunaan tempatan dan pasaran antarabangsa yang diidentifikasikan dengan bahasa Inggeris.

Nilai pragmatik bahasa Inggeris di Malaysia dan juga di merata tempat di dunia, adalah sentiasa tinggi. Dengan ini, pelbagai usaha diperkenal untuk memajukannya. Bagaimanapun, dalam keghairahan mempertingkat penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pembelajaran didapati mempunyai impak bukan saja atas jati diri linguistik rakyat, tetapi juga terhadap jati diri nasional.
Justeru, kaedah yang tidak sesuai didapati boleh mencabar kejayaan bahasa negara di sesebuah tempat itu, sama ada untuk tujuan penyatuan mahupun kemajuan.

Sesungguhnya julat kaedah pembelajaran ini adalah luas. Pada satu penghujung, mereka yang mempelajarinya didapati tidak pun teruja walaupun ia bahasa yang hebat. Dalam kes begini, masyarakat Jepun secara umumnya didapati tidak memperlihat rangsangan berlebihan ketika mempelajari bahasa Inggeris.

Dalam hal ini, pelajar Jepun menguasai sistem bahasa Inggeris sebaik mungkin, sama saja seperti yang berlaku ketika mereka mempelajari mata pelajaran lain. Dengan kata lain, bahasa Inggeris tidak dipelajari dengan minat dan semangat yang berkobar-kobar sehingga boleh mempengaruhi pemikiran dan sikap mereka sebagai orang Jepun.

Hal sebaliknya berlaku pada satu penghujung lain. Golongan elit di sesetengah negara didapati mempelajari bahasa Inggeris dengan penuh teruja. Mereka didapati hanya boleh berbicara dengan baik apabila menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Disebabkan mereka tidak fasih ketika menggunakan bahasa negara sendiri, mereka bukan saja dianggap sebagai orang asing di bumi sendiri oleh rakyat jelata. Tetapi lebih mengecewakan ialah mereka tiada jati diri etnik dan nasional pada diri mereka.

Di antara dua penghujung ini, wujud keadaan yang memperlihat pelbagai cara bahasa Inggeris menceroboh lalu mengubah jati diri etnik sesetengah kaum dan juga jati diri nasional di beberapa negara. Impak begini berlaku di Singapura yang mana sebilangan besar belia Cina dilaporkan menyesal dilahirkan sebagai orang Cina. Mereka ini yang dari segi budayanya bukan lagi Cina, merungut bahawa mereka sepatutnya dilahirkan sebagai orang Barat.

Jati diri sedemikian sudah tentu tidak unggul untuk jati diri etnik Cina. Ia juga tidak ulung untuk mewakili jati diri nasional republik itu yang ingin menonjol sistem nilai Asia dalam bentuk kepelbagaian budaya Cina-Melayu-India.

Sebetulnya kaedah pembelajaran bahasa Inggeris itu amat penting dalam usaha warga dunia menguasai bahasa dunia yang penting ini. Perkara inilah yang menjadi kebimbangan pencinta bahasa Melayu agar penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris di negara ini berlaku atas landasan yang tidak boleh sekali-kali menyebabkan bahasa Melayu terpinggir di tanah air sendiri.

Landasan itu adalah kepentingan bahasa Inggeris dalam bidang pendidikan dan arena antarabangsa. Berlandaskan kepercayaan dan kefahaman begini, kaedah pembelajaran bahasa Inggeris perlu dihadkan, pertamanya kepada peri pentingnya sebagai bahasa sumber ilmu. Dalam konteks ini, bahasa Inggeris perlu dipelajari sebaik mungkin untuk memahami kandungan ilmu yang rata-rata ditulis dalam bahasa Inggeris.

Pemahaman dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa sumber ilmu ini kemudian diungkapkan semula dalam bahasa Melayu selaku bahasa ilmu. Ini bukan saja cara yang amat nasionalistik sifatnya untuk kita membina peradaban dan tamadun di Malaysia. Tetapi ia juga seiringan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu-Memperkukuh Bahasa Inggeris.

Dasar ini adalah dasar sosial penting untuk pembentukan dan pengekalan jati diri nasional di Malaysia, selain menangani persaingan antara bahasa negara ini dengan bahasa antarabangsa yang penting itu, secara bestari.

Seterusnya bahasa Inggeris dipelajari kerana ia adalah bahasa antarabangsa paling penting. Dengan penguasaannya rakyat Malaysia apabila perlu berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa, sudah tentu dapat menggunakan bahasa pengantar ini dengan berkesan sebagai medium komunikasi. Ini dapat dilakukan ketika mengendalikan hubungan antarabangsa, selain terbabit dalam perdagangan dan perjalanan antarabangsa.

Inilah kaedah pembelajaran terbaik untuk melindungi bahasa Melayu daripada dikuasai oleh bahasa Inggeris. Sehubungan itu, kita perlu memastikan bahasa Inggeris di Malaysia tidak dipelajari atas landasan kekuasaan bahasa Inggeris. Ini bermakna kita tidak boleh mempelajarinya kerana kuasa dan prestijnya dalam pelbagai bentuk imperialisme. Antaranya adalah imperialisme budaya yang meliputi media, pendidikan, sains dan teknologi.

Apabila bahasa Inggeris dipelajari atas landasan ini, minda dan kehidupan rakyat Malaysia, akhirnya ditakluki. Penaklukan ini antaranya mewujudkan keadaan yang memperlihat rakyat benar-benar taksub bahawa bahasa Inggeris saja yang mampu memajukan negara, selain menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Oleh itu ia perlu digunakan untuk mengendalikan hal yang menyangkut semua aspek kehidupan yang maju sifatnya. Antaranya pendidikan, urus tadbir negara, perundangan dan kegiatan budaya tinggi lain.

Penulis ialah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Ketamadunan Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)



Kesihatan


Rumpai ganti garam
Oleh Osman Lisut
manlee@nstp.com.my
2011/03/30

 PROF DR SUHAILA  menunjukkan estrak rumpai laut (cardio mate) dan kapsul rumpai laut.
PROF DR SUHAILA menunjukkan estrak rumpai laut (cardio mate) dan kapsul rumpai laut.
Penyelidik UPM hasil KardioMate atasi masalah kesihatan 

SERDANG: Selepas penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran berjumlah RM500,000, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.
Dinamakan KardioMate yang dihasilkan daripada rumpai laut dan darat, ia didapati memberi manfaat kesihatan kepada pesakit kardiovaskular (CVD).
KardioMate juga sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, ter-utama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser, tiroid dan kolestrol tinggi. 

Penyelidik Institut Biosains, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed, berkata KardioMate mempunyai ciri antioksida yang tinggi, kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium, kalsium, kalium, iodin, zink, kuprum dan selium. 

“Menerusi kajian terhadap haiwan di makmal, KardioMate didapati mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah. 

“Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser payudara,” katanya pada sidang media Putra Cipta di UPM, semalam. Hadir sama Pengarah Institut Biosains UPM, Prof Dr Fatimah Yusof. 
Dr Suhaila berkata, KardioMate mempunyai aktiviti antimikrobial yang membantu melambatkan kerosakan makanan, pada masa sama merencatkan kenaikan gula dalam darah serta mengawal tekanan darah berlebihan. 

“Berbanding garam biasa, KardioMate memiliki ciri antioksida yang baik untuk kesihatan dan kesegaran makanan. Selain garam alternatif, ia boleh dijadikan sebagai perasa masakan, sos, snek atau dicampur dalam aiskrim dan minuman. 

“Serat rumpai laut ini juga boleh dijadikan bahan kosmetik dan krim topikal memandangkan antibodi yang dihasilkannya sama seperti gamat yang kini luas dikomersilkan. 

“Saya berharap ada pihak industri akan bekerjasama dengan UPM Holdings mengkomersilkan rumpai laut ini. Saya mencadangkan ia dijual pada harga RM8 bagi setiap botol 80 gram. Walaupun agak mahal berbanding garam biasa, KardioMate sesuai untuk golongan berisiko,” katanya.